Sunday, May 13, 2012

PIZZA CRUSTY

 ....untuk makan malam untuk 4 orang, berbaki 2 biji Mam buat bekfes the next morning,yummmmmmy...
 .....filling apa apa ja yang disukai, ..iaya sudah tentu.
Bila Bunda Nadhifa menyebut dalam blognya dia gemar doh pizzanya yang crusty berbanding doh lembut seperti roti dan tidak manis teruja jugak nak mencuba...apa lagi resepi yang dipapar sangat simple..koleksi doh pizza dalam simpanan memang banyak..mencuba juga ternyata tidak menghampakan memang crusty apa lagi handle ulian dohnya mudah dan tak melekit, m suke lah.

Dinamakan Pizza Crust sebagai tajuk resepi berikut adalah bahan2nya: 125 g tepung hi protin, 50 g tepung hi protin sedang, 3 g ragi instant, 100 ml air hangat (saya guna air suam), 1/2 sudu teh gula pasir dan 1 sudu makan minyak zaiton/vege oil. sedikit garam.

Campur yis, gula pasir dalam air suam...biarkan 10 min/ menjadi frothy. Campurkan 2 jenis tepung, buat lubang ditengah tuang frothy yeast sambil dikacau rata menggunakan tangan (saya guna senduk kayu). Masukan minyak pilihan, kacau, masukan garam, kacau lagi...dengan guna tangan uli hingga menjadi doh rata dan lincin. Bulatkan doh masukan dalam bekas yang bersapu minyak. Tutup dengan towel atau plastik wrap. Biarkan double saiz...

No comments:

Post a Comment