Wednesday, October 31, 2012

KEK UNTUK RAYA KORBAN 2012


Yang bulat bawa balik rumah cik wah. Sebiji lagi bakar dalam loaf pan untuk cik mah tapi lupa mengambil gambaqnya..bila kek dibukak di rumah cik mah rasanya guna fon Mam rakam gambar. InsyaAllah lain kali kita upload..

Guna resepi Blueberry lemon cake dari blog Bisous A Toi, Rima. Blueberry memang tiada langsung dalam stok. Yang ada buah epal dan pear. Sebelum berhibernat dalam fridge tu baik gunakan. Cooking is about creativity selain skills dan passion

Buat 2 biji untuk dibawa pulang sebab berkorban di kampung kita. Khamis malam plan nak bertolak selepas solat isyak. Nak bertolak awal pun flight pok Mam arrival 5.30pm. Jalanraya bandar kb dan dari epot pada ari kamis dh sesak jem giler almost kul 7pm baru sampai rumah.

BILA ANGIN CHOC CHIPS MELANDA 3

 resepi  dari Bisous A Toi. Tqvvvmuch


Ni batch ke 2 untuk pok Mam. Happy dan senyum melerek dia dapat 1 balang besar and 1 balang kecik untuk dibawa balik ke hostel. Terus terang sebagai mak m very very happy bila dapat buat bekal pada anak2 apa apa terutama cookies lah yang mudah dibawa pulang... si KK tu selalu je dapat setiap kali balik rumah. Ni giliran adik2nya pulak. Anak-anak enjoy lah makan ye...

Nak kena bake lagi bekalan si Azaf dah nak abis.

BILA ANGIN CHOC CHIPS MELANDA 2

 resipi dari TFFCB


Sebenarnya ini third batch baking untuk dikirim pada abang. Kesian dia tak balik raya korban tu hari. Sib baik teringat pada Mr Mede yang balik kampung beraya terus tepon tanya, isnin malam katanya nak balik. Bergegas la kita buat dapat lah 2 balang untuk si abang. Dah dapat pun si abang choc chips nya....duk munching munching la yer abang. Enjoy!

Tuesday, October 30, 2012

ROTI GORENG

 lembut, halus fulus

 Adun roti seperti biasa. Tadi kita buat 2 cawan tepung high protein + tepung biasa. Guna tepung hi-pro tu pun sebab nak perabihkan yang berbaki dalam +- 1 cwn. Dalam tepung tu kita masukan 1/2 s.t garam, 3 s.t gula, 1 s.t penuh yis segera dan 1 s.b butter. Gaul semua biar rata. Saya guna air panas suam untuk menguli tepung sehingga menjadi doh yang licin dan biarkan naik 2 kali ganda.

Bila dah nak menggoreng, tumbuk doh yang menggelumbung tadi, uli sebentar dan buatkan doh bulat kecil2, besar mana ikut suka lah, kata chef Ammar. Kita tak mencanai pun hanya leper2kan mengguna tapak tangan dan jari untuk menipiskan doh kecil tuh.

Panas kan minyak dan gorengkan lah sehingga kekuningan. Boleh lah makan/cicah dengan apa2 kuah/gulai yang belen2 tu..

Dapat 16 biji

Cicah dengan gulai daging aqiqah Danish anak Ejat. Ayah dan Azaf cicah dengan gulai ikan belen,masak hari khamis sebelum raya hari tu...tentu lah dibekukan.

....juadah makan malam sat sat tadi..

TENGGIRI BAKAR BERSOS PUTIH JUS LEMON

 Ikan dilumur garam dan jus lemon dibakar dalam griddle pan. Bubuh sedikit minyak semasa membakar. Untuk sos putih, tuang susu segar secukupnya ke dalam bekas memasak, bubuh 1 sudu makan tepung gandum, jus lemon dari 1/2 biji buah, garam,gula dan kalau nak pedas potong 1 cili padi. Gaul rata dan kacau di atas api perlahan. Masukan minyak lebihan bakar ikan tadi. Bila dah agak pekat padam api dan tuang ke atas ikan.


