Sesampai rumah buka fridge ada 3 pek buah strawberi di dalamnya...keadaan buah ada yang dah 'lonyei lembik'... baru teringat si adik 6hb April hari tu ikut school trip ke KL, 8hb on the way back mereka singgah Cameron Highland..kalau tahu si adik beli sudah tentu pesan buah tu disimpan dalam bahagian freezer, tapi apa nak buat masa dah berlalu. Tanya kenapa 'tak makan'...depa jawab, 'tunggu mak buat apa2..' Si Mam kata nak lebur coklat 'tak reti'. Alaa kesiannya anak2 mak... walau bagaimana pun masih banyak daripada buah2 tu yang masih elok, maka siang tadi saya terus proses buah2 tersebut untuk dijadikan jem
No comments:
Post a Comment