Monday, June 28, 2010
Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri
arwah pelajar tingkatan 4 di Royal Military College berasal dari kampung Siong Baling Kedah.anak sulung tiga beradik kesemua lelaki. ayah petani mak suri rumah..dapat masuk RMC tentu pelajar cemerlang semasa bersekolah di kampung.sudah tentu juga menjadi harapan orang tuanya memandang dia anak sulung dan contoh baik buat lagi dua adiknya.
nampaknya tak serik serik pelajar pelajar kita di mesia ni bila di asrama je seniors nak tunjuk kuat dan berkuasa..beberapa tahun dulu pelajar tahun 4 gak mati kena ragging buli oleh seniors di sekolah agama, di kedah tak silap. lepas kes di kedah ni selang tak berapa lama berlaku di pahang pulak.
apabila berlaku kat arwah M.naim ni mai terpikir pulak selalu mangsa selalunya anak-anak orang biasa dan orang kampung. takdir sememang takdir qada dan qada tapi cara kematiannya sangat menyakitkan hati.
tapi cam kes M.Naim ni kita kesian dan sedih yang amat sedih pada ibu bapanya. tengok gambar bapanya pun kita dah sedih.. kita quote, nst 26 jun,10 m.s 5....bapanya berkata, " it was important for the family to know the truth behind his son's death.". The 41 year old farmer alleged he saw bruises near Naim's right eye. " I did not have the chance to inspect his body as the soldiers told me it was part of the regulations and considering they had already prepared him for the final rites, I let it go."......memang sedih sebagai bapa Naim seolah dia tak berhak melihat anak dia sebelum dikapan, kenapa? bukan mati di luar negeri pun..walaupun peraturan tapi bukan peraturan agama pun...
kata bapanya lagi, " I accept all that but I want police to carry out a thorough investigation.." Sobri said he accepted his son's death as fated but stressed that if there was any foul play, the wrong-doer must be punished." He added that the family had high hopes for the teenager, the eldest among three siblings. menyayat hati kita bila bapanya berkata, " WE HAD HOPED THAT HE WOULD COME HOME ONE DAY IN AN ARMY OFFICER'S UNIFORM AND THAT HE WOULD TAKE CARE OF HIS YOUNGER SIBLINGS. ALL THAT IS NOW GONE."
M.Naim dah pegi dah takde masa depan lagi dah yang perlu di kejar.. tapi 5 orang budak tingkatan 5 ( awak sume 1 tahun je senior dari arwah) orang kena tahan dalam kes ni, LAYAK KAH ANDA masih di RMC tu...bukan ke sesuai aje di pusat pemulihan henry atau mana je yang sesuai...sapa sapa yang terdidik di RMC sememangnya sangat cerah masa depan kerana sekolah ni yang cream of the cream je yang terpilih.graduan nya memang akan menjadi profesional yang berjawatan tinggi dan menjadi pemimpin...so kalu umur 17 tahun dah belajar menjadi samseng, kaki pembuli dah tunjuk bakat jadi penjenayah layak kah awak belajar di kolej elit tu? kalau lah awak awak tu one day masih berpeluang belajar ke peringkat lebih tinggi dan menjawat jawatan bagus apalah erti kesemuanya tu mempunyai tangan dan kaki membunuh...I hope you will be haunt forever by M.Naim...
kita memang sangat sangat sedih dan marah kerana kita pun ada anak lelaki dan umur pun sama dengan 'penjenayah' tu dan anak anak lelaki kita pun penah melalui umur M.Naim tu dan lain lain mangsa pembuli... awak semua pi sekolah tak kiralah sekolah harian ke, kawal ke, sbp ke, tujuannya untuk belajar dan belajar menjadi manusia masa belajar ko-k tu..nak jadi penjenayah bukan di sekolah.
kepada ibu bapa arwah M.Naim takziah dari saya..memang boleh merasai kesedihan dan penderitaan sarat mereka tapi tak sama dengan apa yang mereka tanggung. mudahan pihak berkenaan membuat pengadilan yang sebaik baiknya untuk arwah dan keluarganya. Allah Maha Adil.. kepada 'penjenayah' M.Naim doa moga dapat hukuman dan balasan yang setimpal.
