Friday, August 26, 2011

AGAR-AGAR COKLAT OREN

Menyejukan tekak di bulan posa...manisan yang tak perlu banyak kudrat untuk menyediakannya... saya rebuskan agar-agar sehingga hancur, pastu masukan susu pekat manis secukupnya dan pes serbuk koko, kacau sebati dan masukan jus oren sunquick...tuang adunan ke dalam acuan dan sejuk bekukan....I like, everybody likes.

Tuesday, August 23, 2011

MINUMAN FALOODA




Serbuk falooda yang dibawa balik oleh KK....didih 1 litre susu dicampur dengan sedikit air putih dan masukkan serbuk falooda, kacau hingga jeli didalamnya lembut. sejukkan dalam fridge atau masukkan ketul ais dan scoop ice-cream ke dalam minuman. alhamdulilah lazatnya.


Antara minuman pilihan dalam bulan Ramadhan...setiap hari bulan Ramadan mesti pikir nak minum apa, hari2 nak tukar rasa air minuman cam jugak menu lauk pauk, kuih muih sama naik, betul tak?


Wednesday, August 17, 2011

KUIH GANAS

KUIH LOMPAT TIKAM.....so sore`> sorang satu.

complete set and ready to eat...ooppps tunggu masuk waktu berbuka dulu...

sirap ne`san atau gula kabung fungsi untuk memaniskan kuih lompat tikam

'merahnya mak ngah'

Versi Kelate` mesti kena ada pulut merah, mungkin untuk nampak kuih ini lebih menarik lagi...dan juga 'ganas' atau 'garang' terletak pada warna terang ini.

Tengok mata kasar seperti kuih talam tapi lapisan hijaunya tawar. 'kepala' lapisan atas kenalah rasa lemak.

Mungkin juga kuih ini dalam kategori 'be`keng' atau garang. Atau jika tersilap sebut 'tikam belakang' masuk dalam kategori khianat...

KUIH PUTERI MANDI

kuih otomatik bulan puasa. posa je cam perlu je sediakan kuih puteri mandi...bukan bulan posa takde lak teringan nak makan kuih2 seperti ni.

'puteri berendam dalam bath tub'

Mungkin jugak boleh kita namakan kuih gentel kemek sebab digentel bulat dan dikemekkan...pada saya secara peribadi kuih ini adalah opposite kuih ondeh-ondeh or kuih buah melaka. bahan2 digunakan semuanya sama tapi presentation je berlainan..buah melaka gula kabung atau ne`san duk didalam dan digaul kelapa parut. puteri mandi pulak buahnya tidak berisi sebaliknya gula kabung/ne`san dicairkan, dimasukkan kelapa parut dalam kuah nesan dan masukan buah kemek tadi. Tapi version yang saya buah kuahnya saya masukan sedikit santan supaya rasa lemak kerana saya gunakan kelapa parut kering yang sudah tentunya tidak ada rasa lemak, melainkan jika guna kelapa parut segar.

OTAK-OTAK BATU RAKIT

sedappp, boleh beri rating 5 bintang...lain kali boleh beli lagi.

Otak-otak ketam, udang dan sotong. Sebenarnya nak beli otak-otak ikan tetapi ketika singgah lalu otak-otak ikan belum siap dibakar. Beli jugak lah otak-otak seafood tu...beli tika on the way nak balik KB di Kg Pagar Besi Batu Rakit...

AGAR-AGAR JALA MAS

bila dibuat agar2 nampaknya semua suka makan, kira laku lah...kata orang sekali adap je lah juadah bukak puasa tu hari.

bulan puasa dengan cuaca yang sangat panas agar2 menjadi pilihan, apa lagi bila disejukkan. sejuk tekak tika menelan agar2 jala mas.

My last update was 9th August? Mary Goeslow betul! juga tahap binatang Slow Loris...siang hari memang tak kesempatan langsung nak jamah komputer. Malam lak pas terawih memang badan rasa nak kena landing je..tengah solat terawih pun duk niat balik mesjid nak masuk tidur terus. Tapi malam ni mata rasa segar sangat... alhamdulilah.

Another way cara makan jala mas...Jala mas ni memang sesangat manis dan bau telur kuningnya ada orang tak suka baunya. Walau pun suka juga makan jala mas tapi tak boleh makan banyak, sekadar merasa je...so sesiapa yang suka jala mas tapi tak boleh nak makan banyak boleh cuba cara begini iaitu masak agar2...

Buatnya pun senang. Rebus agar2 sebanyak keperluan masing2, bubuh gula ikut tahap manis yang disukai, bila dah hancur gula dan agar2 masukan jala mas. Guna chopstick untuk kirai jala mas supaya rata dan tuang ke dalam acuan untuk disejuk dan bekukan.


Tuesday, August 09, 2011

SAYUR

kacang buncis, karot goreng tempe

Ramadan al mubarak tahun ni, mengurangkan aktiviti memasak > yang saya buat hanya gorengan sayur mayur kegemaran, buat sup (untuk kuah)....lauk utama boli aja. Maka dah lama lah saya tak bergulai tak berasam pedas, tak berlemak kuning/putih, tak berasam tempoyak, juga tak bersinggang. Masih dalam program mengurangkan berat badan...terpaksa! Namun nasi tetap disediakan untuk keluarga...saya tak kan tak makan langsung? makan cuma 'refuse' nasi je, so meratah2 je lauk pauk ayam ke , ikan ke dan sayur mayur dan buahan..oat ganti nasi.

Sunday, August 07, 2011

PEMBUKA SELERA BERBUKA

SARE`......kuah tumis, sambal kelapa dan rampai laut. Hidangan kali ini dijamah cuba si abang dan si adik, ayah pun. Camna rasa? lemak dan masam cuka dan manis sikit...nice!

JUADAH BERBUKA

Alhamdulilah tahun ini juadah berbuka betul2 ala kadar.

Saturday, August 06, 2011

KEK BUAH

'batu permata' dalam kek buah. Tidak seperti kek lain, kek buah lagi lama lagi sedap. Biarkan buah2an kering, jus-jus buah dan esen melalui proses 'ripening' atau 'pemesraan'...


Projek raya tahun ni...berat kek -+ 1.47 kg.

AYAM PERCIK

Percik ayam putih untuk berbuka puasa esoknya.....seketul RM6/-...si abang ambek seketul untuk dia. ...senangkan tak payah susah2 nak berpercik-percik, beli je.

AYAM PUSING

Pepatah kata, do not judge the book by its cover tapi rasa ayam ni 'judge book by its cover pun tak boleh pakai.

Lauk berbuka puasa 1 Ramadhan dimulai dengan ayam pusing..RM19 seekor, rasa kurang spicy. Tidak seperti tahun2 sebelumnya, ramadhan tahun ini saya kurangkan aktiviti memasak. Lauk utama dibeli sahaja, cuma yang saya masak ialah sup campur seketul dua isi/tulang ayam, karot dan kentang juga cendawan. Selain itu ialah sayuran goreng.

Untuk manisan juga saya beli je kuih seperti ondeh2 2 bungkus dah..berbuka ala kadar sahaja.