bila dibuat agar2 nampaknya semua suka makan, kira laku lah...kata orang sekali adap je lah juadah bukak puasa tu hari.
bulan puasa dengan cuaca yang sangat panas agar2 menjadi pilihan, apa lagi bila disejukkan. sejuk tekak tika menelan agar2 jala mas.
My last update was 9th August? Mary Goeslow betul! juga tahap binatang Slow Loris...siang hari memang tak kesempatan langsung nak jamah komputer. Malam lak pas terawih memang badan rasa nak kena landing je..tengah solat terawih pun duk niat balik mesjid nak masuk tidur terus. Tapi malam ni mata rasa segar sangat... alhamdulilah.
Another way cara makan jala mas...Jala mas ni memang sesangat manis dan bau telur kuningnya ada orang tak suka baunya. Walau pun suka juga makan jala mas tapi tak boleh makan banyak, sekadar merasa je...so sesiapa yang suka jala mas tapi tak boleh nak makan banyak boleh cuba cara begini iaitu masak agar2...
Buatnya pun senang. Rebus agar2 sebanyak keperluan masing2, bubuh gula ikut tahap manis yang disukai, bila dah hancur gula dan agar2 masukan jala mas. Guna chopstick untuk kirai jala mas supaya rata dan tuang ke dalam acuan untuk disejuk dan bekukan.
No comments:
Post a Comment