jaluran zebra
Ya, saya buat lagi hari Jumaat kelmarin. Bekas (tupperware) Su nor (biras saya) dah sebulan dengan saya, 2 biji..dapat bekas berisi sudah tentu nak pulangkan kena berisi jugak kan. Masa nak buat tu saya cari coretan resepi, walau pun berulangkali buat. Perlu pastikan sukatan...senyum sendiri bila terbaca dalam cupingan kertas yang saya tulis iaitu Bro Rozzan kata dia cilok resepi dari CMG...saya pun sama lah cilok kedua2 mereka.
Mengikut tajuk CMG keknya bernama Kek Marble Trio, tapi saya biasalah kalau buat apa2 nak cepat ringkas je so saya guna dua warna sahaja iaitu hijau dan coklat (saya guna coklat emulco dan perwarna coklat). Pada saya gabungan dua warna ni cantik, sebenarnya apa2 warna pun cantik..oleh kerana saya guna gabungan dua warna sahaja wajar saya namakan kek marble double.
cantik jaluran zebra tu..klu dpt mkn laaagi CANTIK! tahu2 hilang separuh kek tu..hehe :)
ReplyDelete