Monday, July 11, 2011

PELBAGAI CARA DURIAN DINIKMATI

Raja buah...atau omputeh 'King of Fruits'...bila tiba musimnya,yang menggemari atau kaki makan durian tak perlu cerita aktiviti mereka...ada pulak yang tak suka durian, tak suka makan,tak suka bau...macam2 akan sifat manusia.

Dalam masyarakat kita, durian dimakan begitu saja, dimakan dengan pulut, dimakan pulut dan santan, ada juga yang makan dengan nasi, bancuh air suam sama ada dengan sedikit garam atau sedikit gula.

atau dibuat sambal tempoyak cili. sudah tentu dimakan dengan nasi ,sambal dicicah ulam-ulaman atau ikan bakar...sambal ni terlalu pedas, ye lah cili burung durian nya sikit..

bagi mengurangkan rasa pedas, tambah lagi isi durian. si adik kata, 'hah baru boleh makan..'

terliurr.., oleh kerana masih dalam 'pantang' meratah je ikan keli bakar dan cicah sambal durian. merasa la jugak kan..


Bagi sesapa yang rajin pulak, transform durian jadi TEMPOYAK dan LEMPUK...proses transformasi sudah tentulah perlukan masa dan tenaga, tambah lagi lah kalau kes lempuk...dua tangan nak kena kuat. Dah jadi lempuk memang berbaloi!....begitu lah cerita buah durian,musimnya sentiasa ditunggu oleh pengemar durian.

No comments:

Post a Comment