Saturday, November 03, 2012

SALAD WITH OIL N VINEGAR DRESSING



Menceriakan suasana yang sangat 'redup' ...mendung, awan hitam berarakan, hujan renyai sepanjang hari ini. Warna salad, hijau timun,  hijau lada bengala,ungu bawang, kuning perang karot sekurang2nya membantu mencerahkan suasana..

Khasiat Cuka: ...'A epidemiological study has found that people who choose to have an oil and vinegar dressing on salads 5 to 6 times a week have lower rates of heart disease than people who didn't.

Digestion > high content of acetic acid helps in the absorption of essential nutrients, natural cure for constipation, improving bowel irregularity n removing toxins at a faster rate

Weight Loss>acetic acid prevent build up of fat, speed up metabolism as well as burn calories faster. Add 2 teaspoon of apple cider to your drinking water daily in the morning, see the results in just a few weeks.

Acne>an effective natural agent that cures acne by killing the bacteria and balancing skin's PH level.also absorbs excessive oil from skin, how? dilute vinegar in water, using clean cotton apply to your face and leave on for about 10 minutes, then rinse.

Cold>when you have cold, the body becomes more alkaline.vinegar help to re-balance the body's acid level and decrease the length of illness..mix 1 teaspoon of vinegar in half a cup of warm water to fight the cold. vinegar also helps with nasal congestion and asthma symptons

There's more...for body odour,diabetes,hiccups,insomnia and dandruff. will update next...got to go

Source: LIFE & TIMES HEALTH, OCT 9,2012, Add a spoonful of vinegar by Kasmiah Mustapha.

Friday, November 02, 2012

SARAPAN APA 2

Nasi Lemak kuning, stir fry bok choy dan sambal isi ayam

Kalau bersarapan dengan nasi seperti ni pada hujung minggu biasanyanya 'brunch' ler...merancang juga tapi perancangan yang lambat dengan 'mood rajin' so menjadi lah walau pun lewat bersarapan. Nak makan apa tengahari tak perlu fikir lagi dah...petang kalau rasa lapar outing je.

 kes sarapan sorang2 on week days, ciannnn.....apa yang ada je, dan kalau rajin nak buat.


SARAPAN APA....weekend.

 Hujung minggu....lepas solat subuh, rasa nak bergolek2 lagi..pastu terus terlelap, bila terjaga tengok jam ya Allah matahari dah meninggi. bergegas bangun siapkan diri..ke dapur auto je teringatkan KUIH MALAS, cepat buat, cepat boleh makan so sesuai lah dengan keadaan bermalas-malasan...

.....kalau breakfast di luar, kebiasaan lah jenis2 nasi-lemak,berlauk,kerabu,dagang. Kalau kuih -karipap,pau kukus,onde-onde bijan, kuih sago,bengkang, roti canai. Sekali sekala bila nak cari kelainan kena lah buat sendiri.
 ....makan bersama cheese sauce dan buah pear sira gula perang....emmm marvelous sodapnya.

oat pancake dengan telor mata

 Bila bangun awal seperti biasa walau pun pada hujung minggu, boleh lah merancang sikit sesuai dengan masa dan selera dan juga dengan bahan2 yang ada dalam stok.. buat pun tidak lah dalam keadaan kelam kabut malah bersantai sarapan sambil pok pek pok pek dan sambil mata menonton tv.

Ni apa cerita...., tersilap upload ler pulak.


Pagi tadi memang tidak merancang menyediakan apa2 untuk sarapan, so mr huby, 'jom p Kopitiam Kita' tapi pegi tanpa membawa kamera. Takde lah merakam apa-apa. Bersarapan roti bakar + telur separuh masak + kopi O panas + milo panas dan Roti Titab ( roti bakar 4-segi tebal, disapu planta kot?,1 biji telor separuh masak diletak di tengah roti dan kaya pada setiap penjuru roti. Sambil makan mata melihat foto2 yang ditampal penuh di dinding termasuk Datuk Siti Nurhaliza, pelakon Josephine Tan dan lain2 VIP dan selebriti yang pernah berkunjung ke kopitiam ini. Tak dapat nak perhatikan sepenuhnya kerana keadaan yang bising dan penuh dengan pengunjung....dan kami - baru ketahuan  walau pun sudah 4 tahun bermastautin di negeri ini dan tahu pun melalui (memalukan aja) 'from an outstation friend' who used to frequent bila datang bertugas di sini...'Camna kau tahu tempat ni..?'.., jawab, from airport taxi driver..haha.