Alasaaaaan banyak hari tak berentry.
esok harinya lak keletihan duk marathon dalam shopping mall sebab wajib shop, bukan 'window shop'.. wajibnya membeli keperluan Ame nak masuk U tak berapa hari lagi..ayahnya lak terhencut hencut sakit kaki kena gout..jadi pengurusan shopping ni kureng smooth sikit lah, beli apa yang patut dulu sebab hari sebelum malam nak g lawat AZ3 lak di asrama.terkejor kejor masa dapat lah bersama dia 15min camtu je lepas tu kedengaran menerusi pa system, 'masa melawat telah tamat'..tengok jam di tangan baru kul 6pm.dah lah masa sampai tu tak bawak kad melawat..aduhhhh, mat guard tanya 'tu nak g mano tu..? iskiskisk...
dah malam punya lah mengantuk yang amat nak mengadap amenda walaupun berkobar-kobar dan membuak buak idea..tangguh lagi N3. gitulah alasan demi alasan yang terpaksa diberi..banyak lagi alasan nya tapi cukuplah yang dijelaskan.
Wednesday, June 23, 2010
AirAirAirAir..bencinya masalah air di KEL ni...
banyak kita dok pikir kenapa lagu ni..yang kita ada jawapan cuma satu..kalu di PEN tu MANAGEMENTNYA CEKAP...tapi kalu d KEL ni kita rasa depa p keja balik keja, MANAGEMENT memang nak beri satu bintang pun tak leh. Keperluan basic camni pun state govt is verrrrrry poor in handling the problem or tak penah kisah pun.lantak lah kau rakyat. dulu x PM tegur kata negeri tak membangun mb dia marah cabar xpm tu mai tengok..tak tengok pun Tun M boleh tau..memang rating zero bab bab public amenities, kebersihan and any basic needs..u all datanglah hidup kat sini sat and xperience,caya lah.
sejak tengahari tadi nak berwudhu kena buat di sinki dapur lah. ni dah hampir tengah malam air masih tak naik tangki...'TAK LARAT'...kata air, 'kau tinggi sangat tangki'. nak wat other bznez angkutlah air bawa nek dalam bilik air....BENCIIIIIIIIIIII SESUNGGUH!!!!!!!!.
kemarin baca paper penduduk di kg Tanjung Piring, Pedang Terap terpaksa bergantung bekalan air sungai sejak 2 tahun yang lalu. ada yang gali telaga. walaupun kampung mereka cuma 60km dari bandar AS dan rumah rumah depa ni lak cuma 500m dari tangki air kampung mereka. kata penduduk kg ni dah komplen to SADA tapi cam 'apa aku kisah..' je. dalam paper tunjuklah gambar penduduk bawa baldi angkut air kat sungai...kesian..orang kampung ssiaan depa.cuba kalu ada org besaq sikit tinggal kat situ atau org politik ke rasanya barulah SADA buat keja upgrade cepat sikit..
adalah pro SADA tu kata pepaip kg tu kecik nak kena tukaq paip yang besaq...AND AFTER 2 YEARS..... KENA KOMPLEN DULU.....MASUK PAPER DULU.....PRO tu kata pepaip kecik akan di tukar dengan yang BESAU, ..IN THE NEXT 3 MONTHS!!!...after 2 yrs beb and the sufferings the villagers had to bear..kita tengok 'WALK THE TALK'....tak masuk paper kalu..lantak kau lah..orang orang 'kita' mentadbir mengurus memang masih tahap tahun 60an 70an dulu..yelah aku makan gaji je..tak pro aktif langsung...so apa yang kita conclude di sini sama je lah dengan KEL dari segi management tak pro aktif langsung...
Tuesday, June 22, 2010
APA AKUU KIISAAAH.....
Couldn't care less...nyawa murah beb. suatu pemandangan biasa di sini. Soal keselamatan no hal. tapi kalau kena yang teruknya memang makan tak abisss....takat terbalik moto tu bisa diangkat.
AKTIVITI GANTIAN......TRIP YANG TAK JADI
Dah tak jadi ke KT tuh hari ni lah aktiviti gantian. depa ke kebun bersihkan 'the unwanted greens'. buat apa apa yang patut di situ walau pun tak jauh dari tempat tinggal kadang tu terlupa nak jenguk..pi pi tu diaa..durian lebatnya.mbutan pun rebbeh dahan..langsat dokong pun nak tunjuk bakat..alhamdulillah rezeki 'buah kayu' tahun ni.
