Thursday, October 13, 2011

HIJAU NYA SAGO

bila makan kuih sago ni yang menyedapkan cuma kuah santannya yang rasa lemak, manis selain dari warnanya sedap mata memandang.

so next time nak buat sediakan inti selengkapnya.....

Buat kerana teringin 'nak buat', sebab tak pernah buat kuih2 dari sago nih. Nak buat kuih sago yang digaul dengan kelapa parut tu malas nak keluar cuma untuk membeli kelapa parut? oh nooo...kuasaaa.

Dalam pikiran nak buat seperti asam gupal tu. Santan kotak ada boleh dibuat kuahnya. Tapi inti kacang hijau tak ada, gimana nih?......buat jugak! Redah je. Buat tanpa inti, sedapkan dengan maniskan dan lemakkan dengan kuah santannya, sudah tentu boleh.

Pengalaman membuat kuih dari sago ni memang zero. Kalau guna biji sago dalam bubur kacang, bubur pulut hitam, pengat pisang atau ubi stele/ubi kayu memang selalu lah buat keje tu..

Dengan tidak merujuk mana2 resepi dan berdasarkan pengalaman 'memakan' kuih sago dan kuih asam gupal/sagupal saya cuci biji sago dan kemudian gaulkan dengan air panas kacau2 dan masuk titisan warna hijau epal.
Kemudian tu rebus air dalam periuk tunggu mendidih dan masukan gentelan biji sago rebus cam buat ondeh-ondeh bila timbul diangkat. Buat sehingga selesai.

Dalam periuk lain saya cairkan gula nira/ manesan, dah cair masukkan pula santan (kuantiti ikut keperluan, masukan secubit garam, gula (tambahkan rasa manis) dan biji halba secukupnya. Dah tu masukan gentelan sago yang direbus tadi. Masak dengan api perlahan. Kacau. Saya tidak biarkan santan itu mendidih atau pecah minyak...kejap aje rebusnya pastu padam api.

Rasanya? : kalau ada inti kacang hijau/apa2 je inti yang sesuai rasanya akan lebih sedap.

NASI AIR ....BUBUR NASI


Suatu pagi sabtu, rasa malas nak keluar untuk bersarapan seperti selalu, outing hujung minggu.. mee kuning takde, beehoon pun takde dalam gobok. Nak buat roti, ambek masa pulak. tepung ada kalau nak buat cucuk bawang pun boleh tapi mengenangkan cuba elak makanan2 bergoreng...

Terpandang tong beras, emmm kenapa tidak bubur saja?. Pagi bersarapan bubur, nape tak boleh kan, lagi pun bubur dalam kategori makanan sihat, so kosek2 lah beras secukupnya untuk kami berempat (betulan si abang balik ujung minggu).

Rencah bubur tak banyak ada sedikit isi ayam je....daun sup and daun bawang okay ada, Kacang buncis pun ada, hah gorengkan boleh buat iringan. Kacang digoreng berencahkan ikan kering gelama kecik2 yang diricih.

Pastu goreng bawang merah kecil yang dimayang nipis2 dan tabur menambah kewangian dan keenakan rasa bubur....

Sekarang ni dah tak dengar dari pakcik tu kalau buat bubur nasi je dia akan kata makanan orang sakit...'orang segar pun enjoy makan bubur nasi!'

Monday, October 10, 2011

PIIIIZA....TOPPING ISO (ikut suka orang)

hari ke-3 masih lembut...tergolek2 sebiji dalam bekas cap tupperware tu. kalau Mam ada tak perlu susah2 jadi majlis bandaran.hehe, sorry ye Mam.

buat lagi sebab bahan2nya masih ada terutama nenas jeruk tin...lama2 simpan nanti berkulat. Kali ini teringin bentuk mini pizza....dapat 6 biji.

Subuh sapiee tu potong kecik2 sebijik sorang buh dalam plastik makanan, tapau untuk si ayah ke opes dan adik ke sekolah....