Thursday, November 01, 2012

ROTI CICAH ....

 ......sambal sardine dan gulai ubi kentang bilis

Roti cicah ni cerita sama ada pada bulan puasa atau sebelum, dah lupa. Mangsa notebook yang rosak beberapa bulan yang lalu...


Tak dapat nak bercerita banyak. Kepala bengang je hari ini....sakit kepala, nyut bedenyut..dah lama tak kena camni..di luar cuaca jap panas, pastu jo 'on. atau pun tidur tak cukup dan tahan diri dari 'napping'.

Tengahari tepon mr huby belikan nasi bungkus untuk dirinya dan si Azaf...tak rajin nak memasak lauk pauk. Untuk diri kita masak bubur air sahaja padankan leftover kuah sup tulang semalam...plan nak tidor awal malam ni moga dapat tidur yang nyenyak.

Wednesday, October 31, 2012

KEK UNTUK RAYA KORBAN 2012


Yang bulat bawa balik rumah cik wah. Sebiji lagi bakar dalam loaf pan untuk cik mah tapi lupa mengambil gambaqnya..bila kek dibukak di rumah cik mah rasanya guna fon Mam rakam gambar. InsyaAllah lain kali kita upload..

Guna resepi Blueberry lemon cake dari blog Bisous A Toi, Rima. Blueberry memang tiada langsung dalam stok. Yang ada buah epal dan pear. Sebelum berhibernat dalam fridge tu baik gunakan. Cooking is about creativity selain skills dan passion

Buat 2 biji untuk dibawa pulang sebab berkorban di kampung kita. Khamis malam plan nak bertolak selepas solat isyak. Nak bertolak awal pun flight pok Mam arrival 5.30pm. Jalanraya bandar kb dan dari epot pada ari kamis dh sesak jem giler almost kul 7pm baru sampai rumah.

BILA ANGIN CHOC CHIPS MELANDA 3

 resepi  dari Bisous A Toi. Tqvvvmuch


Ni batch ke 2 untuk pok Mam. Happy dan senyum melerek dia dapat 1 balang besar and 1 balang kecik untuk dibawa balik ke hostel. Terus terang sebagai mak m very very happy bila dapat buat bekal pada anak2 apa apa terutama cookies lah yang mudah dibawa pulang... si KK tu selalu je dapat setiap kali balik rumah. Ni giliran adik2nya pulak. Anak-anak enjoy lah makan ye...

Nak kena bake lagi bekalan si Azaf dah nak abis.

BILA ANGIN CHOC CHIPS MELANDA 2

 resipi dari TFFCB


Sebenarnya ini third batch baking untuk dikirim pada abang. Kesian dia tak balik raya korban tu hari. Sib baik teringat pada Mr Mede yang balik kampung beraya terus tepon tanya, isnin malam katanya nak balik. Bergegas la kita buat dapat lah 2 balang untuk si abang. Dah dapat pun si abang choc chips nya....duk munching munching la yer abang. Enjoy!

Tuesday, October 30, 2012

ROTI GORENG

 lembut, halus fulus

 Adun roti seperti biasa. Tadi kita buat 2 cawan tepung high protein + tepung biasa. Guna tepung hi-pro tu pun sebab nak perabihkan yang berbaki dalam +- 1 cwn. Dalam tepung tu kita masukan 1/2 s.t garam, 3 s.t gula, 1 s.t penuh yis segera dan 1 s.b butter. Gaul semua biar rata. Saya guna air panas suam untuk menguli tepung sehingga menjadi doh yang licin dan biarkan naik 2 kali ganda.

Bila dah nak menggoreng, tumbuk doh yang menggelumbung tadi, uli sebentar dan buatkan doh bulat kecil2, besar mana ikut suka lah, kata chef Ammar. Kita tak mencanai pun hanya leper2kan mengguna tapak tangan dan jari untuk menipiskan doh kecil tuh.

Panas kan minyak dan gorengkan lah sehingga kekuningan. Boleh lah makan/cicah dengan apa2 kuah/gulai yang belen2 tu..

Dapat 16 biji

Cicah dengan gulai daging aqiqah Danish anak Ejat. Ayah dan Azaf cicah dengan gulai ikan belen,masak hari khamis sebelum raya hari tu...tentu lah dibekukan.

....juadah makan malam sat sat tadi..