Wednesday, October 17, 2012

TART NENAS




Bukan cerita baru pun. Cerita syawal yang baru berlalu...sebenar kita bukan pakar dalam hal cookies mengukis ni. Kalau buat pun pilih yang gemar dimakan sahaja. Setiap hari raya tu meja makan hatta coffee table pun memang tak pernah penuh dengan balang2 kuih. Never.

Masa nak buat hari tu google juga lah resepi, termasuk blog teman2 untuk nak cari buatan resepi pastri yang bila masuk mulut cair kata orang..sebelum2 ni pernah buat tart2 nih tapi pastrinya takde lah yang kualitinya bila msuk mulut ia 'melts'...pe'el kita memang suka test try compare buatan...pernah try Anna Olson, dari buku2 dalam simpanan, mungkin tangan kita/know how ada kurang kot (bukan cacat) jadi tak penah lah lah dapat kualiti 'cair dalam mulut'....

Masih dalam ingatan satu ketika program tv di mana chef wan berkunjung ke rumah artis ifa raziah. Bila chef wan merasai tart nenas buatan ifa, apa yang chef kata, 'the best tart nenas he had ever taste' and cair dalam mulut lagi...terliur saya tapi tak de resepi diberi.

Bila dah beberapa kali duk menerai dan cuba beberapa resepi dapat juga lah taste dan kualiti 'cair dalam mulut' nih...kira okey lah untuk makan sendiri dan jamu pada orang pada hari raya tu...

No comments:

Post a Comment