Sewaktu ketiadaan saya, pisang Karang di kebun kami masak. Mengikut huby ada 8 sikat kesemuanya. 2 sikat diberi pada adiknya dan 2 sikat lagi pada makciknya. Sebaik saya sampai rumah ada 2 sikat. Cerita huby 2 sikat dah direbusnya...kelmarin petang saya sampai direbus lagi 1 sikat...apa yang saya happy bukan isu pisang, tapi I'm glad he boiled the pisang! My huby bukannya orang dapur or 'kitchen person'...dulu2 kalau sebut nak ajar masak or goreng yang simple2 dengan baik dia menolak...'takpe kalau u takde makan je kat luar'
Petang tadi pula, Mam pula took turn to boil the last sikat...wow not bad! Bila ketiadaan suri bagus juga mereka pria-pria rumah mahu buat juga 'masak-masak' walau pun cuma merebus.
Makan tanpa kelapa parut atau gula....sedap juga dimakan begitu sajaaa...frankly speaking, kali pertama saya dengar nama pisang ni 'Karang'. rasanya seperti pisang nangka yang ada rasa sedikit masam manis.
Kebun yang kami beli 3 tahun lalu adalah tanah seluas 10 000 per segi yang telah ditanam oleh pemilik asal tanah dengan beberapa pokok durian, rambutan, dokong, 2 pokok salak, pokok pisang karang dan baru2 ini kami tanam dengan 2 pokok pisang abu/batu yang kami bawa balik dari Penang.

Ada anak pisang karang untuk kami beli tak?
ReplyDeletesy pn tgh cari benih pisang karang.susah nk jmpa
ReplyDelete