Monday, November 22, 2010

EXAM..EXAM..EXAMINATION


Tak penah abih exam ni....selagi belajor selagi tu lah dok mengadap exam, ye lah nak wat camna dah memang sistemnya begitu... Rep dah abih xam ahkir tahun sebelum cuti sekolah dan idul adha tu ari....Zme lak baru selesai xam 1st sem,1st yr ari ni..raya aji tak dapat balik sebab paper dok ada in between sebelum dan selepas raya...ni abang duk ada di epot nak balik bercuti..malam insyaAllah sampai...tadi ayah dok tima sms kata flight kl-kb delay..kul 2 lebih pm lak tadi tima lgi sms delay flight pen-kl. huuk alohh, camna sempat ke abang nak berkonekting flight tu...harap di permudahkan.


ESOK 23 NOV 2010 Mam mula sit for SPM..we wish u the best n mak ayah doakan Mam akan lulus cemerlang.. ggitu gak KK sok jgk mula xam 1st sem final yr..kesemua anak2.... mak ayah sentiasa doakan kejayaan angpa semua...Mohon dipermudahkanNya.Amin.





Saturday, November 20, 2010

MY THANK YOU(LOTS) TO....CREDITS...APPRECIATIONS...

....nak berkarangan, bercerita dan beriwayat..alkisahnya: sebelum tahun 2009 tak pernah tau di alam maya ni adanya food bloggers. guna komputer pun untuk hal2 e-mailing, cari bahan2 yang tiada kaitan dengan hal2 makan dan pemakanan.

Semuanya bermula setelah berpindah ke negeri ciksiti we kembe pada akhir tahun 2008. setelah selesai unpacked susun atur barang2 pindah dan 'quite settled' dengan fenomena pindah terasa lah betapa sunyinya kehidupan di tempat baru ni. yang utama ialah tiada kawan2 tidak seperti sewaktu di Penang. sentiasa occupied dengan aktiviti kawan2, sekolah, selain daripada hal anak2 dan rumah tangga..tup tup di tempat baru sunyi sepi, 'khesik' ghoyak ore klate. suatu hari duk mengadu kat teman baik in Penang. entah camna teman ni suruh buka blog 'Bro Rozzan'...bermula dari situ lah saya mula menghabiskan masa browsing all those food blogs..hours and hours sampai lewat malam dan sampai satu tahap cam addicted pulak. (thanks siti...note: bukan siti we kembe: thanks so muuuchhh)...since then hingga lah ke hari ini...

So dari blog bro rozzan saya telah melawat those food bloggers/fotopages yang menjadi kegemaran seperti mamafami, rinn chan, aunty yochana,mamazeiza, penyulawa,hanieliza,CMGebu,cik Bawang, madiha,ros jepun....lama kelamaan pula hana's family, dapursureberasap...banyak lagi blog hingga ke hari ini dan semuanya dah di 'add feveret'.

dari blog2 yang disenaraikan...dan juga yang saya terlupa nama blog tak tersenarai di sini saya telah menyalin resepi2 yang mudah untuk saya mencuba masakan yang menarik minat saya. suami dan anak2 lah yang menjadi 'food tester' saya selain dari memahirkan diri saya dalam bidang masakan terutama membaking dan meroti. nampaknya meroti semakin menjadi kegemaran.JUGA KEGEMARAN SAYA MENERAI RESEPI2 YG MENARIK PERHATIAN,RASA MUDAH UNTUK DICUBA DAN BAHAN2 MUDAH DIDAPATI. bila 'menjadi' hah apa lagi gembira sangat apa lagi huby and anak2 kata 'sedapp'...kembe idung!!

