Friday, November 09, 2012

PULUT DOGHIAN

 Pulut...tanak sebab nak cepat boleh makan. Ada kerak, rupanya ada yang gemar, teruja la juga bila tengok 'mereka 2 beranak' suke pada bahagian nih.

 Sapa tak suke doghian...ish..ish..ish, ghugi ooh

 ......mmmm, sedap. Alhamdulilah atas rezeki dari Nya.

Ada lagi sesapa yang nak tambah


Yay....cuti sekolah dah bermula. Boleh la jejalan...Mam pun dah otw. Kami bertiga esok pagi bergerak. 'C u  in Penang, abang. Subuh nanti jemput adik..'..
Gather-gather here (penang)...fair la kerana 'bertugas' abang tak boleh balik walau pun semester break..

KK > 'what do you expect when you are expecting'

-Break for a week-

Thursday, November 08, 2012

LEMPUK DOGHIAN

 Semua yang ada mengambil bahagian mengacau

 air peluh berjuraian menitik...sume komplen panaih. mana tak sistem pengedaran angin dapur, oooppps jangan komplen!

Bila sentuh dengan jari dah tak melekat...done. Alhamdulilah
Masing2 lega, setelah jenuh mencurah tenaga dan keringat...'hard work lol'
 
Hasilnya....
sangat gembira dan berpuas hati. Bukan senang nak dapat kuih sebegini...apa lagi doghian kebun sendiri.

Nota: ....(malu nak habaq...citer hutang gak, lagi a few days nak ramadan kacau lempuk ni. Rasanya kalau dah masuk ramadan, belum tentu doghian ni jadi lempuk..stok tempoyak rasanya lebih dari cukup )

Kedekutnya kami lempuk ni dimakan anak beranak je...beda hanya pada my dear sis n sal and some for KK wat balik kampung omputih.

My previous posting dah ada sukatan. Ulang sekali lagi....ratio 1:3 ( gula : isi durian). Nak guna cawan, nak guna mangkuk terserah deh.

Wednesday, November 07, 2012

PILAF BERIYANI KETAM

.....masih dalam kategori posting berhutang...nasi pilaf beriyani ketam...dan bila KK teringin makan ketam.

Mr huby memang kaki penyakit gout. So bab membeli sotong, ketam segala seafood pelbagai memang NO lah dalam senarai beli. Ada kecuali gak iaitu sentiasa membeli udang. Selalunya udang saya buat rencah menggoreng mee/behoon atau nasi goreng, juga penyediaan masak pasta, tersangat jarang memasak udang sebagai lauk. Bila penggunaan udang sebegini tak ada pulak mr huby kena attack gout, ok je.

Bila kebetulan semua anak-anak ada di rumah pelbagai sikit lauk pauk. Kesian pulak nak embargo hanya kerana ayahanda kesayangan berpantang lauk kerana penyakitnya, tapi mak nya lah kena berkorban sikit tenaga menyediakan lauk berasingan...'mum, thats what you are for, kan'.hehe.

This year ramadan alhamdulillah everyone was at home, lebih ceria dan meriah seperti planta...ayah kata mak 'was in very high spirit' menyediakan juadah2 berbuka. Sebenarnya ayah pun sama perasaanya, kan. Kalau tidak sesebelumnya kalau dapat call kabar anak2 yang berpuasa di perantauan...Mam miss sahur
, mam kena sahur awal sebab cafeteria tak sedia sahur...abang buka posa di masjid. abang beli roti je untuk sahur. kantin tak sedia sahur..KK lak dah sememang mangli bukak posa dan sahur seadanya di perantauan...

...dah terasa sakit perut lah pulak...washing machine dah selesai tugasnya, tik..tik..tik...keluar je dari bilik kecil hape (hp) berdering di tingkat bawah...siapakah gerangannya, missed called, takpe will return the call.

Tuesday, November 06, 2012

.....MASIH BERHUTANG

 Kita sendiri tak boleh bayangkan lompang berintikan blueberry filling - weird! tapi itu lah yang kita buat, susah nak dapatkan kelapa parut putih, melainkan beli kelapa, kopek dan parut sendiri.

 sudah tentu kalau ada kelapa putih lagi ummph rasanya..

Kisah pada bulan posa yang lalu anak-anak nak makan kuih lompang...satu hari posa jiran sebelah pas sebekas kuih lompang kecil molek kiut miut (tak rakam foto). Dah anak2 ni jatuh cinta dengan kuih. So tanya la jiran tu kat mana dia beli.....dua tiga tempat gerai ramadan kami pusing bekasnya pun tak nampak.

