Sunday, October 16, 2011

ACAR BUAH BEREMPAH

Popular malah signature orang utara terutama di Pulau Pinang...memang hidangan mesti ada pada majlis kenduri kawin. Bulan puasa kalu memang banyak la dijual di pasar2 ramadan atau di rumah2 pembuatnya yang lazimnya pembuatnya turun temurun dalam keluarga.

Selalu teringat pada arwah bapa mertua yang sangat menggemari acar buah. Setiap kali ramadan saya akan beli untuknya...

Dan bagi mereka yang bukan pemakan atau tak biasa dengan acar buah berempah ni, isunya ialah 'tak gheti makan'....saya cuba perkenalkan acar ini pada adik-beradik dan orang sekeliling saya, ada yang mencuba dan suka, ada yang tak suka makan pada buah tangan yang saya beri ni, lepas tu kata, 'oh, boleh lah makan..', ada yang menolak terus sebab lidah tak pernah rasa acar ni, ...'acar mentah/jelatah tu 'biasa lah..' Pada kakak jiran sebelah bila saya hulurkan acar buah berempah ni, 'hah suka, dah lama tak makan..' sebab dia dulu pernah tinggal di utara, 'selalu lah makan' katanya...

untuk dibuat buah tangan

Musim anak2 masuk universiti saya menerima tetamu dari Penang yang merupakan keluarga teman anak saya . Mereka datang menginap di rumah dan membawa buah tangan 2 bungkus jeruk buah pala campur...hah nengok buah jeruk tu dalam kepala saya dah berkira2 nak jadikan acar berempah. Lagi pun dah lama takde stok. Dulu semasa tinggal di Penang boleh lah beli, bila2 masa je ada stoknya..

Resepinya saya catat kemudian, mata dah meronta-ronta minta tidur....no wonder dah hampir jam 1 pagi. Minta diri dulu. Selamat Pagi. Salam.


2 comments:

  1. Amboi sedapnya acar ni..kalau dekat boleh ngendeng sikit...

    ReplyDelete
  2. Betul tu T & T, kalau dekat2 mmg tak yah ngendeng2 kita akan beri..

    ReplyDelete