So di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih tidak terhingga kepada semua empunya resepi yang telah saya cuba.dalam catatan ini mana-mana yang saya masih ingat saya telah mencuba: EPUK2 SAYUR (rozzan) menjadi kegemaran keluarga saya. Juga PINWHEEL BUN (rozzan) anak2 suka,jgk pak mak depa. KAYA (cik bawang). sebelum ni jenuh duk figure out camna nk buat kaya sendiri. HOMEMADE KAYA BALLS,TEMBOSA TURKEY,CHICKEN PIE (mamafami).gayanya anak2 suka chicken pie n dah buat beberapa kali. CUSTARD CREAM, CUSTARD CHEESE BUN (rinn chan) so far the best receipe to follow. NASI AYAM HAINAN dan ROJAK AYAM also from rinn chan, hasilnya nasi ayam ini sangat enak.dah banyak kali buat. gitu juga rojak ayam cuma kuah tak buat kuah kacang sebab huby nyakit gout so ditukar kuah lada pedas manis. ada sekali tu buat PINWHEEL KAYA BUN tapi lupa resepi siapa, mungkin adaptasi kot kerana masa tu stok KAYA cik bawang masih ada.

Cuba gak menerai ROTI MARBLE (cmgebu)...ntah anak2 kurang gemar lak..maknya lak suka nengok pattern marble tu. penah gak cuba KEK COKLAT cmgebu sedapp tapi bila siap kakak yang menziarah nak bawak balik umah dia.dah rezeki dia. kalu PIZZA cuba resepi doh oleh mamafami and aunty yochana. Baru ni dua kali mencuba CHEESE CAKE dayang jack.elok menjadi dan sangat sedapp.

Banyak lagi resepi resepi yang telah saya cuba tidak tercatat di sini dek kerana terlupa apa yang saya masak dan juga penyumbang resepinya namun saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan yang tak terhingga...yang pastinya food bloggers telah menambah pengetahuan dan kemahiran saya dalam bidang masakan...dan juga kenalan alam maya.

JANGAN LUPA LIRIK.......

Supaya tidak lupa ingin dicatatkan lirik lagu BENGAWAN SOLO...dapat lirik ni dalam akhbar sekitar tahun lepas semasa memberitakan kematian pencipta lagu/penyanyi lagu? dah lupa saya...orang ndon berusia 90 tahun lebih, nama pun lupa..rasanya perlu bukak koran semula ni...nantilah kita investigate info. Diriwayatkan kakek ini tidak pernah kahwin selepas kecundang cinta dengan gadis yang disayanginya..

Suka lagu ni sebab nostalgia masa sekolah menengah rendah dulu join kumpulan koir sekolah,pimpinan cikgu Harun Embong, lagu ni salah satu lagu yang dinyanyikan.

BENGAWAN SOLO
RIWAYAT MU INI
SEDARI DULU JADI...
PERHATIAN INSANI
MUSIM KEMARAU
TAK SEBERAPA AIRMU
DI MUSIM HUJAN AIR...
MELUAP SAMPAI JAUH
MATA AIRMU DARI SOLO )
TERKURUNG GUNUNG SERIBU ) 2x
AIR MELUAP SAMPAI JAUH )
DAN AKHIRNYA KE LAUT )
ITU PERAHU
RIWAYATNYA DULU
KAUM PEDAGANG SELALU
NAIK ITU PERAHU
Mungkin lagu keroncong dan asli ini sudah tidak mendapat tempat lagi generasi muda sekarang ni. mungkin juga depa tak tahu pun kewujudan lagu ini...tiada salah sesiapa pun...
Keputusan untuk mencatat ni pun kerana terjumpa lirik ini di dalam sebuah buku nota...