Inilah sahaja lauk untuk lunch kami tengahari tadi...bertiga sahaja, tu pun tak berabis seketul gayanya kena carry forward besok...'rajinnya' mak KK. Ayah kata, 'ok lah tu lauk sihat lagi'...lagi pun maknya jenis soft spot apa2 je tentang lemon...warna,kulit, jus dan baunya sangat suke. Biji lemon tak suka,pahit kalau tergigit.

ANGIN CHOC CHIPS MELANDA 1

 resepi dari The Fannie Farmer CookBook (TFFCB)
 resepi dari buku resipi himpunan TFFCB

resepi ambil dari blog Bisous At Toi Rima, terima kasih
 
Bila angin nak buat choc chips melanda begini lah jadian. Mula lah 'melembang' buku2 resepi dalam simpanan, google dan blogwalk blog2 teman maya. Walaupun ada resepi2 yang biasa digunakan namun sentiasa teruja dengan 1001 resepi choc chips yang ada di dunia ini dan alam maya.

Buat first batch untuk jajan Azaf..Setiap pagi bekalan untuk dimakan dalam kereta ke sekolah. sekeping dua bubuh dalam kertas tisu. Mulanya tak kisah nak buat. Selalu beli je biskut2 yang ada di super/hypermart..tapi bila dah habis bekalan dan bila miss ke hypermart pada hujung minggu tiada apa jajan untuk Azaf...so merajinkan lah diri.

UBI KELEDEK@STELE BAKAR

Selalunya rebus... cuba pula yang bakar. Lebih wangi.


Tak banyak benda untuk bercerita..Ada kala kita rasa sangat tidak bermaya seperti kata orang cam sayur layu apa lagi bila ada aktiviti di luar dan dalam keadaan cuacanya yang panas..

Harga sekilo keledek di pasar tani cuma RM1.50 sahaja. Tanam sendiri kata makcik penjual. Hari tu ke mall nampak kiosk jual keledek bakar harga seketul takde besar mana pun cam tak berbaloi membeli....bila masuk kopitiam selalunya keledek rebus, mak datukkk beberapa potong je, alahai rasa baik beli dan rebus je kat rumah...tapi kalau makan di cafe/kopitiam makan ubi sebegini ada nampak trendy ler, gaya n style. Gamaknya ye..?


Saturday, October 27, 2012

AYAM MERAH GORENG

....bila teringatkan daging merah IT
 bukan daging tapi isi ayam cos mr huby tak boleh makan daging walau pun dia gemar daging, kesian, pengorbanan pada sebuah penyakit. Apa-apa pun makan cara sederhana.

Nasi daging merah Ismail Tomyam (IT) sememangnya pada kita sangat sodap, kepingan dagingnya yang garing dan rangup. Inilah pilihanku setiap kali ke sini...tapi Ismail Tomyam dah tidak wujud lagi, yang mengambil alih walaupun masih mengekal nama dan bila bertanya tidak mau 'mengaku'. Bila makan rasa sangat berbeda telapak tangan atas bawah.

Ada seorang yang kita kenali pun gemar pada menu daging merah IT. Walaupun dah berpindah kerja di negeri sebelah bila pulang siap mengorder 10-20 bungkus dan dibekukan...keluarkan satu satu bila nak makan berjimat sehingga the next trip nak balik....bila dah 'gila makan'.

SALAD LIMAU BALI

 Isi limau bali, timun sagat, bawang,daun sup/bawang,bunga kantan,isi ikan,cabai burung,mayonis. tabur flaxseed sikit


Promosi makanan berkhasiat sangat giat zaman la ni...dah penyakit macam-macam.Kalau boleh makan banyak yang mentah2, tapi bukan lah beras,gandum,ikan,daging,ayam...tapi sayur mayur,ulam-ulaman,buah-buahan..Kalau dari awal anak-anak kita tak suka makan sayur,buah2an risau gak hati apa lagi nak suka makan ulam-ulaman jauh sangatlah..si Mam anak ke-3 ku termasuk dalam kategori 'yang tak suka atau culas makan sayur atau buah' jenis ulam2an jangan paksa la dia makan. Taknak nya dia... tapi bila dah pernah tinggal di asrama dulu adalah perubahan dan peningkatan. Makan juga beberapa jenis sayur dan rajin sikit makan beberapa jenis buah. Ulam belum lagi..salad pun masih NO...