So kata kat anak2 nanti mak buat lah ( tak pernah hayat buat, selalu makan yang beli dan yang tempah )..suh KK google cari resipi, selalunya dapat Kongsi resepi lah..awal2 lagi habaq kat depa kuih lompang ni takde kelapa parut, susah nak dapat yang putih melepak..jenis yang nak produce santan banyak lah. Pengalaman bila minta kelapa parut putih...pekedai kata, 'ooh tak buat..'. Mula lah rindu pada si Moh Santan di market Taman Sardon, u nak santan ada, u nak santan dibungkus 0.50 sen pun boleh (selalunya kita beli 10-15 bungkus sekali dan frozen ), u rajin nak perah sendiri santan beli lah kelapa parut, nak kelapa parut putih memang sentiasa ada, kalau kita rajin nak parut sendiri pun kelapa yang dikopak bersih pun ada...

Maka beli lah bahan2 dan briefly study cara nak buat.....bekas kuih lompang pun takde. many years ago penah beli mangkuk kecik ceramic entah ke mana ghaibnya, akhirnya guna je acuan muffin...Dua hari lepas ke PKT (local hypermart) sambil mencari barang yang perlu 'terserempak' dengan acuan lompang. Terus je ambil (..dan bayar ). Bila lagi nak buat...'entah'. Kalau tak bulan posa memang 'tak auto' nak membuat kuih-kuih seumpama nih, tambah lah tinggal si kecik Azaf je di rumah sekarang nih.

Bahana resipi ditulis pada cebisan kertas dah tak jumpa....kena google lain kalau nak buat lagi.

Semak apa lagi yang masih kita berhutang.

Monday, November 05, 2012

......HUTANG LAGI

 Nama kuih . Piyana. tak pasti ejaan, mungkin juga piana. Cam juga nama orang Diana. Ada yang mengeja Diyana, Dayana...

 First time rasa dan makan. Beli di SeriMas. Kuihnya sangat manis tapi sedap. Gimana pun takleh makan banyak, tapi mereka yang suka makan manis2 memang suka seperti Pok Mam.

 Akok. pun beli di tempat yang sama.

 Suke main-main dengan bentuk....bekas ais pun boleh, bekas kuih cara pun boleh, bekas baulu pun boleh

Kuih 'can never go wrong' melainkan kalau bubuh air yang terlalu banyak. Buat sendiri. Campur apa juga bahan kuih nih akan tetap menjadi.. Kalau beli digerai cam rasa rugi jer...

Antara juadah pada bulan puasa yang lalu. Rekod:D

Got to go...depaa dah balik for lunch. Daaa

......BERHUTANG



.....not meant to be catchy with the posting title. hakikatnya begitu lah. Buat biskut ni pada hari raya lalu dan ketika tu satu2nya notebook yang ada 'kong', baru je pulih bout 2 weeks ago. But I had bought my new netbook, kecil molek, ringan and handy walaupun ggitu momentum update blog mengikut mode lenggang lengguk mak Limah..

Biskut > Vanilla Kipferl. Sumber Rima S'pore..biskut omputih nih simple2 baik dari segi gunaan bahan2 and bentuknya.. terliur bila tengok biskut ni dalam blog Rima. Tqvvvmuch for sharing the recipe...kesedapan biskut nih bergantung pada ground almond sebagai bahan utama.

Untuk rekod jom kita tengok resipinya. resipi yang ditulis atas kertas boleh hilang ghaib. so next time nak buat lagi boleh la rujuk di sini.

150 g butter
150 g flour
150 g ground almond (white with no skin)
70 g icing sugar
1 tablespoon vanilla essence
2 egg yolk

Soften butter @ room temperature and combine with other ingredients to form a firm dough. Knead a little bit only. Roll out to long strips about 2 cm diameter, cut into equal sections of about 1.5 cm each and form little cresents. Bake in preheated oven @ 160 deg F for 12 mins, or look at the tips turn dark brown.

Once cool, roll in icing sugar.

Makannya...krapp krupp and melts in your mouth.******

Sunday, November 04, 2012

CRISP OATMEAL COOKIES



....bila gila membuat cookies melanda, ini lah jadinya. Semuanya untuk jajan si Azaf, maknya dan ayahnya juga. Stop sementara membeli biskut2 yang dijual di hypermart. Juga sementara mak si Azaf masih meninggi moodnya berkukis, masih tidak kemana-mana dan kaki maknya tak kena attack 'food drop pain' and lately kena 'frozen shoulder pain'. Mudahan cukup la sekali kena (frozen shoulder), sakitnya tak boleh nak describe...kesan pada mobiliti, agak menakutkan...