Monday, November 15, 2010

BUAH BUAH TEMPATAN....LEMPUK DURIAN & CHOC CHIPS

my choc chips..buat choc chips ni untuk my only daughter wat balik 'kampung belajar' dia.dh nk masuk 5 tahun kkak beraya di perantauan..anak2 suka choc chips ni kalu buat jap je abih,depa makan cam makan nasi.selalu kata kat depa penatla mak camni.buat ari ni esoknya abis...pernah tukar resipi baru ni saja nak coba, but anak2 kata 'mak buat choc chips yg selalu mak buat tu..' resipi ni dapat dari buku resepi pemberian seorang kawan yg ikut huby further studies di US abt a decade ago..tq Jam...
ni resepinya: 1/2 cup butter..1/2 cup dark brown sugar..1/2 cup granulated sugar..1 egg..3/4 tsp vanilla e..1 1/8 cups flour..1/2 tsp salt..1/2 tsp baking soda..1/2 chopped nuts..1 cup semisweet choc chips...but I add 1/3 cup rolled oats.
method: cream butter,then add the two sugars,beating until light n smooth.beat in egg n vanilla.mix all the dry ingredients together n add it to the cream mixture,blending well.stir in the nuts n the choc chips.drop by teaspoonfuls on the cooking sheets abt 1" apart n bake for 8-10 min or until lightly brown.NOTES: nuts tu ikut pilihan, normally I would use walnuts or almond..


ni pulak dok 'memperisi' boh doyan..nak buat lempuk untuk kk wat balik.setahun sekali dia balik cam cam lah buat untuk dia.sekurang-kurangnya compensate lah selama dia tak ada d rumah.hari2 masak dia tak ada.gitu gak hari raya cam cam juadah buat dia tak ada...kan kan kak.
proses buat lempuk ni lah yang paling lambat,asingkan isinya.


dah selesai proses pengisian, berpeluh meleleh leleh jugak la mengacau isi durian ni sehingga menjadi lempuk.terlupa lak ari tu nak photoshoot gambar 'jadian lempuk'.dapat lah dalam 1 kg berat..saya menggunakan resipi arwah mak menyediakan sukatan ratio 1:3 iaitu 1 mangkuk gula: 3 mangkuk isi durian...so dengan sukatan ini manisnya 'semedan' je...takde lah terlebih manis or kurang manis.
ironinya buah durian ni terpaksa dibeli walaupun pokok durian berbuah dikebun...buah walaupun lebat kami cuma dapat makan tiga biji je pada musim buah yg lalu....yang lain2 tu buah menjadi rezeki tupai dan orang lain?



on the first day of puasa travel ke Penang kerana huby ada urusan di sana, bertolak tengahari tunggu AZ3 balik sekolah dulu..sebelum tu selepas bersahur antar kk ke epot nk balik kampung belajar dia...sian anak mak tak sempat nak merasa posa kat mesia..mudahan tahun depan boleh la kot kk?



melangguk tengok pokok buah rambutan...sambil memetik buah sambil nak 'tutuh' dahan-dahan, kira nak trimming pokok la tu



lebat buah rambutan gading. di belakang buah rambutan anak sekolah dan che embong...sangat lebat berbuah kali ni..tak abis makan






buah dalam bakul untuk kawan-kawan di Penang...buah dokong tersangatlah manis



semua ni entry yang terlewat...sebab sebabnya 'salah teknikal' lah...hehe.









Sunday, November 14, 2010

MAJLIS & HUBUNGAN & SILATURRAHIM

jamuan makan lazimnya mengakhiri sesuatu majlis


para jemputan diraikan.....
sedang menikmati hidangan yang disediakan tuan rumah


ketika majlis sebegini berhimpun adik beradik dan kenal mengenal jemputan lain



berjumpa adik beradik, saudara mara dan mungkin kenalan yg dah lama tak berjumpa ketika ada majlis sebegini lazimnya..
ngombrol, bertanya khabar dan selamat berkenalan sambil menikmati hidangan



sebelum sesuatu majlis bermula para jemputan mengambil tempat dan bersimpuh rapi...ini cara orang kita....dan sambil itu berbual ringan


para jemputan lelaki......



kini..tidak lengkap sesuatu majlis tanpa jurugambar untuk merakamkan peristiwa



berbeza dengan jemputan perempuan yang bersimpuh sesuai dengan karakter kewanitaan..



selesai majlis......


mengikuti dan menghayati majlis yang berlangsung..



tetamu yang tiba awal...sembang sembang ringan...


apa apa pun majlis yang diadakan akan menghimpunkan hubungan keluarga,saudara mara dan kenalan yang mungkin dah lama tak ketemu dan juga kenalan baru..















