Tuesday, September 20, 2011

RUMAH TERBUKA RAYA KE-5

Eggless, moist chocolate cake

kek buah

Manisan Turki yang dibawa balik KK

saya namakan 'bilis golong pastri' ...di dalam ialah sekor ikan bilis

pemberian biras, wpun nampak 'tak moden' kuih ini tapi sedap loh, tak terkira. Terima kasih daun keladi Kak Mi, lain kali beri lagi...

bukan biskut makmur atau arab, butter cookies berperisa lemon permintaan khas si abang..self-made

biasa lah choc chips yang sentiasa saya bikin...

Cookies Jejari Badam dan popia nestum pemberian kawan terlupa lah nak buat photo shoot session. Terima kasih Ruzi. Nampaknya takde lah kenangan untuk rekod kedua2 cookies tersebut. Raya tahun ni memang takde berbalang2 kuih raya yang saya sediakan kerana menghabiskan masa membuat kek2 buah tempahan

NASI BIRYANI, AYAM GORENG DAN DALCA, ACAR BUAH BEREMPAH (tiada pic?? ooh no!)

Jamuan raya untuk adik beradik suami pada hari raya ke-5. Cuma ini yang mampu saya sediakan sesuai dengan saya seorang sahaja 'tenaga kerja'. Kek buah dan kek coklat telah disediakan sebelum raya lagi. Cookies raya cuma dua jenis saya sediakan, yang lainnya ialah pemberian kawan dan ipar duai...jamuan raya yang tersangat ala kadar.

Monday, September 19, 2011

EGGLESS MOIST CHOCOLATE CAKE


Raya gift untuk ipar duai

Untuk diri sendiri ( anak2 tanya, 'untuk rumah takde ke...asyik buat untuk orang je..)

Order khas dari biras

penuh dengan taburan manik dan parutan coklat oren....last minute punya kerja sebelum balik kampung


Bahan2 : 3 C tepung, 6 tbsp cocoa powder, 2 C gula kaster, 1 s.t bicar soda, 1 s.t esen Vanila, 1/2 s.t garam, 12 tbsp minyak sayur, 2 tbsp cuka , 2 C air sejuk fridge

Cara: Ayak semua bahan2 kering ke dalam bekas. Bentukkan 3 lubang (well). Masukkan setiap
lubang; minyak, cuka dan esen V. Kemudian perlahan2 tuang air sejuk ke dalam dan kacau rata. Dengan menggunakan mixer adun bahan hingga ia menjadi batter yang ringan. Tuang ke dalam acuan yg dilapik kertas gris. Bakar hingga kek masak.

Ganache: Kacau cocoa powder dan gula asing dengan secukup air suam. (timbangan, saya cuma agak2 banyak mana yang saya perlukan)

Sunday, September 18, 2011

CHOC CHIPS & FRUIT CAKE

Kek seorang sebiji ye...



Buat untuk KK bawa balik ke Ireland, juga for her other half in UK yang tidak beraya di Malaysia. KK balik cuma 10 hari untuk berpuasa di tanahair dan pulang semula ke sana 5 hari sebelum raya...moga tahun hadapan dapat beraya di tanahair. Her 6th year not with us for puasa and raya.

BEEHOON

Siap diatur buah kurma, buah tin dan keropok keping di dalam pinggan menunggu azan maghrib

Take a break from berbuka dengan nasi dan lauk pauk setiap hari...selalunya gorengan beehoon juga penyelesaian saya menyediakan juadah berbuka. Kegemaran semua ahli rumah. Apa lagi bila dimakan bersama keropok keping goreng, bila dimakan 'merepuh-repuh' bunyi kunyahan keropok. Bekas isi keropok berpusing-pusing di passing seperti main kerusi magik.


Thursday, September 15, 2011

AKTIVITI 'WAJIB' MEMBELI SEPANJANG RAMADAN

Ayam Panggang Ayamas almost every other day due to its hygienic factor


Apabila dah jemu nasi putih dan lauk pauk ayam panggang dan percik....resort to nasi kerabu. Lada solok, lumayan jugak dehhh..

