Saturday, July 30, 2011

BUAH CIKU

rasa buahnya yang sangat manis terasa perit anak tekak.

atau BUAH SAWO NILA (sebutan orang Klate`)...dapat 3 biji dari pokok rumah Che Wah (kakak)...budak2 zaman sekarang kenal ke buah ni..aritu bila kupas saya dan huby je makan. Si adik menjeling pun tidak, bertanya pun tidak, dan cam tidak ada perasaan bila menengok kami berdua makan. rasanya memang kurang popular di kalangan buah2an tempatan.

Rasanya kalau dibuat jus tentu sedap. Makan buah tersangat lah manis tetapi, ha ah ada tetapinya iaitu terasa sesuatu melekat di lelangit..getah buah seperti memakan buah nangka jugak..

Thursday, July 28, 2011

CHOCOLATE CHIP COOKIE...lagiii

Drop size 'ikut suka' masing2....bakar 10 - 12 minit


Bukan ulang tayang, buat Sabtu malam lepas. Dah janji dengan Mam untuk dia bawa balik ke asrama Puncak Alam esok pagi Ahad. Malamnya bergegas membuat cookie ni. Persediaannya kejap je, lagi pun buat satu adunan je....KK n Rush jangan jeles ye...Millies kan ada.

Jom tengok apa bahan2 nya...biasa aja.

1 C butter
3/4 C dark brown sugar
1/2 C castor gugar (saya guna dark brown sugar jugak)
1 biji telur
1 1/2 s.t esen vanilla
1/4 C susu segar

(Krimkan kesemua bahan2 dalam senarai di atas)

2 1/4 C tepung
1 s.t baking soda ( saya guna 1/2 tsp b.soda + 1/2 b.powder)
1/2 s.t garam

(Ayakkan bahan2 kering dan masukkan ke dalam bahan butter yang telah dikrimkan tadi, kacau sebati.)

Masukkan 1 C coklat cip pilihan, kacau rata...saya juga masuk 1/4 cornflakes yang diramas ke dalam bahan. Namun bahan ini adalah option.

Tuesday, July 26, 2011

KUCING PUN SUKA DURIAN



Sekor lagi kucing, Minden tak suka pulak durian durian ni. Yang ni, Jambul siap menunggu orang duk bukak buah durian.

Monday, July 25, 2011

LEMPENG DURIAN


Musim durian.....durian kalau tidak dimakan begitu saja, dimakan dengan pulut dan santan, dibuat serawa dicicah roti jala, roti atau bun dan seumpamanya. Ada belen beberapa ulas lagi durian dah beberapa hari sesapa pun tak kisah..yang tak best nya setiap kali buka fridge setiap kali tu bau durian semerbak serumah.

Tadi buang biji ulas2 durian, ambek tepung gaul2kan untuk dijadikan lempeng. Masuk sikit garam dan gula, tuang 1 sudu besar minyak lalu digaul rata, lempengkan dalam kuali non stick leper...tu dia WALAU PUN RUPANYA TAK CANTIK TAPI RASANYA SANGATTT SEDAP, dimakan begitu saja takde cicah dengan apa-apa pun. Dapat 5 keping kejap je abis dimakan bertiga...KK, si abang, Mam and Rush boleh tengok gambar je lah kan, nak ambek bau pun tak dapet.

Saturday, July 23, 2011

KEK MARBLE



jaluran zebra


Ya, saya buat lagi hari Jumaat kelmarin. Bekas (tupperware) Su nor (biras saya) dah sebulan dengan saya, 2 biji..dapat bekas berisi sudah tentu nak pulangkan kena berisi jugak kan. Masa nak buat tu saya cari coretan resepi, walau pun berulangkali buat. Perlu pastikan sukatan...senyum sendiri bila terbaca dalam cupingan kertas yang saya tulis iaitu Bro Rozzan kata dia cilok resepi dari CMG...saya pun sama lah cilok kedua2 mereka.