Baru2 ni terjumpa artikel tentang kanser usus...menurut tulisan tu mereka yang sangat kurang/tiada langsung berdiet fibre berisiko tinggi pada kanser jenis ni. So story lah pada Mam biasakan diri makan apa je sayur dan buah yang paling digemarinya dan amalkan secara istiqamah...harap dia amalkan.

Tuesday, October 23, 2012

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI


Suatu tengahari ini lah lauknya... seperti lauk tomyam begitu juga masak lemak cili padi ni memang mudah sangat membuatnya. Masakan lauk yang memang digemari sesiapa saja dalam global Malaysia...dengan bahan asas tiga benda i.e cili padi sudah tentu la, bawang merah dan kunyit hidup.

Kebetulan ada nenas lebih buat laksa penang so campak je masuk bagi menyedapkan rasa masak lemaknya....

KUIH CARA MANIS

 
aktiviti setahun sekali....bila datang ramadan
 
 
.....nak 2 biji je ke KK?...cukup ke, rasa awak tu makan banyak
 

Ni ler gambar foto yang nak upload malam tadi tak dapet...ntah apa yang tak kena. Alhamdulilah dah dapat.

Buat kuih cara ni pada bulan ramadan yang lalu..kira dah tahap archives...

Kalau bulan posa auto je boleh buat dan rajin membuat kuih2 seperti ni. Abih posa takde rasa teringin langsung nak buat, pelik ye..dan tak rajinnn pulak tu.

Lebih suka buat kuih cara berlauk lagi sebab tak belengaih.

Monday, October 22, 2012

JAM

 
Jambul....kenapa la, tadi dua tiga kali upload gambar kuih cara tak dapat..?grrerrr. wasting my time lol....upload gambar awak dapat pulak. Ok relaks relaks, jangan gabra, marah-marah, geram, just relax.

SINGGANG PEDAS TENGGIRI


Lauk paling mudah dimasak, campak-campak je menjadi. Nothing extra-ordinary tapi dalam kategori lauk sihat berbanding lauk2 berlemak santan bergulai...Kita keruhkan kuah dengan sedikit tempoyak. Bahan paling penting dalam singgang menyinggang ialah lengkuas...

Makan dengan nasi panas-panas memang kaw tapi timbul bab tak sihat bila asyik menambah je nasi.

Sunday, October 21, 2012

UBI KAYU REBUS

 
Walau pun bukan lagi 'zaman jepun' atau 'zaman sebelum merdeka' ubi kayu rebus tetap relevan pada abad ke -21
(antara yang kita tahu buat jika ada ubi)
 
 Sambal tempoyak isi ayam
 
 Sambal tempoyak kerang
 
Mudah membuatnya: Bahan > bawang merah, kunyit hidup dan cili padi serta tempoyak..kalau ada daun kesum/cinohon boleh je masukan. Kalau nak rasa pedas lebih, lebihkan cili padi.
 
Semua bahan, tidak termasuk tempoyak dikisar halus. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan kisar tadi, setelah wangi masukan tempoyak, kacau lagi dan kemudian masukan 'bahan' pilihan', masuk sedikit air dan renih hingga pekat yang kita mahu. Seimbangkan rasa dengan garam dan gula...sebelum terlupa, saya goreng dulu isi kerang dan isi ayam, camna kita goreng bilis kalau buat sambal tempoyak bilis.
 
....dan nikmati bau wangi tempoyak semerbak dalam rumah anda, bisa mengejut sesiapa saja yang sedang tidoq...gerenti bangun depa!
 