Ayam percik, RM6/ketul tapi one piece tentu tak cukup,every time kena beli 4 ketul. Tapi masa berbaloi dari segi masa dan tenaga...malam selepas berbuka boleh berterawih dengan aman.

Ayam Pusing....hanya 2 kali sepanjang bulan puasa; not so favourable, not spicy enough to our tastebud. 2nd time beli cos we were late home for berbuka, the stall just on the way home, beli je lah.

Si Abang's favorite - ikan keli tak kira lah goreng ke, bakar ke, percik ke asal ikan keli cam kambing panggang bagi dia.

Ikan selar percik di pasar Ramadan, tawakkal...sekiranya sedang dipercik panas2 tunggu jugak walaupun mengambil masa lama sebab laporan dalam akhbar2 banyak makanan di pasar2 ramadan banyak yang tercemar...


Ikan cencaru dan ikan keli bakar....

....Ramadan Al-Mubarak sehingga ketemu lagi, dengan izin Allah SWT.

MASIH JUADAH2 PUASA YANG DAH BERLALU...untuk tujuan rekod n by 'expert',not my doing.

Martabak dan kuih 'tepung pelita'?


Saya akui tak 'pandai' nak buat juadah2 yang saya pamerkan dalam posting kali ini. Dan seperti biasa tak kisah untuk nak pandai diri tahu membuat kerana saya percaya tak perlu semua perlu kita kena tahu buat, dan masing2 ada kepakaran dalam bidang masing dan minat, kann..

Sata...or satar dibuka balutan daun pisang

Karipap....ditempah buat segar, dan dibekukan untuk dibagi2kan pada ipar duai dan teman tolan.

Monday, September 12, 2011

BIRYANI MASALA

Masak nasi biryani namun lauknya tetap ada elemen 'mengelat' kerana lauknya....

lauknya ayam panggang black pepper Ayamas....beli je, tak payah susah2 nak goreng ayam safe lah sikit tenaga dari kena mengemop lantai dek percikan minyak goreng.
dalca version tersendiri. tidak menggunakan kacang parpu tapi merebus kiub2 ubi kentang dengan rempah kari babas dengan sedikit isi dan tetulang ayam. Sayuran masukan terung, kacang panjang dan kiub carrot dan yang nampak tu ialah cili padi hijau. Masa rebus tu saya masukan kayu manis sepanjang jari manis saya....mayang bawang kecil saya goreng hingga kekuningan dan jirus dalam kuah parpu....pastu renih hingga masak. kalu ada daun kari lagi bagus.

Memasak nasi saya ikut steps seperti yang tertera pada kotak rempah..namun berasnya saya rendam 20 minit kemudian saya masukan beras ke dalam air mendidih biar separuh masak kemudian toskan beras dan masukan ke dalam rebusan rempah bersama beberapa potong ayam. Walaupun tiada dalam saranan 'steps' saya potong kiub 2 biji buah tomato segar dan 2 helai daun salam kering semasa merebus rempah biryani masala.

Bila dah dimasukan beras kacau sebentar bagi meratakan beras dan rempah, tutup dengan kain atau kitchen towel yang bersih sebelum ditutup dengan penutup periuk. masak dengan api yang sangat kecil (saya masak di atas dapur gas, tidak mengunakan electric cooker).

IJO NYA MA'CHIKS


AGAR2 SANTAN KARA

Acuan agar-agar saya punya 2 sahaja, yang berbentuk seperti dalam gambar dan satu lagi yang berbentuk bunga rose...

Bila muncul ramadan keluarlah 2 acuan ni dari kabinet dapur. Memasak agar2 atau puding pun banyak dalam bula posa je lah...hari2 biasa yiiilek.

Sebenarnya saya teringin nak buat agar2 santan yang nampak dua lapis tu dimana santan yang berbiji naik dilapisan atas tinggal agar2 cerah dibawah...apa yang saya buat tu menjadi sangat tapi bahagian santan tetap berbakap jugak walaupun tidak jelas...okay lah tu abis jugak 'dijual'...resepi tak yah la kot sebab saya memasak agar2 ni main mencampak je takde sukatan.