Monday, June 21, 2010
Ni lah 'copycat' lll
IBU..IBU KAU LAH RATU HATI KU
IBU negeri orang tak kata bapa negeri. MOTHER nature orang tak kata FATHER nature. MOTHER BOARD tak lak kata father board. MOTHER tongue bukan Father tongue. IBU jari tak penah dengar BAPA jari....rocky kata MOTHER of all days, dia tak kata FATHER of all days...apa lagi yek..'yeast' orang Melayu kata IBU roti tak lak depa kata bapa roti. IBU kunyit takde lak bapa kunyit. ap lagi yek...
tapi kalau nak dikaitkan dengan sifat jahat dan perkara jahat dua dua kata mak pak timbul contoh ibu ayam dan bapa ayam. ibu iblis dan bapak iblis...apa lagi yek? penah dengar orang kata 'ibu segala kejahatan....' bapa segala kejahatan takde orang kata lak..hehe.
saja ja takde keje....
Sunday, June 20, 2010
THE CANCELLED TRIP
trip ganti ni terpaksa gak p sebab dah janji dengan sorang kawan minta belikan dia sesuatu d KT. janji nak pas belian tu bila kami ke PEN antar Ame register U 2nd july nanti..friend in need is a friend indeed, betul KK?..petang kul 6 we drove back to KB. 9.30pm baru sampai. alhamdulillah safe driving....driving malam tak leh laju cam siang hari jalan golap.
Ame dijanji makan ICT oleh cikM so enjoy lah makan di gerai tepi pantai angin bersepoi bahasa. dulu pantai ni cantik tapi now dah bertambak tak nampak lagi aslinya..air laut dah 'keleh' nun jauhhh..tapi camna pun pantai ni sememangnya menjadi tumpuan setiap hari, cuti umum dan cuti sekolah. menurut cikM baru ni dia datang masa cuti sekolah bawa anak menantu cucu...mak datuk tempat penuh sesak.
katanya FaFaw pun penah sampai ke ICT ni...ICT ni bukan tempat pameran hi-tech computer things tapi anything seafood bebagai gorengan yang dicelup tepung - ikang kembong,pari,SUTUN,udang,ketam.keropok lekor goreng pun ada, jempt 'malah' pun ada. semua ni dimakan cicah sos lada merah pekat pedas manis, Tganu special made ma....sedapp. taste nya memang tak sama cili sos dalam botol yang jual kat kedai supermarket tu.
next time p ICT kena amek gambar kelmarin lupa walaupun bawa kamera tapi tertinggal dalam kete..sebab p sini nek kete cikM. fon ada tapi lupa nak capture sebab ghalik makan and rasa sangat panas.yang ingat nak perabih makan and nak bertolak balik KB. rasa bahang panas pun memang rasa sangat uncomfortable walaupun disejukkan dengan air kelapa and ABC...sampai rumah cikM lagi lah rasa seperti dalam 'steamer'.
Isnin malam minggu lalu membawa tetamu ke WCY, kedengaran auto pita kaset 'LELONG LELONG LELONG' HARGA LELON.. dipasang tanpa henti.....teruja mendengarnya. esoknya Ame mengajuk LELONGAN di umah, ayah senyum je..
Saturday, June 19, 2010
BACK TO HOSTEL, AND BACK TO SCHOOL
next, another 2wks Ame lah pulak keluaq umah dan akan melalui kehidupan kampus.balik umah tunggu cuti cuti semester je lah pas ni... gitu lah how time flies, anak anak semakin dewasa and terpaksa mencari kehidupan sendiri yang seterusnya for their future. and still fresh in mind arwah ayah penah berkata, 'anak ramai ke..anak sikit ke' in the end the children will leave the house and tinggallah maknya paknya berdua, berdua ni pun tengok gak lah nasib.namun doa tetap tinggal berdua insyaAllah...ni lah perjalanan sebuah kehidupan. its a long long journey to an indefinite destination.
Friday, June 18, 2010
JUST COULDN' T BELIEVE MY EYES.......
Suasana dalam gambar ialah di suatu kenduri kahwin yang kami hadir petang tadi. ikhlas bukan nak memalukan tuan rumah. kami sebenarnya terkejut dengan suasana ini. menghampiri je canopy huby minta anak-anak berhati hati kut terpijak tahi kucing memandang sekumpulan lalat berterbangan pada tanah kaki melangkah. so berhati lah kami melangkah.rupa nya tidak. di tanah, di meja hidang, di tiang canopy dan di sekitar semua dipenuhi lalat yang bermaharajalela.
Thursday, June 17, 2010
Boriinnnnng
MINDEN NAK KASUT UNTUK RAYA HAJI
Asyik gambaq kewchiing je ma'chiks
Wednesday, June 16, 2010
Ni lah 'copycat' ll
APA NAK JADI....?
