dalam duk belek belek tajuk di muka depan, tertarik satu tajuk yang ni...'Coming of age too early....
More 8-10 year olds reaching puberting in the country.Not good,says experts
pages 14&15
termenung jap dok fikir fikir, ..apa salahnya, kenapa tak bolehnya kalu dah baligh awal..terasa kurang pengetahuan lak hal2 camni. nape pakar tu kata tak bagus..tak bagus untuk sapa, budak2 tu..kesan kat negara? tingat masalah gejala sosial yang bertimbunan tak abis2, yang mengerikan spt seks luar nikah,abortion,buang bayi,gay,pelacuran,term bohjan bohsia,rempit,'hidupan liar'...panjang senarainya.ketika belek paper duk dalam kereta,huby drive on the way nak p lunch nasi ulam cikgu yang famous kat kelantan ni.huby nak belanja practical student dia yang dah selesai latihan amali. mak student pun ada sama sebab student ni pompuan dan anak kawan...
so balik umah dah selesai segala kerja dan kewajipan, time santai layani lah semula kotak fikir yang curious nak tau selanjutnya...sini tak nak buat kesimpulan bacaan.cuma nak catat points nya...'spurt in sexual desire'..,sudden physical changes can result in high levels of stress..,bagi masyarakat kita yang tidak bincang hal sex dengan anak-anak, anak yang dah baligh seawal umur akan hadapi tekanan perasaan, menghadapi perubahan fizikal dan mood swing sendirian.., tahun 1939 di Lina Medina,Peru kanak 5 tahun melahirkan bayi,didapati kanak ini datang haid sejak umur 8 bulan lagi.., di Mesia, little mama berusia 9 tahun menjadi tajuk berita utama 4 bulan lalu melahirkan bayi lelaki....'kanak-kanak lelaki pula yang akil baligh awal akan mengalami perubahan emosi- bolej jadi bersikap agresif juga develop 'inappropriate sex drive'
patut juga dicatat di sini, dalam akhbar minggu lepas ibu bapa seorang pelajar berusia 15 tahun terkejut melihat video atau rakaman kamera handset mendapati anaknya sedang meliwat budak lelaki 9 tahun,kalu tak silap saya.rakaman pula dibuat oleh 2 budak lelaki lain.tak tau sama ada budak yang meliwat itu dipaksa oleh 2 lelaki remaja tersebut. kejadian berlaku pada bulan puasa yang baru lalu, berlaku di Pulau Pinang...semasa membaca berita ini sukar untuk saya digest cerita ni..ibu bapa itu membuat laporan polis.tak tau apa kesudahannya...
sedikit sebanyak menganggu fikiran kerana saya juga seorang ibu dan punya anak-anak dalam lingkungan umur tersebut.
No comments:
Post a Comment