Friday, September 09, 2011

CHICKEN PATTY PUFF


Cerita juadah posa belum abis lagi walaupun posa malah raya pun dah berlalu..gara2 banyak tercicir dalam mengupdate posting, alasan sibuk nge aktiviti bulan posa dan sibuk dengan persediaan nak raya ggitu...tapi demi tujuan rekod kena lah jugak walaupun ketinggalan dari segi masa. Janji tidak membazir sumber posting.

Patty puff yang tidak memerlukan resepi pun. Apa yang perlu ada ialah puff pastry, biasanya jenama Kawan lah yang banyak di pasaran, pastu apa2 patty yang menjadi pilihan, daging atau ayam,brand juga apa saja yang diri suka lah kan.. patty tu digoreng 3/4 masak pun ok.Masak sepenuh pun ok tiada masalah, jangan garing-garing sangat. Pastu ikutlah patty nak dipotong bentuk segi 3 ke atau potong tengah jadi 4 segi panjang.Patty tu 4 segi kan so 2 bentuk je lah yang wajar...or potong cam jejari, boleh jugak dak? dah tu balut lah dengan pastry dan bakar. Kalau rajin sapukan telur di permukaan.. Masa saya buat tu hari saya tak rajin nak sapukan telur sebab tika tu telur abis stok. Ok gak la tak sapu telur cuma tak comei lah sikit. Bezakan orang yang tak berbedak dengan orang yang berbedak...sebelum merapu panjang stop lah di sini dulu..oopps lupa satu benda, i.e nak makan cicah dengan cili sos.

1 comment:

  1. mak,kk x pyh g cari buku resepi.cari je dlm blog mak dh byk recipes compiled ;)

    ReplyDelete