 Cicah dengan ubi rebus....sedap tak terkata
 
Sesekali bersarapan dengan menu seperti ini, muwaaahhh, really make your day

BEKO A.K.A BINGKA UBI KAYU


Took few days to finish, tinggal bertiga sahaja...Jambul and Minden tak makan,..tak minat makan???


Dah pernah posting sebelum ni...ubi kayu tanam sendiri di tanah sekangkang kera berhasil lagi. Apa lagi nak buat, yang kita tahu rebus dan buat beko dua menu ni je.. bingka yang jenis bakar kurang minat jadi tidak pernah ada dalam senarai 'suka buat'..

Saturday, October 20, 2012

SPAGETI VEGE BERSOS KEJU JUS LIMAU GEDANGAN


 KEL VS ATM, yay first half KEL lead...goal mat yo goal!...laa baru mula 2nd half ATM pulok dapat gol samaan!...min 50.47 mat yo did it again...yayyyy...ok tinggal dulu pasal depa.

Back to posting....pasta juadah malam tadi. pasta vege dengan sos cheese perisa jus grapefruit...resepi spontan dan manfaat apa yang ada. Selain spageti yang sentiasa ada dalam stok, bahan basah yang ada....karot, pepper hijau, ubi kentang rebus wedges, yellow onion, grounded lada hitam and lada sulah. oh daun bawang dan sup jugak...udang and ayam ada tetapi membeku dan tiada plan nak berpasta.



 Sesekali dinner pasta bisa aje, tak boleh kerap...si Azaf tak minat cheese sauce..tapi kalau mee beehoon goreng every other day pun depa tak kisah, boleh je ganti nasi.

 Sebelum cheese 'mengulat' or 'mengkulat' maka tercipta lah sos keju ni..susu segar abis, cream double triple apa pun tak ada, so kita masukkan butter 1 sudu makan, perah jus lemon yang berbaki setongah...dalam duk fikir nak mencairkan sikit sos nih teringatkan si buah grapefruit yang kaya bahan air, apa lagi potong2 dan perahkan. tak lupa 2 sudu kecil gula halus..pukul dengan mixer bagi texturenya licin cantik.

Grapefruit dan perihalnya
 
Grapefruit is high in enzymes that burn fats, has high water content and less sodium. "A combination of these three makes grapefruit a perfect food for increasing your body's metabolism. Try eating grapefruit or drink the juice every day and you will notice how quickly you lose those extra kgs," Hong* said. (Life&Times/Health,27/3/12) *Nutritionist.
 
Habis proses compose... KEL dapat gol ke-3...yay lagiiiii...
 

Friday, October 19, 2012

BUAH DELIMA / POMEGRANATE


Nak mendapatkan khasiatnya kena makan secara istiqamah...punya lah lenguh mulut nak perabih makan namun tetap ghalit memakannya...
 
Buah yang kaya dengan vitamin, anti oksidan dan enzim....known for keeping low-density bad cholesterol from oxidising and causing atherosclerosis, or hardening of the arteries.
 


CAKE ....namakan apa2 je

 
.....ada ruang 'botak' walaupun dah atur elok2...
 


Resepi ikut sebiji kek blueberi dalam posting semalam. Sebab mudah dan suka makan kek tu. Cuma ubah guna grapefruit @ limau gedangan yang disira gula putih campur gula kabung. Boleh je guna brown sugar tapi dah kehabisan ghupenya...

Dulu2 trend kek nenas terbalik...mulanya nak guna buah epal atau pear tapi tukar fikiran bila tengok buah grapefruit bergolek dalam fridge dah 'quite sometime..' ada lagi 2 biji tu, rasa bersalah pulak kat buah ni dibiar begitu...lagi-lagi belanja tak berhemah.

Any tips nak bagi buah limau tu tak rasa pahit?...sebelum sira kita dah rebus dulu bubuh garam dan buang airnya.

