Semua jenis lauk pauk yang ada akan dihidang...kiraan bergantung pada lauk yang 'luak'...dari segi pilihan memang 'spoilt for choice'...lauk pauknya emmm semuanya memikat selera
Cara mereka sentiasa menghidang air teh suam...teringat masa belajar tahun akhir melawat melawat Bukit Tinggi dan Padang seorang teman mengomel 'asyik2 air teh, dia orang ni takde air lain ke..? sebenarnya teman ni nak air suam, air putih/plain water.
daya kreativiti - membalut sudu makan dengan serviette....lucu bila seorang 'rakan perjuangan' bertanyakan apa ke benda dalam balutan..dia ingatkan 'kuih'
baru jumpa gulai....kebanyakan orang kita kalau tak berjumpa lauk bergulai beberapa hari rasanya tak lengkap je makan nasi..ada yang kata 'tak kenyang makan nasi kalau takde lauk gulai..'
ooh I like this....sambal ijo, sambal guna lada hijau segar ditumbuk bersama bawang kecil dan sedikit 'iblis' (ikan bilis) ditumis dengan minyak...sesuatu yang berbeza kan...
yang ini pun...fuhhhh..kena belajar buat nih..cara buat seperti sambal ijo tadi dan bahan2 yang nampak dengan mata kasar iaitu ikan kering kecil, lada hijau segar, ubi kentang. sudah tentu bawang kecil juga dimasukan..ya tak?
Best among the best...gulai tetel or urat or kateh?. Jadi rebutan di kalangan kami..dan gulai cara minang ni tak seperti gulai kita di Malaysia...
seakan percik...bagusnya mereka guna ayam 'kurus-kurus' so kurang le segala lemak tepu
(foto2 di atas antara lauk pauk yang sempat disnap)
Masakan minang or padang paling dekat dengan masakan di Malaysia. Bahan masakan yang paling utama digunakan ialah lada atau cili merah/hijau segar.
Teman2 seperjuangan tak banyak mengomel pada waktu makan bila dijamu dengan lauk pauk minang sebab ngam dengan selera tekak masing2...Pak Aji berselera je makan kerana ada 'lauk berkuah'
Di Malaysia banyak restoran2/kedai makan yang menyediakan masakan minang/ padang.
Jika di Penang berkunjung lah ke Transfer Road. Kalau di Selangor, di bandar Kajang dan Hulu Langat. Jika di KL, daerah Gombak dan Setapak...

No comments:
Post a Comment