Friday, November 02, 2012

SARAPAN APA....weekend.

 Hujung minggu....lepas solat subuh, rasa nak bergolek2 lagi..pastu terus terlelap, bila terjaga tengok jam ya Allah matahari dah meninggi. bergegas bangun siapkan diri..ke dapur auto je teringatkan KUIH MALAS, cepat buat, cepat boleh makan so sesuai lah dengan keadaan bermalas-malasan...

.....kalau breakfast di luar, kebiasaan lah jenis2 nasi-lemak,berlauk,kerabu,dagang. Kalau kuih -karipap,pau kukus,onde-onde bijan, kuih sago,bengkang, roti canai. Sekali sekala bila nak cari kelainan kena lah buat sendiri.
 ....makan bersama cheese sauce dan buah pear sira gula perang....emmm marvelous sodapnya.

oat pancake dengan telor mata

 Bila bangun awal seperti biasa walau pun pada hujung minggu, boleh lah merancang sikit sesuai dengan masa dan selera dan juga dengan bahan2 yang ada dalam stok.. buat pun tidak lah dalam keadaan kelam kabut malah bersantai sarapan sambil pok pek pok pek dan sambil mata menonton tv.

Ni apa cerita...., tersilap upload ler pulak.


Pagi tadi memang tidak merancang menyediakan apa2 untuk sarapan, so mr huby, 'jom p Kopitiam Kita' tapi pegi tanpa membawa kamera. Takde lah merakam apa-apa. Bersarapan roti bakar + telur separuh masak + kopi O panas + milo panas dan Roti Titab ( roti bakar 4-segi tebal, disapu planta kot?,1 biji telor separuh masak diletak di tengah roti dan kaya pada setiap penjuru roti. Sambil makan mata melihat foto2 yang ditampal penuh di dinding termasuk Datuk Siti Nurhaliza, pelakon Josephine Tan dan lain2 VIP dan selebriti yang pernah berkunjung ke kopitiam ini. Tak dapat nak perhatikan sepenuhnya kerana keadaan yang bising dan penuh dengan pengunjung....dan kami - baru ketahuan  walau pun sudah 4 tahun bermastautin di negeri ini dan tahu pun melalui (memalukan aja) 'from an outstation friend' who used to frequent bila datang bertugas di sini...'Camna kau tahu tempat ni..?'.., jawab, from airport taxi driver..haha.

No comments:

Post a Comment