Thursday, October 13, 2011

HIJAU NYA SAGO

bila makan kuih sago ni yang menyedapkan cuma kuah santannya yang rasa lemak, manis selain dari warnanya sedap mata memandang.

so next time nak buat sediakan inti selengkapnya.....

Buat kerana teringin 'nak buat', sebab tak pernah buat kuih2 dari sago nih. Nak buat kuih sago yang digaul dengan kelapa parut tu malas nak keluar cuma untuk membeli kelapa parut? oh nooo...kuasaaa.

Dalam pikiran nak buat seperti asam gupal tu. Santan kotak ada boleh dibuat kuahnya. Tapi inti kacang hijau tak ada, gimana nih?......buat jugak! Redah je. Buat tanpa inti, sedapkan dengan maniskan dan lemakkan dengan kuah santannya, sudah tentu boleh.

Pengalaman membuat kuih dari sago ni memang zero. Kalau guna biji sago dalam bubur kacang, bubur pulut hitam, pengat pisang atau ubi stele/ubi kayu memang selalu lah buat keje tu..

Dengan tidak merujuk mana2 resepi dan berdasarkan pengalaman 'memakan' kuih sago dan kuih asam gupal/sagupal saya cuci biji sago dan kemudian gaulkan dengan air panas kacau2 dan masuk titisan warna hijau epal.
Kemudian tu rebus air dalam periuk tunggu mendidih dan masukan gentelan biji sago rebus cam buat ondeh-ondeh bila timbul diangkat. Buat sehingga selesai.

Dalam periuk lain saya cairkan gula nira/ manesan, dah cair masukkan pula santan (kuantiti ikut keperluan, masukan secubit garam, gula (tambahkan rasa manis) dan biji halba secukupnya. Dah tu masukan gentelan sago yang direbus tadi. Masak dengan api perlahan. Kacau. Saya tidak biarkan santan itu mendidih atau pecah minyak...kejap aje rebusnya pastu padam api.

Rasanya? : kalau ada inti kacang hijau/apa2 je inti yang sesuai rasanya akan lebih sedap.

No comments:

Post a Comment