Monday, June 28, 2010

Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri

AlFatihah buat Allahyarham..just felt he's my own.membaca beritanya sangat sedih, kecewa dan rasa amat marah. lagi kematian kes ragging and bullying..sangat terkesan dengan kes ni dan beberapa hari emosi kita tak stabil memikirkan betapa siksanya dia ditendang dipukul sebelum tidak sedarkan diri seterusnya menemui ajalnya...ya Allah.

arwah pelajar tingkatan 4 di Royal Military College berasal dari kampung Siong Baling Kedah.anak sulung tiga beradik kesemua lelaki. ayah petani mak suri rumah..dapat masuk RMC tentu pelajar cemerlang semasa bersekolah di kampung.sudah tentu juga menjadi harapan orang tuanya memandang dia anak sulung dan contoh baik buat lagi dua adiknya.


nampaknya tak serik serik pelajar pelajar kita di mesia ni bila di asrama je seniors nak tunjuk kuat dan berkuasa..beberapa tahun dulu pelajar tahun 4 gak mati kena ragging buli oleh seniors di sekolah agama, di kedah tak silap. lepas kes di kedah ni selang tak berapa lama berlaku di pahang pulak.


apabila berlaku kat arwah M.naim ni mai terpikir pulak selalu mangsa selalunya anak-anak orang biasa dan orang kampung. takdir sememang takdir qada dan qada tapi cara kematiannya sangat menyakitkan hati.

tapi cam kes M.Naim ni kita kesian dan sedih yang amat sedih pada ibu bapanya. tengok gambar bapanya pun kita dah sedih.. kita quote, nst 26 jun,10 m.s 5....bapanya berkata, " it was important for the family to know the truth behind his son's death.". The 41 year old farmer alleged he saw bruises near Naim's right eye. " I did not have the chance to inspect his body as the soldiers told me it was part of the regulations and considering they had already prepared him for the final rites, I let it go."......memang sedih sebagai bapa Naim seolah dia tak berhak melihat anak dia sebelum dikapan, kenapa? bukan mati di luar negeri pun..walaupun peraturan tapi bukan peraturan agama pun...

kata bapanya lagi, " I accept all that but I want police to carry out a thorough investigation.." Sobri said he accepted his son's death as fated but stressed that if there was any foul play, the wrong-doer must be punished." He added that the family had high hopes for the teenager, the eldest among three siblings. menyayat hati kita bila bapanya berkata, " WE HAD HOPED THAT HE WOULD COME HOME ONE DAY IN AN ARMY OFFICER'S UNIFORM AND THAT HE WOULD TAKE CARE OF HIS YOUNGER SIBLINGS. ALL THAT IS NOW GONE."

M.Naim dah pegi dah takde masa depan lagi dah yang perlu di kejar.. tapi 5 orang budak tingkatan 5 ( awak sume 1 tahun je senior dari arwah) orang kena tahan dalam kes ni, LAYAK KAH ANDA masih di RMC tu...bukan ke sesuai aje di pusat pemulihan henry atau mana je yang sesuai...sapa sapa yang terdidik di RMC sememangnya sangat cerah masa depan kerana sekolah ni yang cream of the cream je yang terpilih.graduan nya memang akan menjadi profesional yang berjawatan tinggi dan menjadi pemimpin...so kalu umur 17 tahun dah belajar menjadi samseng, kaki pembuli dah tunjuk bakat jadi penjenayah layak kah awak belajar di kolej elit tu? kalau lah awak awak tu one day masih berpeluang belajar ke peringkat lebih tinggi dan menjawat jawatan bagus apalah erti kesemuanya tu mempunyai tangan dan kaki membunuh...I hope you will be haunt forever by M.Naim...


kita memang sangat sangat sedih dan marah kerana kita pun ada anak lelaki dan umur pun sama dengan 'penjenayah' tu dan anak anak lelaki kita pun penah melalui umur M.Naim tu dan lain lain mangsa pembuli... awak semua pi sekolah tak kiralah sekolah harian ke, kawal ke, sbp ke, tujuannya untuk belajar dan belajar menjadi manusia masa belajar ko-k tu..nak jadi penjenayah bukan di sekolah.


kepada ibu bapa arwah M.Naim takziah dari saya..memang boleh merasai kesedihan dan penderitaan sarat mereka tapi tak sama dengan apa yang mereka tanggung. mudahan pihak berkenaan membuat pengadilan yang sebaik baiknya untuk arwah dan keluarganya. Allah Maha Adil.. kepada 'penjenayah' M.Naim doa moga dapat hukuman dan balasan yang setimpal.

No comments:

Post a Comment