Mengikut tajuk CMG keknya bernama Kek Marble Trio, tapi saya biasalah kalau buat apa2 nak cepat ringkas je so saya guna dua warna sahaja iaitu hijau dan coklat (saya guna coklat emulco dan perwarna coklat). Pada saya gabungan dua warna ni cantik, sebenarnya apa2 warna pun cantik..oleh kerana saya guna gabungan dua warna sahaja wajar saya namakan kek marble double.

Friday, July 15, 2011

DROP COOKIE IV




Oatmeal Chocolate Chunk

'the best of them all'....recipe later. got to do packing for 3 days getaway.

Thursday, July 14, 2011

FOOD PYRAMID

more vege....
terung rebus, ulam raja, peria goreng bersama sambal durian pedas

crunchy, tak pahit pun...saute` dengan bawang putih cincang dan halia,skit cili boh dan sos tiram Lee Kum Kee

Sup campuran kacang perancis, hirisan batang seleri, cendawan enoki, karot sagat, tauhu dan telor...baik untuk mereka dalam program 'I Want to Lose Weight'.

Lauk untuk makan tengahari kelmarin. sumber protin lain ayam dan ikan goreng yang dibeli untuk huby dan si adik. Mudahkan, tak susah2 nak bergulai.

Wednesday, July 13, 2011

HARGA K.TEO RM4.50

DROP COOKIE III - Double Choc Chip



Cream 1 C butter, 2 C sugar till light n fluffy. Add in 2 eggs one at a time. Beat well,add in 4 sq melted, cooled unsweetened chocolate n 2 tsp vanilla e.

Combine dry ingredients, 2 1/4 C flour, 1 tsp baking soda, 1 tsp salt n 1/4 tsp cinnamon pdr and add into the cream mixture, blended thoroughly.

Add in 1 C semi sweet choc chips n 1 C chopped pecan or any own choice into mixture n stir well blended.
Drop 1 tablespoon onto baking sheets with 2 inch apart, flattened and shape rounded using fork or fingers. Bake 10 - 12 mins.


Tuesday, July 12, 2011

DROP COOKIE II

'cooling period' dehh..

kurang berseri tanpa ceri merah, tapi yang ni sebenarnya ori..

Cookie yang sama je seperti pic atas, cuma yang ini bikin 'make over' bubuh potongan ceri.

Resepi:
1 C butter, softened
1 C shortening
2 C packed light brown sugar
1 C sugar
4 eggs
2 tsp vanilla extract
4 1/2 C flour
2 tsp b.soda
2 tsp salt
2 C semi-sweet choc chips
1 C chopped pecans

1. cream butter, shortening n sugars till light n fluffy. beat in eggs n vanilla.
2. combine flour, b.soda n salt and add to cream mixture. mix well n stir in choc chips n nuts.
3. drop by tablespoonfuls, 2" apart onto baking sheets. bake 10 - 12 mins.

*pendapat peribadi, jika guna dark brown sugar lagi enak kok*

TAUHU@TAKUWA SUMBAT a.k.a salad jugak la kan...

tak buat pun sos khusus, tuang je cili sos Jalen yang pedas tu, 'mak nak lagi'

Sejak menjak dalam usaha untuk mengurangkan 'kilo' cuba pelbagaikan makanan yang baik dimakan...tapi bila tiba menu ni terpaksa la makan sorang2. Blah..blah gimana pun, bagus lah...khasiat lah, sumber protin, vitamin, sudahnya makan lah saya sorang2. Huby memang tak jamah lah sebab orang yang berpenyakit gout segala mak nenek kacang/makanan berasaskan kacang memang 'bisa' la kan..

Maka, makan tengahari tak abis...makan untuk dinner pulak.aikk tak abih jugak..orang kata selagi makanan tu tak basi, jangan dibuang..esok pagi makan untuk sarapan..tak penah2 dibuat sebelum ni!

