Juadah yang sentiasa 'reliable'...untuk sarapan, untuk tengahari pun kami boleh je, malam pun boleh gak...stok yang wajib sentiasa kena ada > beehoon and few kind of pasta, udang...daun sup dan daun bawang kalau kebetulan ada kira bonus la, tapi kalau tak ada dedaunan pun kita pun ok je...Yang pasti beehoon goreng sentiasa jadi penyelamat bagi orang seperti kita ni yang banyak penyakit M dalam memasak lauk pauk...
Sejak 4 tahun yang lalu mengalami penyakit 'no favorite market' dan tak teruja nak ke pasar untuk dapatkan ikan2 segar...Kalau kebetulan ke Tesco dan ada ikan cantik,segar, mata ikan 'tak sakit' ok lah...Nak ke pasar yang besar sikit I need someone to drive me...sebuah pasar kecil, sangat dekat kira berjiran dengan taman perumahan kita tetapi ikan2nya, tengok pun risau, kalu ada tarikh expire memang sangat2 over expired, mula memikir nasib si penjual ikan camna dia boleh survive...and ada satu tempat tu its not pasar, sort of gerai tepi jalan, tengok ikan2nya segar tapi kalau nak beli ikan kembong, ikan selayang or apa2 jenis yang seumpamanya you dilarang memilih (seperti orang selalu buat pilih yang mata tak merah, perut tak pecah). Oleh kerana first time ke situ dan tak tahu, pilih lah kita, tiba2 'KAK,TAK BOLEH PILIH', ternganga jugak!! 'cakap je nak berapa kilo' (ggitu pulak!). Bila balik rumah you dapatlah ikan yang perutnya pecah-pecah. Just like orang jual buah rambutan kita cakap nak berapa kilo penjual selalu akan ambil buah di depan dia kaup yang bawah2 depan dia, bila balik banyak lah u dapat buah busuk. Ggitu lah umpamanya...melainkan kalau kita nak beli ikan besar yang dipotong seperti tenggiri, ikan merah, kita boleh tunjuk potongan mana yang kita ndak..all these features dan suasana yang sangat kita tidak biasa, membuatkan kita kini sangat malas nak ke pasar. Not like my life before, never short of lauk pauk dalam freezer untuk seminggu...selalu teruja nak ke pasar untuk top-up barang2 basah.
The Casino of Chance 2021: The Best Casino Games & Online Slots
ReplyDeleteGet a virtual casino 밀양 출장샵 experience to play your favourite slots, table games, 화성 출장샵 & live dealer 서산 출장마사지 casino 원주 출장안마 games on the 논산 출장안마 go!