IT'S GOLD..IT'S GOLD..KAYA,KAYA,KAYA

sedulang emas...caya tak.tak caya lah

telur yang banyak dan gula yang banyak,tu lah bahan2 utama

hasil dari bahan2 tadi - jala mas, buah tanjung dan taik itik...semua manis2

gabungan, aturan hasil daya kreativiti yang tinggi jadi le sedulang hantaran.dimodenkan dihias dengan buah ceri merah dan hijau dan taburan manik manik menampakkan gemerlapan




jala mas dan buah tanjung hanya menggunakan kuning telur sebagai bahan buatan utama..so telur putih yang tidak digunakan dan mengelak dari membazir maka terciptalah satu lagi manisan yang bernama 'tahi itik'.of all the names nama tahi itik yang dinamakan kuih ini..usah ditanya mengapa nama tersebut, memang tiada jawapan.ada usaha untuk menamakan semula kuih ini,wajarkah...apa2 pun inilah kuih tradisi negeri cik siti we kembe.



hasil sebuah daya kreatif orang kita...dulu2 untuk hantaran hanya diisi dalam mangkuk.isi pulak dalam mangkuk pyrex...hehe kira dah klasss ggitu.
Apa apa pun siapa yang gemar manisan jala mas,buah tanjung dan taik itik ni memang sedap,terutama mereka penggemar kuih2 manis n 'sweet tooth' person...tetapi bagi orang yang berpenyakit kencing manis manisan ini adalah racun pada penyakit yang dihadapi..





Wednesday, November 10, 2010

CERITA YANG KU PENDAM,NAPE EK..?

Hantaran bertema ungu dari pihak lelaki.Bakal pengantin perempuan and mum in law to be.


Tema berwarna perak dari pihak perempuan


Tepak Sireh 3 in 1..merisik,meminang dan pertunangan



acara menyarung cincin risik




menyarung cincin pertunangan




umum ketibaan rombangan pihak lelaki










sirih tidak dijunjung balasan sebelah perempuan



permintaan khas mengabadikan pertunangannya
sedang berbincang 2 belah pihak


cincin balasan untuk bakal pengantin lelaki






Majlis dah beberapa bulan yang lalu,tarikh 17072010.tiada hasrat untuk tidak mencatatkan peristiwa ini.sudah tentu majlis ini penting buat kami sekeluarga.mudahan diberkati dan mendapat keredhaanNya.mohon ikatan ini akan berterusan hingga ke majlis yang seterusnya.mudahan dengan izinNya.Amin.
nampaknya akan berubah lagi fasa hidup.....















MERAKYATKAN........

Dah lama dok ponder perkataan ni.ingat nak catat,tapi lupa.ingat lagi lupa lagi.sehinggalah baru2 ni ikut huby ke KT urusan kerja.on the way p n balik menengok lagi bilbod pada dua tiga tempat terpampang.."merakyatkan pentadbiran dan pembangunan" doulu2 dok dengaq merakyatkan budaya....tanya huby nak merakyatkan camna tu? ntah jawabnya pendek. cubalah fikir kalu ambe nak merealisasikan "merakyatkan... nak wat camna gak.pikior munya pikior my rusty brain,,eeh..camna ye..last last tertido ngehhngehh dalam kete..driver yang pulas stereng, ambe dok sebelah je, cuaca lak sejuk ujan sejak pagi lagi.

SAKIT DADA SAKIT HATI..