Monday, July 11, 2011

PANCAKE DENGAN SOS DURIAN + KELEDEK

Citer durian tak abis lagi ke....

ooh duriannn, kalau lah makan mu boleh menguruskan badan, alangkah...

Pankek makan/cicah sos durian steler...memula tu hajat nak buat serawa durian tapi tukar fikiran...keledek yang digali hari tu masih berbaki. nak merebus rasa tak berbaloi sebab tak banyak mana pun. pikir punya pikir, potong keledek kiub kecil2 rebus dengan secukup air, dah empuk, sejukkan lepas tu diblend halus...tuang ke dalam periuk, perisikan beberapa ulas durian masukan kedalam puree keledek. masukan sedikit gula dan garam. Kacau di atas api kecil, dah likat padamkan api.

PELBAGAI CARA DURIAN DINIKMATI

Raja buah...atau omputeh 'King of Fruits'...bila tiba musimnya,yang menggemari atau kaki makan durian tak perlu cerita aktiviti mereka...ada pulak yang tak suka durian, tak suka makan,tak suka bau...macam2 akan sifat manusia.

Dalam masyarakat kita, durian dimakan begitu saja, dimakan dengan pulut, dimakan pulut dan santan, ada juga yang makan dengan nasi, bancuh air suam sama ada dengan sedikit garam atau sedikit gula.

atau dibuat sambal tempoyak cili. sudah tentu dimakan dengan nasi ,sambal dicicah ulam-ulaman atau ikan bakar...sambal ni terlalu pedas, ye lah cili burung durian nya sikit..

bagi mengurangkan rasa pedas, tambah lagi isi durian. si adik kata, 'hah baru boleh makan..'

terliurr.., oleh kerana masih dalam 'pantang' meratah je ikan keli bakar dan cicah sambal durian. merasa la jugak kan..


Bagi sesapa yang rajin pulak, transform durian jadi TEMPOYAK dan LEMPUK...proses transformasi sudah tentulah perlukan masa dan tenaga, tambah lagi lah kalau kes lempuk...dua tangan nak kena kuat. Dah jadi lempuk memang berbaloi!....begitu lah cerita buah durian,musimnya sentiasa ditunggu oleh pengemar durian.

Sunday, July 10, 2011

MAKANAN KESIHATAN 2

Brokoli dan carrot saute` ngan bawang putih, halia and mince ayam n oyster sauce
Sup fish finger n cendawan enoki + telur

Mudahan dapat membantu " I want to lose weight"....si adik and huby makan dengan nasi sementara saya just ate without nasi.

MAKANAN KESIHATAN


Mudahan 'kuat' melalui makanan jenis2 begini...seperti yang dinasihati oleh doktor supaya mengurangkan berat badan...bacaan BMI ooh no! esok 11/7 nak kena jumpa doktor lagi selepas 2 bulan yang lalu....ngeee.

Friday, July 08, 2011

CUPCAKES LOVERS





Menunggu KK solat saya mengambil peluang rehatkan diri dan kaki...kebetulan ada bench berdepan kiosk cup cakes ini...maka bersantai2 lah melepak. Sambil tu duk le perati cup cakes yang comei tomei tu.

Untuk diri saya memang 'tak minat' untuk beli apa lagi nak makan sebab secara semula jadi tak gemar apa juga krim hiasan kek. Menjamu mata memang gemar sebab suka tengok bentuk hiasan krim yang kreatif, warna warni dan cantik..

Kalau ada orang kata, 'buang krim tu, makan kek je.' ish..ish..ish might as well beli je kek tanpa krim..ye dak..harga sudah tentu berdasarkan hiasan krim tu jugak selain keknya.

Thursday, July 07, 2011

PETA KE DUNIA SEBENAR DALAM HIDUP

Banyak kalanya pencapaian akademik bukan lah segala-galanya yang akan menentukan kejayaan dalam hidup....the 'inside us' factor berani berdepan dengan 'outside us' factor > module boleh didapati di University of Life.