'bangun pagi, gosok gigi, mandi-mandi, tak lupa wudhuk, solat subuh....siap diri terus ke sekolah'

Pesan sebelum turun bawah, jangan lupa amek piza sebungkuh sorang. 'Alright...'

LAWAN NASI LEMAK KOPI O



NASI GORENG TEH O

Kenapa suka buat nasi goreng......kenapa suka buat nasi goreng...........................kenapa suka buat nasi goreng.............................nape...nape...............nape

Buat nasi goreng keje nya enteng??? mudah...sedap....complete....penyelamat for the day kalu takde lauk pauk....malas masak tapi perlu makan, nak cepat...makan di luar pun order nasi goreng? masyaAllah, order lah makanan yang payah nak buat di rumah....tapi tetap order nasi goreng gak....uumm nasi goreng...nasi goreng. Full stop.

AKHIRNYA MENJADI JUGAK

Alhamdulilah akhirnya menjadi jugak setelah beberapa kali COBAAN... kebetulan si Mam balik bercuti, sukanye diaaa...dan suka makan apa2 je janji dapat makan! yang dia tak suka makan...sayur, ulam-ulaman, buah2an pilih-pilih je yang dia suka..

Makaroni bakar yang 'menjadi'....pic ini hasil dari pomen pic bawah yang tidak menjadi.

Makaroni bakar yang tidak 'menjadi'. Sebelum ni penah cuba buat tapi tak jadi...pastu lupa je lah tak cuba cuba buat (citer jaman kirung)..baru ni ada baca komen Shin, anak inesen tu, rupanya dia pun punya pengalaman yang sama.hehe, kesian dia. Faham perasaanya. Memang memasak ni memang perlu 'hands-on' kata omputih. Kekadang tu walaupun ada tunjuk step-by-step dengan gambaqnya pun tapi sukar jugak nak 'compute'...sebelum tu pengalaman saya penah kawan dia 'story' je cara dia buat, saya cuba buat 'tak menjadi' gak...

Berbalik citer makaroni yang tak menjadi tu...bila dah masak saya pun nak lah memotongnya, tapi makkk oooiiii dia 'GHELAI' ghupenya..Buatnya pada suatu petang, ingatkan nak buat untuk sarapan esok paginya. Bila dah tengok 'condition' makaroni tu, pujuk lah diri 'cool, cool', take it easy..' pastu pikior-pikior...besok nak pomen je makaroni tak jadi tu...cari logiknya, ghupenya sangat lah senang, tak jadi tu sebab tak cukup cecairnya jahh..(susu, telur, cream soup whatever..) Teknik tak betoi...

Maka Shin..anak inesen tu buat je macam nak buat bread puding tu...cuba buat sikit dulu. Rebus makaroni tu, toskan. Buatkan perencah daging atau ayam cincang. Ambik cara yang paling mudah iaitu tumis daging/ayam cincang dengan sedikit bawang cincang dan masukkan rempah kurma secukupnya, garam & gula seimbangkan rasa. Tak perlu masukkan air renehkan sehingga kering....pastu gaulkan daging/ayam cincang nih bersama makaroni tadi. Kalau ada herba keringan seperti oregano ke, parsely ke, dill ke gaulkan sekali dalam makaroni tadi... Bahagian cecair pulak sediakan susu, telur, 1/2 sudu makan tepung gandum ,cream soup (jenih2 mushroom soup ke yang jual kat kedai tu pun boleh guna) dan kesemua ini dipukul dengan sebati dengan menggunakan whisker. SEBELUM itu sediakan bekas (casserole), sapukan dengan minyak pilihan pastu taburkan dengan tepung. Taburkan sedikit keju parut pada dasar bekas.

Dah selesai semua masukkan makaroni dalam bekas dan tuangkan bahan cairan, kacau2 sikit supaya kedua2 bahan ini rata....Jangan Lupa tabur keju parut pada permukaan makaroni dan tomato sos/kalu ada tomato puri/spagheti sos ke...cam dalam pic tu..

