Tuesday, June 28, 2011

3/4 WINDOW SHOP & 1/4 SHOP@TRAFFORD CENTRE

sakit kaki nak meround semua....besar,luas dan panjang...tapis pegi ke store yang jual HOMES thing...KITCHEN likes saja

tapi brand ni mampu bergambor je...

penat memusing, rehat sat belunjuq kaki, betul2 kan urat.

ambil kesempatan berposing jugak, tak perr foto anda sampai di Malaysia..'where u from ?' lupa nak tanya ari tu..

panjang berjela tak larat betul...menuju ke bahagian HOMES


Millies cookies, kata KK 'a must buy item' kalau budak2 Mesia jumpa kiosk Millies..bila saya tengok bentuk jadian biasa je, rasa juga sikit..ok lah rasanya, crisp outside chewy inside...dalam resepi selalu ada ayat ni.

Monday, June 27, 2011

GRADUATION/CONFERRING DAY@UNIVERSITY COLLEGE DUBLIN

....Setelah 5 tahun bersusah payah menghadapi pengajian, peperiksaan yang sentiasa mengugat keyakinan, kehidupan jauh dari keluarga, 5 tahun tak berkesempatan beraya dengan keluarga, berpuasa akhirnya, 2 Jun 2011 hari itu datang juga..Syukur Alhamdulillah pada Allah SWT.


.....bersama adik yang turut bersama pada hari bersejarah kakak.



....selesai majlis, perarakan keluar kakitangan Senat dan akademik.




Majlis konvokesyen yang begitu simple berbanding dalam negara yang pernah saya terlibat.




bersama pegawai universiti yang menjaga kebajikan pelajar antarabangsa (dua dari kiri: suit putih) dan wakil JPA (bertudung putih)



sebelum majlis penganugerahan bermula....TAHNIAH ANAKANDA KU.










SEMOGA BERBAHAGIA KE ANAK CUCU...tagline besa.

Akad nikah oleh bapa mertua.


....akhirnya huby is a father-in-law now, and me, M-I-L...of course mula-mulanya memang kekok tapi itu lah hakikatnya apabila satu2nya anakanda perempuan mengambil keputusan untuk bernikah dengan pasangan pilihan pada 11-6-11 yang lalu...seperti yang dijanji 'setelah abis belajar', 2-6-11 KK graduated.



membaca taklik nikah.


menyarung cincin...

I'm back on track, setelah sekian lama TERHANYUT... my blog dah sekian lama tidak ber'update' posting..balik from UK/Ireland sampai 4/6/11 lewat malam esoknya masih pening2 lalat namun terus terpaksa pulun untuk persiapan majlis akad nikah pada 11/6/11 - persiapan 'final touching and fixing'...

By this time pasangan dah pun balik ke tempat masing2, KK 'intern' di Ireland sementara menunggu suami menghabiskan pengajian di UK, kira2 another 2 years, insyaAllah. Majlis resepsi, insyaAllah pada awal tahun depan.



Monday, June 20, 2011

MY SOFT SPOT

A day bus tour in Dublin - pelekat kena tampal di kolar coat.

Bus driver seumpama pensyarah sejarah, penerangan verbal cam direkodkan, tak de putus putus, umm,umm,eer takde langsung...

Dalam bangunan inilah segalanya dijual, cenderahati, pakaian, pinggan mangkuk, alat acuan kuih muih, perabut, segala jenis sabun wangi, dan bakery.

ingatkan free...

Chocolate chips cookies - ini je yang dibeli buat jajan...sedappp, crunchy.




Apple tart..teringin nak beli tapi saiznya besar takut tak abis pulak...KK and si abang jenis 'perut nasi', tak suka snacking.

seronok tengok cara cookies ni di pack..


rock bun/scones...


jenis2 Irish bread- 1

-2
- 3

Di mana jua pun saya pegi ada je tempat roti kek or cookies mesti tak lepas peluang menjamu mata dan mengambil gambar. Mek2 omputih, pekerja duk tengok je, dalam pikiran dia orang mungkin 'apa lah manusia dari planet mana lah duk snap foto2 kek2 cookies, belinya tidak.'..agaknya lah..

NASI PILAU

di Manchester, di rumah kawan KK, juga pelajar Malaysia Perubatan tahun akhir dan baru selesai xam...Zinin masak nasi pilau, guna beras basmathi. kata Zinin belajar melalui Youtube...tumis bahan cuma menggunakan rerempah kasar tidak langsung mengguna hirisan bebawang, dan rempah serbuk campuran yang dijual di sana (seperti rempah beriyani,rasanya pedas. tumisan bersama hirisan isi ayam yang dipotong kecil2.....ikhlas rasa sangat sedap, dimakan begitu saja tanpa lauk lain. rating 5*****


teringat zaman belajar dulu2 bila memasak jemput kenkawan makan dan hidangan seperti yang kita nampak dalam gambar tu....di situ lah tempat makan,tempat tidur,tempat study....multipurpose ruang and all those sweet memories..terima kasih Zinin, Fadzilah and Shaz.

ROTI MANIS

roti manis seperti yang dijual di kedai halal kendalian orang Asia di UK...kalau kedai kendalian omputih jarang dapat jumpa seperti sweet bun melainkan jenis2 loaf bread...betul ke ?


LUNCH IN THE CITY@MANCHESTER

depa kata inilah yang terbest...
KFC halal....
fish and chipsnya sedappp,portion besar banyak, kalau makan sorang memang tak boleh habis...kalau hari2 lunch dengan jenis makanan ni pound poket jangan kira lah boleh menipis malah juga boleh menambah lelemak badan.

Wednesday, June 01, 2011

BAKLAVA...ada je yang mengeja BAKLAWA and FALUDA

....di Manchester. kata budak2 Mesia (pelajar2) datang sini mesti kena makan/rasa faluda ni i.e ais krim yang dibubuh susu perasa stroberi di 'topping' dengan biji selasih dan cendol (warna pink). ada yang sebut 'cendol' ni 'noodle', gimana pun memang ghupe cendol pun cuma saiz nya alus sikit dari cendol kita di mesia...bila dah direkomen begitu bersungguh maka ambil peluang merasa jugak dan sememangnya sangat lazat! harga cuma 2.50 pound sterling...si abang mula2 tak mau last last tergoda jugak.


nanti balik mesia boleh lah cuba improvise faluda cara kita pulak...nama kedai 'Moonlight' dikendali oleh, nampak muka tu cam Arab2/Turki gitu.



ini baklava...dijuai dalam kedai yang sama. sebelum ni duk tengok dalam paper, banyak kali dalam tv. kalau tak silap manisan ni asal dari Turki..kulitnya puff pastry yang berlapis2 dan sangat nipis.



kali ni nampak real lah kuih ni, so tak mau lepas peluang beli le 4 ketul...adusssss mak manisnya kuih2 ni cam kuih ore klate ggitu! nak peghabih amek masa 3 hari, anak2 sorang pun tak nak merasa, tak minat...apa lagi mak depa lah kena perabihkan. nak buang tentu sayang kan...ok lah dah merasa lain kali takde le mengidam lagi.