Kira-kira sudah 3 kali saya mengampam dalam jarak masa yang terdekat dan dah 2 kali saya mencatatkan resepinya... Jadi untuk posting kali ni saya bubuh di sini resepi kuah apam je... Oleh kerana resepi yang saya dapat adalah 'verbally passed' to my sister dan dia tulis dan saya salin, maka saya terpaksa mudahkan bila saya nak membuat kuahnya kelmarin.
Resepi Kuah Apam
200 ml santan (saya guna santan kotak KARA)
2 ekor ikan sardin (selayang) panggang, ambil isi dan hancurkan
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
sedikit halia*
sedikit lengkuas*
sedikit kunyit hidup*
2 sudu makan kelapa parut
1 sudu makan rempah ketumbar
1 sudu makan rempah jintan manis
1/2 sudu kecil lada hitam biji
3 biji besar bawang merah (dimayang dan goreng)
1 sudu besar kerisik
sedikit gula kabung/manesan
Blend halus bahan2 bertanda * dan masukan ke dalam santan. (Saya dilute santan bersama <> 400ml air.). Masukan juga rempah ketumbar dan jintan manis, juga kelapa parut > blendkan jika nak haluskan....Renih di atas api sederhana. Masukan juga isi ikan yang telah dihaluskan tadi.
Masukan pula kerisik, gula kabung/manesan dan juga lada hitam biji dan garam.
Sementara itu goreng bawang merah sehingga kekuningan dan tuangkan bersama minyaknya sekali ke dalam kuah tadi..Renihkan kuah seterusnya sehingga masak.
Oleh kerana kuah yang saya masak kelmarin 'tercampak' lebih gula kabung makanya rasa kuah terlebih manis jadi saya masukan 2 keping asam gelugor untuk menyeimbang kembali rasa kuah tersebut.
salam ziarah...hermmm tak pernah tenguk lagi org makan kueh apam berkuah..peliklah
ReplyDeletekalau org tk biasa mmg pelik tp kalau tanya org pantai timur mmg ada apam berkuah ni,biasa dgn apam bakar.ada di jual utk sarapan pagi. skarng ni pun jarang org nak mjual apam berkuah ni ttp masih ada..,
ReplyDeleteWaaaaaaa... ma'chiks mcm mana saya boleh terlepas nie... apam berkuah mmg kuih kegemaran saya... wadusss nie mesti dah abisss...
ReplyDeletesalam Eda.., memang dah abis pun apam tu, tapi tak ape di ganu banyak tempat ada menjual apam berkuah ni, tinggal yg sedap n tak sedap je lah..lain kali sya buat apam berkuah sya calling calling Eda, k.
ReplyDelete