Saaakkkittt setiap kali menengok plastik minum,kotak minum,balutan biskut,coklat,tisu dan apa2 je lah dalam kategori sampah dibuang ggitu je dari kereta bergerak di jalan raya.beterbangan sampah ni jatuh ke atas jalan raya.kita hanya mampu tengok je lah dari dalam kereta di belakang...iissh tegar betul depa buang camtu aje,tanpa rasa bersalah langsung.' sapa nak kutip sampah tu... dulu senyum je tengok papan tanda di jalanraya .."denda RM500 buang sampah"

Petang tadi balik sekolah AZ3 kata tinggal pelajaran tak penting je lagi.peperiksaan akhir tahun.dengar tu ambe tanya lah subjek yang tak penting tu.antaranya pelajaran sivik.'tak penting' kata ambe.ayahnya jawab 'yelah lulus tak lulus tak dikira'..ambe jawab lagi maksud penting dari segi 'penghayatan' subjek itu. mula tingat orang2 sekarang yang tak tau jaga kebersihan alam sekitar dan buang sampah merata.

duk fikir bila orang orang akan buang sampah pada tempatnya dan mementing kebersihan alam sekitar?.bersih sebahagian iman tapi sukar untuk dihayati.

Sunday, November 07, 2010

Tajuk kecil NEW SUNDAY TIMES,7 nov

dalam duk belek belek tajuk di muka depan, tertarik satu tajuk yang ni...'Coming of age too early....

More 8-10 year olds reaching puberting in the country.Not good,says experts

pages 14&15

termenung jap dok fikir fikir, ..apa salahnya, kenapa tak bolehnya kalu dah baligh awal..terasa kurang pengetahuan lak hal2 camni. nape pakar tu kata tak bagus..tak bagus untuk sapa, budak2 tu..kesan kat negara? tingat masalah gejala sosial yang bertimbunan tak abis2, yang mengerikan spt seks luar nikah,abortion,buang bayi,gay,pelacuran,term bohjan bohsia,rempit,'hidupan liar'...panjang senarainya.ketika belek paper duk dalam kereta,huby drive on the way nak p lunch nasi ulam cikgu yang famous kat kelantan ni.huby nak belanja practical student dia yang dah selesai latihan amali. mak student pun ada sama sebab student ni pompuan dan anak kawan...

so balik umah dah selesai segala kerja dan kewajipan, time santai layani lah semula kotak fikir yang curious nak tau selanjutnya...sini tak nak buat kesimpulan bacaan.cuma nak catat points nya...'spurt in sexual desire'..,sudden physical changes can result in high levels of stress..,bagi masyarakat kita yang tidak bincang hal sex dengan anak-anak, anak yang dah baligh seawal umur akan hadapi tekanan perasaan, menghadapi perubahan fizikal dan mood swing sendirian.., tahun 1939 di Lina Medina,Peru kanak 5 tahun melahirkan bayi,didapati kanak ini datang haid sejak umur 8 bulan lagi.., di Mesia, little mama berusia 9 tahun menjadi tajuk berita utama 4 bulan lalu melahirkan bayi lelaki....'kanak-kanak lelaki pula yang akil baligh awal akan mengalami perubahan emosi- bolej jadi bersikap agresif juga develop 'inappropriate sex drive'

patut juga dicatat di sini, dalam akhbar minggu lepas ibu bapa seorang pelajar berusia 15 tahun terkejut melihat video atau rakaman kamera handset mendapati anaknya sedang meliwat budak lelaki 9 tahun,kalu tak silap saya.rakaman pula dibuat oleh 2 budak lelaki lain.tak tau sama ada budak yang meliwat itu dipaksa oleh 2 lelaki remaja tersebut. kejadian berlaku pada bulan puasa yang baru lalu, berlaku di Pulau Pinang...semasa membaca berita ini sukar untuk saya digest cerita ni..ibu bapa itu membuat laporan polis.tak tau apa kesudahannya...

sedikit sebanyak menganggu fikiran kerana saya juga seorang ibu dan punya anak-anak dalam lingkungan umur tersebut.

Air kena galas ke Galas

minggu lepas, ngomelan putus bekalan air..dari jam 10 pagi hari rabu sehingga tengah malam Khamis baru air kembali ada. ada semula biasa lah warna teh O...entah bila AKSB akan upgrade sistem bekalan air pada tahap yang lebih efisyen, mengambil kira tekanan air yang lebih tinggi, seimbang kemampuan kapasiti dan pertambahan penduduk...dan bla bla..beza sungguh pengurusan keperluan asas di negeri tak maju dengan negeri maju..pergh..

