Sunday, September 11, 2011

BUBUR LAMBUK

bubur lambuk ikut version orang Ganu

Suatu hari dalam bulan puasa berbuka dengan bubur lambuk...nak dapat bubur lambuk Kg Baru yang femes tu tersangat la jauh. Sewaktu tinggal di Penang walaupun dalam seminggu sekali dalam puasa p juga ambek di Masjid Murradud Atakwa jika teringin bubur lambuk. tapi sejak di sini menyediakan bubur lambuk oleh masjid is not in their culture lak. nak tak ndak buat lah sendiri, boleh lah KK merasa masa dia balik tu hari. KK pun dah lama tak berposa di tanahair.

Bubur lambuk versi ini yang menggunakan isi ikan (saya rebus untuk dapatkan air stoknya-saya guna untuk merebus beras, selalunya ikan dibakar). isi ikan dihancurkan. (boleh juga masukan udang atau sotong, tapi saya tak masukan ). paku pakis saya gunakan yang warna merah, paku midin?, hirisan karot untuk rupa lebih menarik dan daun kesom bagi membangkitkan lagi bau bubur lambuk. Lain2 daun kayu yang sesuai ikut pilihan.

Lain bahan ialah bawang kecil dimayang, halia juga dimayang dan lada hitam tumbuk halus. Tidak lupa santan. Garam jangan lupa.

Bubur lambuk antara juadah yang disediakan hanya dalam puasa je. Kalu tak posa tak ada..,tak buat. tekak pulak teringin sesuatu juadah masa bulan posa je. Suatu keistimewaan dalam selera masa berpuasa.


Friday, September 09, 2011

AGAR-AGAR FALOODA


Merah menawan di atasnya. Last minute punya idea apa nak buat manisan untuk berbuka puasa. Masa ada lebih kurang sejam setengah lagi waktu untuk berbuka....cepat2 rebus agar2 warnakan sedikit untuk bahagian atas dengan perisa strawberry..tuang dalam acuan... Bancuh serbuk falooda dengan susu segar di atas api yang perlahan sehingga jelly dan segala bahan yang ada dalam serbuk kembang pastu tuang ke dalam agar-agar, kacau sebati dan tuang ke dalam acuan...biarkan sejuk sedikit dan masukan ke dalam fridge untuk disejukkan dan beku.

Jika hari-hari biasa sangatlah jarang saya nak menyediakan agar2 kecuali ada sesuatu majlis di mana notisnya datang last minute....tapi bulan posa kali ini agar-agar antara manisan yang kerap saya sediakan atas faktor mudah cepat dan susah 'untuk tidak menjadi' dan yang penting sangat diminati keluarga sebagai manisan dalam bulan posa.

AIR OREN JENAMA SUNQUICK MANDARIN

Laa...minuman ni pun nak update! Bukan apa every other day dok membancuh air oren ni bergilir dengan minuman air roselle. Tadok lah pulak gambar air roselle ye. Jam 5.30pm -6pm je bancuh dan masukan dalam fridge bagi sejuk tak yah lah nak bubuh ais. kekadang ais lupa nak buat....Kalu tak bulan posa takde lah nak membancuhnya. Sapa nak minum bancuh le sendiri...dua tiga empat kali ada juga si abang, si ayah belikan ayor kelapa terutama pada hari panas terik....minuman saya tetap air panas kosong atau nescafe O panas jika berposa,ramadan ke, sunat ke or ganti ke...otomatik tekak ni nak minuman panas.

CHICKEN PATTY PUFF


Cerita juadah posa belum abis lagi walaupun posa malah raya pun dah berlalu..gara2 banyak tercicir dalam mengupdate posting, alasan sibuk nge aktiviti bulan posa dan sibuk dengan persediaan nak raya ggitu...tapi demi tujuan rekod kena lah jugak walaupun ketinggalan dari segi masa. Janji tidak membazir sumber posting.

Patty puff yang tidak memerlukan resepi pun. Apa yang perlu ada ialah puff pastry, biasanya jenama Kawan lah yang banyak di pasaran, pastu apa2 patty yang menjadi pilihan, daging atau ayam,brand juga apa saja yang diri suka lah kan.. patty tu digoreng 3/4 masak pun ok.Masak sepenuh pun ok tiada masalah, jangan garing-garing sangat. Pastu ikutlah patty nak dipotong bentuk segi 3 ke atau potong tengah jadi 4 segi panjang.Patty tu 4 segi kan so 2 bentuk je lah yang wajar...or potong cam jejari, boleh jugak dak? dah tu balut lah dengan pastry dan bakar. Kalau rajin sapukan telur di permukaan.. Masa saya buat tu hari saya tak rajin nak sapukan telur sebab tika tu telur abis stok. Ok gak la tak sapu telur cuma tak comei lah sikit. Bezakan orang yang tak berbedak dengan orang yang berbedak...sebelum merapu panjang stop lah di sini dulu..oopps lupa satu benda, i.e nak makan cicah dengan cili sos.

Thursday, September 08, 2011

KEROPOK LEKOR

Keropok lekor buat berbuka puasa?..eh biar betul...memang betoi, realiti lagi. Keropok lekor B.T.B > Bukit Tok Beng yang femes di Tganu.

PUDING FALOODA

Manisan agar2 atau pun puding jika nak membuatnya memang tak ada '2nd thought' kecuali strip agar2 tu tak ada dalam stok....minuman falooda yang tak perabis duk hibernate dalam fridge...sesapa pun dah tak nak perabiskan. Takkan nak buang gitu je seperti nasib buah melaka basi dek kelapanya...apa lagi terus je rebus agar2, hah gode je ler dengan apa yang ada. Maka jadilah puding falooda.

ONDEH BUAH MELAKA

'buatan sendiri'....kuih ini nak membuatnya sangatlah mudah tapi tak kan lah hari2...kot!

Sentiasa menjadi kegemaran anak-anak dalam bulan puasa...kalau ke pasar ramadan kuih ini jugak yang dibeli. Sekali tu beli 3 bungkus, RM1 per bungkus, bila buka plastik nak hidang terbau lah 'basi' kelapa parutnya...apa lagi menjadi rezeki bakul sampah lah jawabnya. Memang lah 'sedih' makanan jika dibuang2 tapi kalu dah basi masam, apa boleh buat kan...

PILAU BIRYANI



Bagaimana nak mengubati 'semangat jap ada..jap tak ada'...tanya lah diri sendiri yerk? Jawaban ada pada diri sendiri.

Seperti biasa saya memang suka berbuat sesuatu cara mudah, short-cut, buat sekerat beli sekerat dan apa2 yang tidak mengguna sepenuh kudrat...

Masak pilau biryani tapi lauk pauknya beli kedai....terlupa lah pulak photoshoot lauk yang dibeli di kedai 'nasi beriani Batu Pahat'..nama Batu Pahat tapi kedainya di Jalan Hospital, Kota Bharu...punya lah bagusnya mak KK.

Nasi walaupun rempah ratusnya dalam kategori 'segera' tetap tasty...