Sesuatu yang tidak dirancang. Dalam perjalanan balik dari KT, dah hampir 3/4 nak sampai rumah mata memandang gerai yang berjualan kepah remis. Tetiba teringin. Sebenarnya dah beberapa tahun melalui jalan ni tak penah kisah pun.
Dah berenti tu takkan tak beli pulak...dah beli pikir nak masak apa..rebus ggitu je,buh bawang serai segalanya..pastu meratah??
Dah sampai rumah, dalam gerobok ada santan kotak. Dalam fridge ada cabai burung. pastu ada kunyit idup..serai pun ada, bawang merah pun ada walaupun tinggal beberapa ulas je lagi..
Pendekkan citer menjadilah kepah masak lemak cili padi...sebenarnya masing2 dah kenyang dah pekena macam2 semasa di kt..nasi minyak,nasi dagang,nasi kunyit...kuih muih lagi.
Maka masakan kepah tu diratah begitu saja. Esok sambung lagi makan. Orang bertiga saja dengan 2 kilo kepah, tambah yang seorang tu kureng pulak...
Kepah oh kepah
terliur.. tp shin tak tahan sangat makan pedas.. kalo makan ketam masak lemak camni.. perghhh sedapppnya
ReplyDeleteyup agree...lagi pedas lgi sedap,tp kepah tu tak pedas mana pun
ReplyDelete