Sunday, April 24, 2011

KEK BUAH UNTUK BUAH TANGAN KENKAWAN

topping sliced almond atas pilihan


Bukan beli,...benar saya buat sendiri untuk diberi pada kawan2 sebagai buah tangan. Sekali lah baked dengan Chocolate Coffee/orange cake dalam posting sebelum ini..baru tersedar sebenarnya ada 1 jenis kek lagi yang saya buat pada batch ni, iaitu Dark Brown Sugar Butter Cake tapi lupa photo shoot! Waduhh. Mana tak lupa berkemas pun last minute...banyak barang nak kena bawak, kul 3pm baru leh bergerak.

Senang buat individual cake camni, tak payah nak potong2 untuk dibahagi pada kenkawan, walaupun kecil (+-600g berat) dapat la sikit sorang merasa..mana yang dapat lah kan. Yang tak jumpa tu kena lain kali lah nampaknya.

Kek buah kali ni tidak wangi bauan rempah sebab saya terlupa bubuh mixed spiced and serbuk pala! Betul2 'black-out' otak...Chef Wan kata memasak ni kena banyak bersabar, kena tenang dan tak terburu2...manusia mana sempurna, cam cam karakter.

Buat kek buah ni ada 1001 jenis resepi nak diikutkan..mengikut pengalaman dan supaya saya tak mudah confused dan memudahkan saya membuatnya saya 'sticked to this one recipe' (buat masa ni lah)

500 g buah kering campur>digaul dengan 2 s.b tepung gaul rata,keep aside.
250 g butter
150 g castor sugar (saya guna soft brown sugar)
1 s.b ovallette
5 biji telur (saya guna 4 biji gred A)
230 g tepung kek
1 s.t baking powder
1 s.t esen oren/vanila/any fruits essence
kulit limau parut
jus lemon/oren
1 s.t mixed spice
1/2 s.t serbuk pala

Satukan butter, gula, esen, ovallette. Pukul hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji pukul sampai kembang. Masukkan kulit limau parut dan jus pilihan.

Tepung dan baking powder diayak dan masuk sedikit sedikit ke dalam mixture butter dan adun sebati guna senduk kayu. Juga masukan the spices.

Masukan buah campur kering bertepung tadi dan gaul rata. Masukan ke dalam loyang yang berlapikan kertas baking bergris. Bakar kepanasan oven 160 deg C/done/1 - 1 1/2 jam.

No comments:

Post a Comment