Saturday, November 20, 2010

MY THANK YOU(LOTS) TO....CREDITS...APPRECIATIONS...

....nak berkarangan, bercerita dan beriwayat..alkisahnya: sebelum tahun 2009 tak pernah tau di alam maya ni adanya food bloggers. guna komputer pun untuk hal2 e-mailing, cari bahan2 yang tiada kaitan dengan hal2 makan dan pemakanan.

Semuanya bermula setelah berpindah ke negeri ciksiti we kembe pada akhir tahun 2008. setelah selesai unpacked susun atur barang2 pindah dan 'quite settled' dengan fenomena pindah terasa lah betapa sunyinya kehidupan di tempat baru ni. yang utama ialah tiada kawan2 tidak seperti sewaktu di Penang. sentiasa occupied dengan aktiviti kawan2, sekolah, selain daripada hal anak2 dan rumah tangga..tup tup di tempat baru sunyi sepi, 'khesik' ghoyak ore klate. suatu hari duk mengadu kat teman baik in Penang. entah camna teman ni suruh buka blog 'Bro Rozzan'...bermula dari situ lah saya mula menghabiskan masa browsing all those food blogs..hours and hours sampai lewat malam dan sampai satu tahap cam addicted pulak. (thanks siti...note: bukan siti we kembe: thanks so muuuchhh)...since then hingga lah ke hari ini...

So dari blog bro rozzan saya telah melawat those food bloggers/fotopages yang menjadi kegemaran seperti mamafami, rinn chan, aunty yochana,mamazeiza, penyulawa,hanieliza,CMGebu,cik Bawang, madiha,ros jepun....lama kelamaan pula hana's family, dapursureberasap...banyak lagi blog hingga ke hari ini dan semuanya dah di 'add feveret'.

dari blog2 yang disenaraikan...dan juga yang saya terlupa nama blog tak tersenarai di sini saya telah menyalin resepi2 yang mudah untuk saya mencuba masakan yang menarik minat saya. suami dan anak2 lah yang menjadi 'food tester' saya selain dari memahirkan diri saya dalam bidang masakan terutama membaking dan meroti. nampaknya meroti semakin menjadi kegemaran.JUGA KEGEMARAN SAYA MENERAI RESEPI2 YG MENARIK PERHATIAN,RASA MUDAH UNTUK DICUBA DAN BAHAN2 MUDAH DIDAPATI. bila 'menjadi' hah apa lagi gembira sangat apa lagi huby and anak2 kata 'sedapp'...kembe idung!!

So di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih tidak terhingga kepada semua empunya resepi yang telah saya cuba.dalam catatan ini mana-mana yang saya masih ingat saya telah mencuba: EPUK2 SAYUR (rozzan) menjadi kegemaran keluarga saya. Juga PINWHEEL BUN (rozzan) anak2 suka,jgk pak mak depa. KAYA (cik bawang). sebelum ni jenuh duk figure out camna nk buat kaya sendiri. HOMEMADE KAYA BALLS,TEMBOSA TURKEY,CHICKEN PIE (mamafami).gayanya anak2 suka chicken pie n dah buat beberapa kali. CUSTARD CREAM, CUSTARD CHEESE BUN (rinn chan) so far the best receipe to follow. NASI AYAM HAINAN dan ROJAK AYAM also from rinn chan, hasilnya nasi ayam ini sangat enak.dah banyak kali buat. gitu juga rojak ayam cuma kuah tak buat kuah kacang sebab huby nyakit gout so ditukar kuah lada pedas manis. ada sekali tu buat PINWHEEL KAYA BUN tapi lupa resepi siapa, mungkin adaptasi kot kerana masa tu stok KAYA cik bawang masih ada.

Cuba gak menerai ROTI MARBLE (cmgebu)...ntah anak2 kurang gemar lak..maknya lak suka nengok pattern marble tu. penah gak cuba KEK COKLAT cmgebu sedapp tapi bila siap kakak yang menziarah nak bawak balik umah dia.dah rezeki dia. kalu PIZZA cuba resepi doh oleh mamafami and aunty yochana. Baru ni dua kali mencuba CHEESE CAKE dayang jack.elok menjadi dan sangat sedapp.

Banyak lagi resepi resepi yang telah saya cuba tidak tercatat di sini dek kerana terlupa apa yang saya masak dan juga penyumbang resepinya namun saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan yang tak terhingga...yang pastinya food bloggers telah menambah pengetahuan dan kemahiran saya dalam bidang masakan...dan juga kenalan alam maya.

No comments:

Post a Comment