Bakar lah sehingga masak....

Sukatan memang tak suka nak sebut kat sini kerana saya sukat banyak mana yang saya nak buat je...

Jelas ke Shin...?

Thursday, October 06, 2011

LEMPENG NYOK MUDA

P gerai yang juai ayaq nyok...mintak beli sebijik , kalu dapat yang isinya 'beghingguh' lagi baik. Kat umah mintak tolong sapa2 bukak nyok ni tuang ayaq dalam bekaih, isi nyok kokok masuk dalam ayaq nyok tadi, pastu tuang tepung secukupnya, masuk garam sikit. Gula tak payah ambek manih ayaq dan isi nyok dah. Dapatkan consistency batter yang diinginkan...pastu lempengkan lah dalam kuali leper, seperti mana anda buat pancake yang lain2 tu..besaq kecik ikut pilihan sendiri.

Cicah dengan kuah masak lemak cili padi ayam yang berbaki....sedappp!

Kakak tersayang yang memberi idea lempeng ayaq nyok ni, 'buat lah..sedap', katanya. 'sampai malam, atau esoknya kalu ada belen tetap lembut' ulangnya lagi...tergoda dengan ceritanya over the phone one day maka saya pun fon jugak lah huby, on the way balik (keje) nanti tolong belikan nyok muda sebijik..'alright..', katanya. Maka itu lah kejadian lempeng ayaq nyok muda..Mantopp!

Tuesday, October 04, 2011

LEFTOVER KUAH KACANG

tauhu goreng saja pun okay juga....jajan sihat tapi kuah kacang is just too bad for anyone with ghout. kesian my dear tak boleh tumpang makan...

tauhu digoreng garing,dipotong kecil, dicelur toge`and kacang...teringat seseorang sinonim dengan juadah ini i.e Mok Mek Ceghanang.

Ada belen kuah kacang yang dibekukan, jika sikit-sikit boleh pejam mata buang...rezeki tak baik dibuang. Intai2 dalam fridge, opps ada tauhu, ada taugeh, kacang pun ada, boleh lah bikin 'alike gado-gado' walaupun tak 'complete' bebahannya. Manafaat apa yang ada je, boleh lah snacking2...ooh not bad,'pretty handsome',awsome?

Dulu masa kecik2 juadah ini dikenali dengan nama 'ceghanang'...selain daripada tauge,kacang panjang, kangkung celur adalah satu bahan penting... dan ada seorang perempuan cina tua berpakaian kebaya sulam kain kasa dengan sarung batik, bersanggul rapi dengan spek mata berbingkai besi warna emas dikenali 'Mok Mek Ceghanang'. Penampilannya setiap hari sangat kemas seperti nyonya baba gitu. ye, ceghanang yang dijualnya dulu memang kelasss kau Maria...mungkin mok mek ni dah takde sebabnya time saya bebudak dulu dia dah berumur 60-70 tahun.

Monday, October 03, 2011

meROTI PULAKKK

Kebetulan ada baki gulai kawah yang dibeli dalam perjalanan balik menziarah cucu saudara yang baru lahir, Ahmad Uwais Zafran....peghangat dan cicah dengan bun, sedappp, alhamdulillah.

topping dengan hirisan bawang besar kuning, permukaan bun disapu dengan spread cheese ( tiada cheese lain tika ni, sapuuu je )

Bahan menge'bun' ni saya guna 2 cawan tepung biasa, 1/4 sudu kecil garam, 2 sudu kecil yis kering, 1 sudu makan gula, 1 sudu makan butter dan 3/4 cawan susu segar yang dipanaskan sebentar, kemudian disuamkan

Selain itu saya masukkan bahan2 tambahan seperti, serba sedikit marjoram,dill,parsely dan whole oregano (semua dalam bentuk kering)

Proses doh seperti biasa....manual mode. Sebab saya tak punya Bread machine.

Bakar dalam oven, 15 minit je dah siap dibakar....hari ke 3 bun ni masih lagi lembut..syukran.