Wednesday, June 09, 2010

RECYCLE.....kerana terdesak

time air tak naik layu pokok pokok tanaman di tanah sekangkang kera menjadi mangsa dek paip air kering..dulu dulu tak penah pikir nak menadah air titisan air cond ni..kata orang manusia dalam terdesak dengan sesuatu baru nak optimise penggunaan otak, improvise cam cam benda.setiap hari memang baldi ni menadah air dari atas...bukan dari langit tapi dari air cond.ada pulak gayong tempurung dalam baldi tu ,dulu jadi hiasan dalam rumah sekarang ni buat cedok air la pulak..

rumah orang melayu dulu di tepi tangga naik ke rumah akan ada sebiji tempayan dengan gayong tempurung di dalam buat mencebok air untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah.sekarang dah tak ada dah tak perlu dek cara hidup yang berubah. mungkin dulu orang kita ke kebun ke sawah maka kaki pun berselut tu pasai kena ada air dalam tempayan maka gayong tempurung
direka. lagi pulak sekarang rumah dah berpaip dan menjadi kelaziman sekarang ada paip di luar rumah buat menyiram pokok dan basuh kereta.gayong pulak banyak jenis plastik boleh beli je kat kedai supermarket ke 'muroh boh'.

No comments:

Post a Comment