Sepatutnya cookies ni menggunakan oat sebagai bahan utama, tetapi diganti dengan muesli. Sebabnya beli 1 bungkus muesli dah quite sometime tapi gunanya sikit aje.

Jadian cookies ni rangup tapi agak kering...banding dengan choc chips Azaf slow je menikmati cookies oatmeal.

Sumber resipi: The Fannie Farmer Cookbook.
1 C vege shortening
3/4 C granulated sugar
3/4 C brown sugar
2 eggs
1 teaspoon vanilla
3 tablespoons water
11/2 C flour
1/2 teaspoon salt
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon cinnamon
3 C uncooked oatmeal (not instant)
1/2 C chopped walnuts
1/2 C raisins

Preheat oven to 350 deg F and grease some cookie sheets. Combine the shortening and sugars and beat thoroughly blended. Add the eggs, vanilla, and water, and beat until light and fluffy. Stir together the flour, salt, baking soda, and cinnamon. Add to the first mixture and beat until completely mixed. Add the oatmeal,walnuts, and raisins, and stir until thoroughly blended. Arrange by rounded teaspoonfuls on the greased cookie sheets, placing them about 2" apart. Flatten cookies slightly with your wet fingertips into rounds about 1 1/2" across and 1/2 " thick. Bake for 10-12 mins,or until the cookies have spread a little and are lightly browned all over.

Tidak rugi mencuba...

SARAPAN APA 3


Juadah yang sentiasa 'reliable'...untuk sarapan, untuk tengahari pun kami boleh je, malam pun boleh gak...stok yang wajib sentiasa kena ada > beehoon and few kind of pasta, udang...daun sup dan daun bawang kalau kebetulan ada kira bonus la, tapi kalau tak ada dedaunan pun kita pun ok je...Yang pasti beehoon goreng sentiasa jadi penyelamat bagi orang seperti kita ni yang banyak penyakit M dalam memasak lauk pauk...
Sejak 4 tahun yang lalu mengalami penyakit 'no favorite market' dan tak teruja nak ke pasar untuk dapatkan ikan2 segar...Kalau kebetulan ke Tesco dan ada ikan cantik,segar, mata ikan 'tak sakit' ok lah...Nak ke pasar yang besar sikit I need someone to drive me...sebuah pasar kecil, sangat dekat kira berjiran dengan taman perumahan kita tetapi ikan2nya, tengok pun risau, kalu ada tarikh expire memang sangat2 over expired, mula memikir nasib si penjual ikan camna dia boleh survive...and ada satu tempat tu its not pasar, sort of gerai tepi jalan, tengok ikan2nya segar tapi kalau nak beli ikan kembong, ikan selayang or apa2 jenis yang seumpamanya you dilarang memilih (seperti orang selalu buat pilih yang mata tak merah, perut tak pecah). Oleh kerana first time ke situ dan tak tahu, pilih lah kita, tiba2 'KAK,TAK BOLEH PILIH', ternganga jugak!! 'cakap je nak berapa kilo'  (ggitu pulak!). Bila balik rumah you dapatlah ikan yang perutnya pecah-pecah. Just like orang jual buah rambutan kita cakap nak berapa kilo penjual selalu akan ambil buah di depan dia kaup yang bawah2 depan dia, bila balik banyak lah u dapat buah busuk. Ggitu lah umpamanya...melainkan kalau kita nak beli ikan besar yang dipotong seperti tenggiri, ikan merah, kita boleh tunjuk potongan mana yang kita ndak..all these features dan suasana yang sangat kita tidak biasa, membuatkan kita kini sangat malas nak ke pasar. Not like my life before, never short of lauk pauk dalam freezer untuk seminggu...selalu teruja nak ke pasar untuk top-up barang2 basah.





Saturday, November 03, 2012

SALAD WITH OIL N VINEGAR DRESSING



Menceriakan suasana yang sangat 'redup' ...mendung, awan hitam berarakan, hujan renyai sepanjang hari ini. Warna salad, hijau timun,  hijau lada bengala,ungu bawang, kuning perang karot sekurang2nya membantu mencerahkan suasana..

Khasiat Cuka: ...'A epidemiological study has found that people who choose to have an oil and vinegar dressing on salads 5 to 6 times a week have lower rates of heart disease than people who didn't.

Digestion > high content of acetic acid helps in the absorption of essential nutrients, natural cure for constipation, improving bowel irregularity n removing toxins at a faster rate

Weight Loss>acetic acid prevent build up of fat, speed up metabolism as well as burn calories faster. Add 2 teaspoon of apple cider to your drinking water daily in the morning, see the results in just a few weeks.