Suatu waktu selepas solat subuh
NI SEKOQ LAGI........
KEWCHIIING AND CATWALK
Tuesday, June 15, 2010
TRY TEST. ...,COBAK underwater...
Sunday, June 13, 2010
'Tak nak merokok','merokok bahaya kesihatan'..bla...bla..bla
temurun..sudut ekonomi 'ada demand, ada supply'.....sebab tu petani tanam.
Next...the process. drying and sorting the tobacco leaves.the journey to the making of cigarettes.
Though its meagre income...the women helps to get some pocket money..but to some maybe a source of income and for few others coz 'ppuaah dok ssajja'...sambil-sambil leh ngombrol wehhh..
Sooo...those are the stuff in the pic that 'made up' the rokok u all hisap 'bekebok'..
Open for discussion...who's the culprit for the smoking addiction?..the tobacco farmers..the women in the pic..the raw material supplier to the cigar making.. the rokok manufacturer..those people selling cigarretes...equation to the problems of chicken and egg..a ha..not to forget the existence of The National Board of Tobacco...its the individuals choice and tepuk dada tanya selera..kempen rokok punca kanser ke..rokok jejas kesihatan ke..rokok haram lagi lah apa aku kisah,banyak benda lagi haram..selain merokok memberi inspirasi, memberi 'tenaga' dan yang terbaru merokok boleh meng'kurus'kan badan..?
Saturday, June 12, 2010
Thursday, June 10, 2010
Roti Paun? roti paung? roti pa'ung? roti manis? bun?
Till today my children pronounced 'roti pa'ung' , syahdah or sabdu sound after the word pa' after they saw at one stall with that spelling.
but you can also get 'paun' or 'paung' sejuk at most of the morning foodstalls abundant by the roadside in the area of kuala Terengganu such as in Ladang,Tanjung, Bukit Besar, Batu Buruk,Chabang Tiga to name a few. even it is 'sejuk' the paung is still soft, not to worry of the texture. the bun is some sort of 'must have 'at the foodstall. you can also get the bun at the main market such as pasar payang-the kuih muih area or pasar Bukit Besar or pasar Chabang Tiga. even it is categorised in bread and bun it seem that "the paung" is considered as one of local delicacies just like nasi dagang,nasi minyak that must have in Terengganu for breakfast.
whenever we are in the town, roti pa'ung is a must buy besides kerepok lekor to be brought home. for the roti pa'ung we still prefer 'without the filling' cos it is more original and tasty.
what's the different 'paung panas' and 'paung sejuk'....?
opportunist?..tak, peluang berniaga je
bagi penduduk taman ini yang 'owned the house'..mereka dah improvised cara mengatasi tekanan air rendah, tapi kebanyakan yang lain menyewa daripada sebuah organisasi, camna...? kekerapan air tangki kering mencecah berminggu jugak so bayangkanlah kesusahannya...so baru-baru ni dalam penduduk 'menderita susah air' termasuk kami, satu hari tu terpandang 'bunting' tergantung di tiang api dalam taman perumahan..hot gak lah ma'chiks.apa tidaknya sepatutnya ni tanggungjawab AKSB yang sepatutnya upgrade dia punya servis. bukanlah nak marah orang yang buat bisnez tu...yelah depa pun ambil peluang gaklah.memang tak salah pun tapi gerammmm pada perbadanan tu..poor service and management???
COPYCAT 'kewchiing'
Stress..? nst1klassifieds, thur,jun10.....stress will never be eliminated, but it definitely can be controlled..
Wednesday, June 09, 2010
Kenangan seorang kawan yang sudah arwah
Ni lah 'copycat' - l
apam tepung beras kukus...sekali tu je buat...
masa tengah dok gila browsing fotopages on food tu hari and nak occupied masa 'adapting and adjusting' dengan suasana baru maka banyaklah mencuba buat kuih muih yang menjadi kegemaran. juga saja nak test skill membaking ni dan resepi-resepi yang ada dalam fp yang menjadi kegemaran selain dari bro rozzan ialah seperti rinn chan, mamafami, aunty yochanna, mamazieza, penyulawa, mat gebu dan beberapa lagi dah lupa off hand. dulu menghafal juga tapi dah lupa maaflah ye..yelah penyakit ageing ni payah nak mengobat.kata orang medical umur dua puluhan tu otak mula mengecut. wallahualam...harap-harap bila dah berblogging ni sharp balik lah brain kita ni seperti mana kita sharp sebatang pencil tajam je hujung dia tu..
