Saturday, December 10, 2011

KETUPAT SOTONG

Barisan sotong yang telah diisi beras pulut. Paras pulut isian tak sampai separuh sotong. Tak pernah buat....tanya seorang kawan camna nak buat

ready to eat...gede` elok. teringat sorang kawan yang bercuti-cuti Kelantan & Trengganu, many years ago. Balik dari bercuti dia bercerita pada saya bahawa dia rasa 'tertipu' dengan kegemukan sotong yang disangkanya sotong 'bertelur'. Memang dia gemar makan sotong apa lagi yang ada telur. Tanpa ditanya masakan apa sotong dia terus membeli dan bila dia makan terkejut 'dalam sotong tu berpulut'! Terus dia berenti makan... (Bro, dah tak besa makan kena lah bertanya dulu...bbende mung)


Terbit rasa nak cuba buat dek Pok Mam yang bertanya "apa makanan ketupat sotong", Tanya dia balik camna boleh tahu nama juadah tu, jawab 'tengok kat TV..' so story lah sikit pada dia...so kenapa dia tak pernah makan...cut long story short...maka cuba lah buat. Sotong beli 5 ekoq tu je..pulut dah ada, guna sikit je..santan kotak pun ada....kuah santan boleh agak-agak lah nak wat camna i.e sedikit hiris bawang merah,hirisan halia dan halba serta gula dan garam...tapi sotong tu camna nak buat, pulut tu kukus dulu ke or gimana??? teringat sorang kawan maka bertanya lah pada nya....cuci beras pulut pastu bubuh dalam sotong tapi jangan sampai separuh. Pastu cucuk dengan lidi dan rebus dalam santan cair sampai pulut masak..pastu baru masukkan santan pekat dan 'awaih-awaih'nya tadi.

Bila dah makan, ratingnya camna?....lambat lagi kot nak buat lagi. Tanya Mam camna rasa? ok ke...senyum je dia with no comments..nampaknya semua kurang teruja dengan juadah 'ketupat sotong'

1 comment:

  1. uish terujanya nak cuba yang nih mak..selalu nampak je kat pasar siti khadijah, tapi x pernah cuba nak beli. takut.

    ReplyDelete