Tuesday, April 19, 2011

PISANG REBUS...I'M GLAD 'THEY' CAN 'DO' IT,hehe

Sewaktu ketiadaan saya, pisang Karang di kebun kami masak. Mengikut huby ada 8 sikat kesemuanya. 2 sikat diberi pada adiknya dan 2 sikat lagi pada makciknya. Sebaik saya sampai rumah ada 2 sikat. Cerita huby 2 sikat dah direbusnya...kelmarin petang saya sampai direbus lagi 1 sikat...apa yang saya happy bukan isu pisang, tapi I'm glad he boiled the pisang! My huby bukannya orang dapur or 'kitchen person'...dulu2 kalau sebut nak ajar masak or goreng yang simple2 dengan baik dia menolak...'takpe kalau u takde makan je kat luar'

Petang tadi pula, Mam pula took turn to boil the last sikat...wow not bad! Bila ketiadaan suri bagus juga mereka pria-pria rumah mahu buat juga 'masak-masak' walau pun cuma merebus.

Makan tanpa kelapa parut atau gula....sedap juga dimakan begitu sajaaa...frankly speaking, kali pertama saya dengar nama pisang ni 'Karang'. rasanya seperti pisang nangka yang ada rasa sedikit masam manis.

Kebun yang kami beli 3 tahun lalu adalah tanah seluas 10 000 per segi yang telah ditanam oleh pemilik asal tanah dengan beberapa pokok durian, rambutan, dokong, 2 pokok salak, pokok pisang karang dan baru2 ini kami tanam dengan 2 pokok pisang abu/batu yang kami bawa balik dari Penang.

JEM STRAWBERI...homemade

Sesampai rumah buka fridge ada 3 pek buah strawberi di dalamnya...keadaan buah ada yang dah 'lonyei lembik'... baru teringat si adik 6hb April hari tu ikut school trip ke KL, 8hb on the way back mereka singgah Cameron Highland..kalau tahu si adik beli sudah tentu pesan buah tu disimpan dalam bahagian freezer, tapi apa nak buat masa dah berlalu. Tanya kenapa 'tak makan'...depa jawab, 'tunggu mak buat apa2..' Si Mam kata nak lebur coklat 'tak reti'. Alaa kesiannya anak2 mak... walau bagaimana pun masih banyak daripada buah2 tu yang masih elok, maka siang tadi saya terus proses buah2 tersebut untuk dijadikan jem

Kali ini buahnya saya tidak 'puree'kan, sebaliknya saya hiris-hiriskan saja. Sukatan gula pula mengikut sukatan buah yang saya dapat i.e ratio 1:1

sedia dimakan, cantik merah dan berkilat...

having with crackers....ohh sooo nice...nak kata apa lagi maa....

BLURRR....rasa camna without internet access!

Salam kembali beralam maya...hampir 3 minggu hidup tanpa internet access, astro dan akhbar...rasa rasa sesangat ketinggalan 'apa jadi kat dunia ni'..sempat tengok tv pun tv3 je namun resepsi sangat berbalau, time berita dapat dengar berita pun alhamdulilah. Ni pun jika sempat...dan yang sangat pasti ialah rindu pada blog kesayangan, dan kesiannya pada dia kerana tidak berupaya untuk meng'up-date'nya..huhu, apakan daya.

Apa pun I'm back for the moment...having a new task now. My life now, need to commute east west hi - way...bila tugasan diperlukan.

Sunday, April 03, 2011

MAM, APA U BUAT TU...?


.....Nunggeng botol cili sos yang dah nak abis..kesian, nanti keluar beli,k.

ssssshhhhh ABP on air....nak tengok sat nooh.

SIMPLE MIMPLE LUNCH

Ikan bakar garam kunyit, walaupun simple cara masakan tapi makannya....mak ooii dengan nasi panas pun dah cukup, makan cam orang perempuan dalam pantang ggitu...


Nothing much to story....jarang berbudu tapi kerana budu tu lah esoknya huby berjalan terhencot-hencot, gout serang kembali!Justify Full

Saturday, April 02, 2011

PIZZA......Sourdough base



Filling: chicken mushroom

before baked

.....and after

Jika membelek2 buku resepi omputih selalu came across word 'sourdough' nie untuk membuat roti ke, kek ke...namun juga tak pernah nak kisah nak apa apakan...

Tapi suatu hari 'ddeghap' rumah Treat & Trick, nengok posting roll pizza nya, read through the recipe dia sebut penggunaan sourdough untuk pizza base nya..diletaknya recipe membuat dough masam tu. Rasa cam menarik je so mencuba lah buat. Apa lagi chicken mushroom filling duk membeku dah hampir dua minggu dalam freezer. Keju parut pun masih ada lagi, quite sometime gak keju ni berumah dalam freezer, perabihkan lah...

Cuma dari segi bentuk saya pilih whole pizza. Anyway thank you tuan rumah Treat & Trick

Recipe:
1 1/2 C all purpose flour
3/4 tsp salt
4 tbsp oil ( I used 2 only)
1 - 3 tbsp water
Topping, to ur likened

Mix flour and the starter (sourdough) with salt, add in oil. Gradually add water until dough is formed.
Knead by hand for 8 mins or until the dough get elastic. Place in covered container/cling wrap the bowl, oiled the bowl and the dough. Leave it for 2 - 3 hrs/rise double size.
Roll out dough into rectangular. Spread with filling, roll up jelly roll style. Cut using sharp knife into 10 rolls. Leave for another hour. ( I bypassed this process). Towards the end of raising process preheat oven. Bake 20 - 25 mins.

( I baked the dough for 15 mins first/light brown, then only spread the base with some tomato puree and sprinkle evenly some grated cheese, spread the filling and sprinkle the top with the rest of the cheese. Put back in the oven to bake until done.