RECYCLE.....kerana terdesak
rumah orang melayu dulu di tepi tangga naik ke rumah akan ada sebiji tempayan dengan gayong tempurung di dalam buat mencebok air untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah.sekarang dah tak ada dah tak perlu dek cara hidup yang berubah. mungkin dulu orang kita ke kebun ke sawah maka kaki pun berselut tu pasai kena ada air dalam tempayan maka gayong tempurung
BLLOOOMMM....
BREAKFAST@home
Saturday, June 05, 2010
TETIBA BLACKOUT ll
Friday, June 04, 2010
LONGKANG UNTUK DIHUMBAN SAMPAH-dysfunctional purpose of drain
masyarakat di sini......mentaliti kelas apa ni? mencermin cara, budaya masyarakat setempat...pihak berkuasa pulak...'good or bad governance'
mashaAllah..jijiknya.hari-hari melalui longkang yang penuh dengan sampah sarap ni. jalan ni antara laluan keluar dari taman nginapan nuju ke jalan besar.dah berapa lama 'benda' tu dok mendap dalam tu..ntah sejak tinggal d sini tak penah tengok orang council cuci longkang dan laman sekitar.
kerap sangat orang jabatan kesihatan duk menyembur asap tebal di kawasan ni.kata mereka antara kawasan banyak penduduk kena denggi.ada kes je nyembur..ada kes je nyembur.setiap kali tu minden dan jambul lintang pukang lari masuk rumah takut pada alat penyembur, bunyi dan kepulan asap tebal yang baunya tak dapat nak describe di sini.
duk pikir mai sembur ribu kali pun takkan selesai masalah nyamuk aedes dan denggi ni sebab longkang tu dan beberapa longkang lain sekitar 'duk lagu tu jugak'. penah kata kat depa orang kesihatan ( depa mai nak cek kawasan rumah kut-kut ada air bertakung) tempoh hari dan sebar leaflet bahaya denggi aedes ni bahawa usaha depa takkan terkesan jika keadaan sekitar dan longkang tersumbat cam tu..penduduk memang jaga kebersihan kawasan rumah mereka tapi longkang-longkang tu camma..? Council..anything to comment?
dalam entry ku yang awal ari tu kebersihan di negeri ni bukan agenda utama dan penting di negeri ni..BRI hanyalah hiasan di bilboard dan rhethoric semata-mata. kalau datang ke negeri ni nak cari di mana serambi mekah memang 'payoh' nak jumpanya..
sampai ke hari ni status dalam longkang tu masih seperti dalam picture tu lah...seems nobody's business but somebody's business. amende nih.
Thursday, June 03, 2010
MY LOVE AFFAIR OF 20 YEARS PLUS...sedih!
Ni lah ghupenya peti sejuk? ice-box?fridge?refrigerator? cap National dua pintu yang telah berjasa kepada kami sekeluarga selama 20 tahun++ sejak tinggal di PEN. tengah dua tahun lepas usung bak mai KB nek lori.tup tup baru ni bila nak ambil udang keluar nampak cair ais dalam.ingatkan tak tutup rapat pintunya.tapi perasan bawah peti berair amek je towel bubuh bawah tu supaya air tak meleleh merata.tapi pada malam buka lagi tengok cair lagi..aiik apa kena fridge ni. buka pintu bawah masukkan tangan rasa panas je..sahlah dah sampai hayatnya.nasib baik lak tak stok banyak ikan ayam ketika tu..so pindahlah peti sejuk kecik satu lagi.sehari sebelum tu terasa je nak defrost peti ni.maklumlah peti teknologi lama..dah lama mesti winter di dalam tu. maka adalah tempat nak pindahkan stok ikan udang yang sikit tu.
DAH DAPAT PUN.....
KK lak alhamdulillah dah dapat resultnya...next lak xam lagi ye...begitulah anak-anakku. AZ 3 dan AZ 4 pun baru je abis xam...xam...xam...xam..tak abis ngan xam ni.mak ayah dulu pun camtu jugak, sampai la ke tua, ada anak-anak duk belajaq amek xam.tapi nak wat camna kan semua ni part and parcel of life.kalu tak mau ni semua..ntah nak jadi apa ntah mak ayah sebenarnya pun tak de jawapan...angpa nak jadi apa ye..? habaq sat kat mak.