Acne>an effective natural agent that cures acne by killing the bacteria and balancing skin's PH level.also absorbs excessive oil from skin, how? dilute vinegar in water, using clean cotton apply to your face and leave on for about 10 minutes, then rinse.

Cold>when you have cold, the body becomes more alkaline.vinegar help to re-balance the body's acid level and decrease the length of illness..mix 1 teaspoon of vinegar in half a cup of warm water to fight the cold. vinegar also helps with nasal congestion and asthma symptons

There's more...for body odour,diabetes,hiccups,insomnia and dandruff. will update next...got to go

Source: LIFE & TIMES HEALTH, OCT 9,2012, Add a spoonful of vinegar by Kasmiah Mustapha.

Friday, November 02, 2012

SARAPAN APA 2

Nasi Lemak kuning, stir fry bok choy dan sambal isi ayam

Kalau bersarapan dengan nasi seperti ni pada hujung minggu biasanyanya 'brunch' ler...merancang juga tapi perancangan yang lambat dengan 'mood rajin' so menjadi lah walau pun lewat bersarapan. Nak makan apa tengahari tak perlu fikir lagi dah...petang kalau rasa lapar outing je.

 kes sarapan sorang2 on week days, ciannnn.....apa yang ada je, dan kalau rajin nak buat.


SARAPAN APA....weekend.

 Hujung minggu....lepas solat subuh, rasa nak bergolek2 lagi..pastu terus terlelap, bila terjaga tengok jam ya Allah matahari dah meninggi. bergegas bangun siapkan diri..ke dapur auto je teringatkan KUIH MALAS, cepat buat, cepat boleh makan so sesuai lah dengan keadaan bermalas-malasan...

.....kalau breakfast di luar, kebiasaan lah jenis2 nasi-lemak,berlauk,kerabu,dagang. Kalau kuih -karipap,pau kukus,onde-onde bijan, kuih sago,bengkang, roti canai. Sekali sekala bila nak cari kelainan kena lah buat sendiri.
 ....makan bersama cheese sauce dan buah pear sira gula perang....emmm marvelous sodapnya.

oat pancake dengan telor mata

 Bila bangun awal seperti biasa walau pun pada hujung minggu, boleh lah merancang sikit sesuai dengan masa dan selera dan juga dengan bahan2 yang ada dalam stok.. buat pun tidak lah dalam keadaan kelam kabut malah bersantai sarapan sambil pok pek pok pek dan sambil mata menonton tv.

Ni apa cerita...., tersilap upload ler pulak.


Pagi tadi memang tidak merancang menyediakan apa2 untuk sarapan, so mr huby, 'jom p Kopitiam Kita' tapi pegi tanpa membawa kamera. Takde lah merakam apa-apa. Bersarapan roti bakar + telur separuh masak + kopi O panas + milo panas dan Roti Titab ( roti bakar 4-segi tebal, disapu planta kot?,1 biji telor separuh masak diletak di tengah roti dan kaya pada setiap penjuru roti. Sambil makan mata melihat foto2 yang ditampal penuh di dinding termasuk Datuk Siti Nurhaliza, pelakon Josephine Tan dan lain2 VIP dan selebriti yang pernah berkunjung ke kopitiam ini. Tak dapat nak perhatikan sepenuhnya kerana keadaan yang bising dan penuh dengan pengunjung....dan kami - baru ketahuan  walau pun sudah 4 tahun bermastautin di negeri ini dan tahu pun melalui (memalukan aja) 'from an outstation friend' who used to frequent bila datang bertugas di sini...'Camna kau tahu tempat ni..?'.., jawab, from airport taxi driver..haha.

Thursday, November 01, 2012

ROTI CICAH ....

 ......sambal sardine dan gulai ubi kentang bilis

Roti cicah ni cerita sama ada pada bulan puasa atau sebelum, dah lupa. Mangsa notebook yang rosak beberapa bulan yang lalu...


Tak dapat nak bercerita banyak. Kepala bengang je hari ini....sakit kepala, nyut bedenyut..dah lama tak kena camni..di luar cuaca jap panas, pastu jo 'on. atau pun tidur tak cukup dan tahan diri dari 'napping'.

Tengahari tepon mr huby belikan nasi bungkus untuk dirinya dan si Azaf...tak rajin nak memasak lauk pauk. Untuk diri kita masak bubur air sahaja padankan leftover kuah sup tulang semalam...plan nak tidor awal malam ni moga dapat tidur yang nyenyak.