If you are using sourdough, then it need to be prepared before hand.

The recipe for the Sourdough

1 C water
1 C flour
1/2 tsp instant/dry yeast

Place all the ingredients in a container. Stir with a wooden spoon and let it sit in a covered bowl for 4 to 16 hours in warm and draft free place.

APAM lagikkk, tapi kali ni berwarna warni....

Acuan apam saya, tart mould...under utilised., sebelum ni guna acuan muffin, besor2 lah sikit apam membentuk jadi teringin bentuk apam kecil molek, keluarkan lah acuan yang sudah lama tersimpan saja...saya bukan rajin sangat nak buat segala tart/tarlet...

Semalam buat...bukan untuk sarapan, minum petang pun tidak...tapi kira makan untuk malam sebab kul 6.30 petang baru selesai mengukus. Makan dengan kuah, tidak seperti biasa apam dimakan dengan kelapa parut.

Kuah apam.. Resepi dah bertahun2 diberi kakak tapi tak penah ada courage nak buat. Sebab utamanya 'tak gheti nak buat apam tu lah..'..ni cerita sejarah lagi ni...during my younger days selalu lah makan apam berkuah ni, apamnya sama ada yang bakar atau yang kukus. Yang selalu buat apam dan kuah ni ialah my other elder sister. Dia ni lah chef menyediakan makanan untuk adik2nya yang bersusun...tapi saya tak pernah pulak nak belajar, tau makan je lah ketika tu...masih ingat kalau dia nak buat apam dia mengisar beras yang direndam dalam alat pengisar batu, cam batu giling tu...bagi mendapat tepung beras..ni banyak dekad daa..

Terkesan angin La Nina menyebabkan cuaca mendung dan hujan beberapa hari ni...jadi untuk menceriakan suasana dalam rumah dan luar yang gloomy adalah munasabah saya menceriakan dengan mewarna-warnikan apam dengan lima warna seperti dalam pic...disamping 'boost' my mood yang tak berapa nak ceria...orang perempuan selalu je mood ikut perubahan hormon kot..

Kira-kira sudah 3 kali saya mengampam dalam jarak masa yang terdekat dan dah 2 kali saya mencatatkan resepinya... Jadi untuk posting kali ni saya bubuh di sini resepi kuah apam je... Oleh kerana resepi yang saya dapat adalah 'verbally passed' to my sister dan dia tulis dan saya salin, maka saya terpaksa mudahkan bila saya nak membuat kuahnya kelmarin.

Resepi Kuah Apam

200 ml santan (saya guna santan kotak KARA)
2 ekor ikan sardin (selayang) panggang, ambil isi dan hancurkan
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
sedikit halia*
sedikit lengkuas*
sedikit kunyit hidup*
2 sudu makan kelapa parut
1 sudu makan rempah ketumbar
1 sudu makan rempah jintan manis
1/2 sudu kecil lada hitam biji
3 biji besar bawang merah (dimayang dan goreng)
1 sudu besar kerisik
sedikit gula kabung/manesan

Blend halus bahan2 bertanda * dan masukan ke dalam santan. (Saya dilute santan bersama <> 400ml air.). Masukan juga rempah ketumbar dan jintan manis, juga kelapa parut > blendkan jika nak haluskan....Renih di atas api sederhana. Masukan juga isi ikan yang telah dihaluskan tadi.

Masukan pula kerisik, gula kabung/manesan dan juga lada hitam biji dan garam.

Sementara itu goreng bawang merah sehingga kekuningan dan tuangkan bersama minyaknya sekali ke dalam kuah tadi..Renihkan kuah seterusnya sehingga masak.

Oleh kerana kuah yang saya masak kelmarin 'tercampak' lebih gula kabung makanya rasa kuah terlebih manis jadi saya masukan 2 keping asam gelugor untuk menyeimbang kembali rasa kuah tersebut.



Friday, April 01, 2011

CALONG...... AND MEE CALONG

Calong....saya buat seperti buat keropok lekor cuma saya tak guna tepung sagu tapi guna tepung jagung campur tepong ubi kentang...saya rebus setengah masak.

Masih ingat masa kecik2 dulu arwah mak buatkan bebola ikan ni, sama ada mak bubuh dalam sup sayur sawi atau mak buatkan sup mee dan bubuh bebola ni. dan satu lagi bahan paling utama dalam sup ialah lada hitam tumbuk halus/kasar...dan ketika itu nama mee ini disebut 'mee calong'...

Saya suka buang masa berfikir, terutama tentang nama2 sesuatu makanan, the name derives from what..sudah tentu biasanya dari bahan2 yang digunakan..tetapi jika namanya 'really out of the way' hehe, kenapa namanya gitu gini...jawapan pada diri sendiri, mungkin orang kita dulu, bebola ikan bukan makanan kita, so tak wujud word bebola ikan...dan juga bebola ikan bukan asal makanan orang melayu...dan perkataan 'calong' to my hearing is more to 'siam siam' sikit kot..

dan setelah masa berlalu...bertahun2 saya lupa terus akan mee calong ni, sehingga suatu hari dalam perjalanan ke suatu tempat saya ternampak menu yang dipamer pada sebuah gerai, salah satu jualannya, 'mee calong'...tetiba teringat waktu silam, kecik2 dulu, selalu makan, mak buat..

Dah masak, kena makan panas2....menyediakannya sangat mudah dan cepat, provided 'calong' disediakan awal, simpan dalam fridge or bekukan. Mee calong boleh ganti mee segera yang sangat tidak berkhasiat tu...jangan marah ye pengeluar mee segera!

Mee Calong for our dinner....