'...JANGAN BALIK..KUMPUL DUIT..'

28 okt,2010,khamis. jam 2.30 hadir graduasi anak di mrsm pc.sidang petang.rasa cam konvokesyen universiti pulak ada sidang pagi sidang petang.pengurusan terpaksa buat begini sebab dewan utama dah tak muat jika majlis dibuat sekali gus.zaman kk dulu di langkawi takde masalah sebab dewan utama besar so buat graduasi one go je.mudah orang mengurus.tak kisah lah macam mana pun. tetapi yang menarik dalam ucapan perasmian oleh seseorang penting MARA...katanya jika suatu hari graduan berpeluang berkerja di luar negara jangan balik,kumpul duit 10 tahun ke,15 tahun ke lepas tu baru balik, dah terkumpul duit buat modal perniagaan..teringat 'talentOne' usaha kerajaan nak bawa balik rakyatnya balik dan berkhidmat di negara sendiri.tapi apakah mampu adakan gaji selumayan yang mereka dapat tika di luar negara.

pendapatan sebenarnya walaupun u ada paper qualification dan makan gaji sebenarnya tak seimbang antara jawatan2.baca banyak juga perbahasan ramai malaysian yang bekerja di luar negara tak willing nak balik disebabkan perbezaan gaji...dan kata pegawai itu makan gaji di mesia waalaupun gaji degree tak kira lah first or second degree, dalam jenaka katanya...adakala tak cukup nak travel sana sini walhal dalam negara sendiri pun. pada hari tersebut ada sumbangan sebanyak 600 pound sterling untuk pelajar terbaik mata pelajaran dari anak mesia yang juga alumnus maktab tersebut. hari tu dapat lah seorang dalam 50 pound....sumbangan ini akan diberi setiap tahun.penyumbang ini currently bertugas sebagai doktor pakar di Dublin,Ireland. kat sini doktor2 dan doktor pakar kerajaan jenuh duk berjuang masalah gaji yang tak sepadan.nak gaji besar mereka lari ke hospital swasta.bukan brain drain di luar negara je bahkan dalam negara pun..so talentOne what's the progress so far...kalu ada niat nak menyumbang dan giving back to the society memang sukar bagi mereka yang dapat gaji cukup hidup je...

so fikir fikirkan lah...jika anda ada kepakaran,kemahiran dan laku pulak untuk bekerja di luar negara, why not...?

Wednesday, November 03, 2010

AIR...AIR, MUSIM BANJIR PUN KAU....

2/3 Negeri Perlis tenggelam banjir.di Kedah 3 korban banjir seorangnya ibu warga Jerman di Jitra, UUM pula terpaksa tangguh hari akhir konvokesyen kerana banjir. di rantau panjang pun banjir. dan semua tempat ini yang terlibat terpaksa dipindahkan oleh pihak berkuasa. inilah senarionya tika ini...tapi di rumah pulak sejak kul 10 pagi tadi dan sehingga waktu ini,jam menunjukkan 5.45pm air paip masih kontang. geram sebel saya.nak memasak,nak membasuh.terpaksa memasak juga dengan menggunakan air simpanan,tapi pinggan mangkuk bertimbunan dalam sinki tak dapat di'beresin'.sakit hati...tak tau sampai bila lah bekalan air nak pulih di Kelantan.tak penah habis masalah bekalan air yang selalu terputus.hujung tahun ni cukup 2 tahun saya tinggal di negeri ini...ni lah satu disadvantaged tinggal di negeri tak maju seperti ni...jaki aku bila orang2 lain di negeri yang lebih maju dapat menikmati kemudahan asas yang lebih baik..sakit hati bila mengenangkan kerajaan yang tak pedulikan keutamaan keperluan asas ni...kerajaan lemah,bodoh!!!!