Monday, December 12, 2011

BIRU NASI KERABU

Kelopak bunga telang yang cantik teratur....bayangi sekiranya kita mempunyai sepasang baju kurung atau kebaya berwarna seperti ini,,,suke warna ni!

Hidangan yang lengkap setnya, telur masin, keropok kering goreng, ayam grilled Ayamas, sambal kelapa, hirisan ulaman termasuk bunga kantan menyerikan campuran warna dan kuah tumis santan

Ulam tambahan yang dihidang kasar - ulam raja dan daun selasih siam

Pada hari raya korban yang lalu selepas selesai solat sunat eid-ul- adha

Walau pun telah ditayang nasi kerabu dalam posting sebelum ini, tapi kali ini nasi kerabu tidak dalam kategori Jalan Jalan Cari Makan kerana kali ini nasi kerabu disediakan sendiri....namun lauk ayam diimpot dari Ayamas. Short cut satu keje.Memang kegemaran saya keje-keje short cut. Jimat tenaga keje dan masa!

Satu kelainan yang disediakan ialah kuah rebus tumis iaitu kuah bersantan kuning yang direnih. BAHAN2 NYA I.E BLEND BAWANG MERAH, LENGKUAS,SEDIKIT HALIA, SEDIKIT KUNYIT HIDUP, SERAI, BELACAN/UDANG KERING DAN CILI BOH. BUBUH KESEMUA BAHAN BLEND KEDALAM SANTAN DAN BIARKAN IA MERENIH DENGAN API SEDERHANA KUAT. MASUKAN ASAM KEPING.SEIMBANGKAN RASA GARAM DAN SIKIT GULA...Jika ada daun kunyit atau daun limau purut masukan juga bagi menambahkan aroma kuah tumis..renih hingga kuah agak pekat.

3 comments:

  1. As salam.... Kuah tumis santan tu klu jadikan kuah utk ayam percik pun boleh ke...? Nampak selera betul kat kuah tu....

    ReplyDelete
  2. WSLM, SGT X SESUAI...PERCIK, BAHANNYA SANTAN JUGA,BAWANG KECIL, HALIA,CILI BOH JGK, KACAU PELAN ATAS API SEDERHANA, MASUK SEGALA PERASA DAN ASAM KEPING SIKIT JE,TITIK SERAI. KACAU JANGAN SAMPAI SANTAN JADI BERBIJI2..BAGI KUAH TU MASAK DAH.

    ReplyDelete