Thursday, May 19, 2011

ROTI REKACIPTA SAYA

...dah lama tidak meroti.

Bentuknya saya dapat ilham dari program AFC ch.703 Food Lovers Guide to Australia... Bahan2nya saya masukan aje 3 cawan tepung gandum, 1 cawan rolled oats, 1/2 cawan biji bunga matahari, 1 s.b buah campur kering, garam 1/2 sudu, 1 biji telur, 2 s.b vege shortening, 1/2 cawan gula halus, 2 s.t yis segera saya larutkan dengan air suam. Uli kesemua bahan (saya uli dengan tangan sahaja) , biarkan naik 2 kali ganda. Tutup doh dengan cling wrap.

Selesai proses proofing, tumbuk doh buang angin, uli lagi sebentar kemudian canai 4 segi panjang, sapu rata permukaan dengan sedikit susu kotak dan taburkan dengan serbuk kayu manis yang digaul gula kasar. Gulung seperti swiss roll dan dengan pisau tajam potong seperti bun cinnammon roll. Atur dalam loyang bulat...biarkan untuk naik sekali lagi dan setelah itu bakar sehingga golden brown. Dah masak keluarkan dari oven dan sapu permukaan dengan mentega.

panas...panas...baru keluar dari oven

Best membuat roti ni bentuk lah camana pun ia akan menjadi, seperti lukisan abstrak ggitu...


Hari ini sebelah pagi saya buat marble cake dan sebelah petang selesai tengok sinetron Kemilau Cinta Kamila saya uli bun yang tidak bernama ini..lepas maghrib bun ni masuk oven...sewaktu saya menulis posting ni separuh bun ni dah 'selesai' dirasai, belum makan lagi tu!

No comments:

Post a Comment