Thursday, October 18, 2012

BLUEBERRY LEMON CAKE



Sumber resepi dari Bisous A Toi, Rima S'pore. Thanks byk2. teruja tengok gambar kek dan resepinya yang sangat mudah. Kalau resepi kek lapis dan yang banyak bahan2 atau complicated sememangnya kita angkat bendera putih..

Namun kita ada tambah bahan selain dari blueberry (kita guna blueberry kering yang berbaki tak sampai secawan) iaitu ceri merah potong dan kundur sira kering. Pe'el kita yang biasa memanfaat apa yang ada. Pe'el yang tidak berhemah ialah suka membeli bahan2 kuih pastu simpan. Salah satu ialah jem nenas dalam posting sebelum, kira2 banyak bulan juga duk hibernate dalam fridge. Beli tu kerana teruja tengok tart nenas dalam blog DJ dan konon nak buat tetapi asyik bertangguh...kome ni memang suke keje2 bertangguh ni ye! Nasib baik datang syawal menjadi jugak tart tu. ni dah citer lain dah ni...

Resepinya: 2 C all-p-flour, 2 tsp baking powder, 1/2 tsp salt, 1/2 C margerine/butter,softened, 1 C sugar, 2 large eggs, 1/2 C milk, 1 1/2 C bluberries, zest of lemon, 1 tsp vanilla essence

Lemon glaze : 1/3 C sugar and 1/4 C fresh lemon juice > mix both ingredients with pastry brush, brush top,sides of warm loaf cake with lemon glaze.

Method : preheat oven 180 deg c/350 deg f. grease n flour 9"x 5" metal loaf pan. In medium bowl combine flour, b.powder n salt. In a large bowl in mixer at lower speed beat margerine n sugar until just blended. increase speed to medium,beat abt 5 mins until light n creamy. Reduce mixer speed to low,add eggs one at a time beating after each addition until well blended n occasionally scrapping cream with rubber spatula. Add in v.essence n lemon zest alternately with milk n flour mixing until just blended. Gently stir in blueberries.

Spoon batter into loaf pan. Bake for 1hr 5min/cooked/golden brown. Cool loaf on wire rack for 10mins, Place wax paper for glazing works.

Tips : for a flavor that permeats prick cake all over then brush lemon glaze over top n sides while the cake is still warm.

Fuuuhhh, my weakness....tulis n salin resepi ada seperti kanak2 dyslexic (spelling correct??) jugak > short span attention. got to get treament.

Comment: the taste is great, sort of when we eat nice butter cake....

Wednesday, October 17, 2012

TART NENAS




Bukan cerita baru pun. Cerita syawal yang baru berlalu...sebenar kita bukan pakar dalam hal cookies mengukis ni. Kalau buat pun pilih yang gemar dimakan sahaja. Setiap hari raya tu meja makan hatta coffee table pun memang tak pernah penuh dengan balang2 kuih. Never.

Masa nak buat hari tu google juga lah resepi, termasuk blog teman2 untuk nak cari buatan resepi pastri yang bila masuk mulut cair kata orang..sebelum2 ni pernah buat tart2 nih tapi pastrinya takde lah yang kualitinya bila msuk mulut ia 'melts'...pe'el kita memang suka test try compare buatan...pernah try Anna Olson, dari buku2 dalam simpanan, mungkin tangan kita/know how ada kurang kot (bukan cacat) jadi tak penah lah lah dapat kualiti 'cair dalam mulut'....

Masih dalam ingatan satu ketika program tv di mana chef wan berkunjung ke rumah artis ifa raziah. Bila chef wan merasai tart nenas buatan ifa, apa yang chef kata, 'the best tart nenas he had ever taste' and cair dalam mulut lagi...terliur saya tapi tak de resepi diberi.

Bila dah beberapa kali duk menerai dan cuba beberapa resepi dapat juga lah taste dan kualiti 'cair dalam mulut' nih...kira okey lah untuk makan sendiri dan jamu pada orang pada hari raya tu...