Bahan: bawang kecil, bawang putih, serai, lengkuas, halia, kunyit hidup, belacan > diblend. Cili kering kisar/cili boh, rempah serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kesemua bahan ditumis hingga pecah minyak. masuk air asam jawa dan air secukupnya. dah mendidih masukan ikan dan daun limau purut. seimbangkan rasa manis dan masin...pada kebiasaanya asam pedas kalau ada daun kesum, bunga kantan boleh dimasukan tetapi saya selalu takde bahan2 ni. Kebetulan ada bubuh je...
Kalau nak makan percik, sesekali rajin lah buat tetapi selalunya akan ke 'pakar percik'
atau beli ready-made dan masak je nasi..sesekali datang angin monsoon masak lah nasi ayam, nasi dagang, nasi beriani, nasi mandhi, nasi kuning bebagai...
Tapi HARI-HARI tu le pusingan menu yang cepat dimasak!> tanpa rasa bersalah langsung
Juga sebelum ahli rumah 'berdemo' kerana asyik masak singgang je kena lah berasam pedas, tambah si adik kalau ada lauk asam pedas je 'senyum memanjang', makan nasi bertambah dan gemar nasi banjir dengan kuah asam pedas. Bagi dia hari hari asam pedas pun takpe, tak jemu tak bosan. Ada kuah lebih simpan esok pecah telor dalam kuah pun orait bagi dia, janji asam pedas. Kuah boleh hirup lagi...