Friday, July 06, 2012

LAKSA PENANG

 Kuah asam laksa....resepi dari Sal, lain sikit dari biasa iaitu dalam kuah diblend sedikit nenas...sedap. Lebih ummp jika ada sos otak udang

 ...hirisan nenas, timun,salad,bawang besar dan telur..jika nak pedas lebih hidang sama cili burung

....laksa kering direbus.Malas nak membuat laksa sebab rasa cam renyah je..teruja nak buat sebab satu hari merasai laksa yang dibuat Sal tersangat la sedap..apa lagi tanya secret resipinya..bukan tak penah buat walaupun jejarang sangat, dan rasanya biasa2 je lah.. ingatkan Sal bergurau bila dia kata kuah laksa dia buat sedap..terbit cerita 'kuah laksa aku buat sedap' bila suatu hari kami kepingin nak makan laksa penang/utara dan singgah di restoran berhampiran tesco...

Untuk membuat kuahnya biasalah rebus ikan selayang, perisi dan hancurkan ikan. Blend bahagian tetulang,tapis dan ambil airnya.. Bawang merah, belacan bakar dan nenas serta cili kering diblend halus, tuang dalam air rebusan ikan.( Masa rebus ikan masukan juga asam keping dan garam)..Masukan lagi asam keping semasa merebus kuah laksa, Masuk juga daun kesom dan bunga kantan dan isi ikan yang telah dihancurkan..Seimbangkan lah rasa kuah seterusnya.

Semua makan dengan slurrrpnya. Alhamdulilah.

Dan kebetulan on Mam's 19th birthday...

No comments:

Post a Comment