Tuesday, May 25, 2010

lamanya tunggu UPU...

ujung feb or awal mac ari tu kuar result stpm.gembira sakan Ame dapat result.yelah cgpa 3.92 kira tinggi lah tu ada harapan dapat masuk U. so mintaklah dia pilih kursus pendidikan,mestilah dapat, konfiden abih.yelah graduate nanti senang dapat keje, terus jadi cikgu..tapi rupanya tidak skang ni..ada ujian bertulis dulu MEDSI? p lah Ame amek test..tup..tup interview lak tak dapat.sedih gak lah dia..yelah kawan2 dia cgpa yang lebih rendah dapat p interview..rupanya 'dok mudoh' nak jadi cikgu leni,banyak screening...pujuk Ame, 'maybe you're not meant to be a teacher'..jenuh gak lah wat kaunseling untuk dia.kata kat Ame mungkin Allahswt nak bagi yang lebih baik and sesuai untuk dia..sapa mak bapak tak risau sekarang ni ramai masuk U tapi bila keluar U duk 'juai buah anggur' yang banyaknya bukan zaman kami dulu keje melambak duk menunggu, nak ke tak nak je boleh pilih lagi tu. ni dah hujung mei katanya by jun leh tau lah result dapat course apa U mana..so Ame what course will u get n which U will u go...debar2 nunggu nih!

Parents mana tak risau memikirkan masa depan anak-anak. time sekolah duk risau academic performance mereka.time public exam dari UPSR PMR SPM 'bedebor' je bukan je anak yang amek periksa mak ayah pun..result ni sume lah yang akan menentukan mereka akan ke mana..jauh benor perjalanan.... destinasinya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.Mak Ayah mendoakan kejayaan anak-anak, supaya anak-anak boleh menjadi manusia dan insan yang boleh berbakti pada agama bangsa dan negara sebaik yang mungkin.Amin.

Friday, May 21, 2010

soooorry citer pasai air lagi, kali ni air dah berenti naik

baru je happy air ada dalam tangki, kesempatan Arif, ayahnya, maknya mandi, ame juga mandi ari kamih baru ni. so kira whole day lah ari tu ada ayak dalam tangki...Ame nampak rehat je melayan fikiran sendiri sambil tengok rancangan tv yg dia suka.dia ni tak gemar mengadap tv tapi ada program yang dia gemar sahaja baru dia tengok terutamanya The Nanny.Rancangan ni dia tak leh miss. malam kamih tu pun ada air lagi.esok friday hubby mandi agak2 dlm kul 8 camtu.now my turn to mandi..tanya dia, 'air ada lagi ke?' replynya 'dah slow meleleh'.aye cepat2 mandi..apanya tak dan abih mandi air tak keluaq paip,so terpaksa keluar ambek air botoi, that time was sekitar 8.20 lagu tu...pahtu apa lagi tangki kering cam biasalah, back to normal, cam back to school!!!!!...sampai bila nak melalui masalah air di sini......dah tak larat betul!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!dah tak sanggup tinggal di sini lama,betul I tell you.

Thursday, May 20, 2010

air naik..

cam biasa Arif bangun paling awal,lum kul 6 untuk bersiap ke sekolah.dengaq dia mandi shower.haik..(dok pikiaq) air tangki dah ada ke? buat-buat tido lagi..pahtu ayah Arif lak bangun.buka mata tengok dia...eh tak ambek botol air ke yang dok line-up kat luar bilik tidoq tu..Ame memang suruh botol-botol tu beratur cam dia assembly di sekolah dulu.dia lah yang ghajin duk isi air di sinki dapur dan bawa naik ke atas, tak bilang lak berapa botoi tapi yang pasti memang banyak botoi...ayah Arif keluar kamar mandi..dah ada air ke..ha..ah jawab dia pendek.aye pun bingkas bangun..tapi dalam inbox otak..'tahan berapa hari ni..' tapi yang pasti botol-botol kapasiti 5.5 litre tu memang dah jadi collection terbaru sejak tinggal di sini.memang berharga,memang keperluan penting sebagai mana pentingnya air pada kehidupan manusia dan hidupan yang lain..hari tu ada gak dispose berapa botol yang agak kusam..tapi tak sangka ada jiran yang datang amek,seb baik lori council tak kutip lagi....asyik story air je.

YANG dikatakan oleh AKSB ' not affected areas' but it happened,and it happened..most of the time.Ame wat keje isi n angkut air nek atas..

bilik air bawah...sumber air dari tangki...sumber air utama hanya di sinki dapur...putus air or tekanan air rendah meaning 3 bilik air - 2 di tingkat atas akan tiada bekalan air

2 baldi yang sentiasa jadi 'store' air... the under usage bathroom KERANA MASALAH BEKALAN AIR YANG TAK PERNAH SELESAI

terpaksa 're-route'' hos mesin basuh ke paip sinki dapur...if not you cannot do your washing sebab terlalu kerap 'takde air' di bilik air bawah..terpaksa beli hos mesin basuh yang lebih panjang supaya dapat disambung ke paip sinki dapur...and the next problem pulak time u do ur clothes washing u cannot do ur cooking or dish washing...so u got to plan, cooking time and running your washing machine...sepatutnya you can 'work' concurrent in term of time efficiency but here...is not meant to be.. membazir kan hos sedia ada tak leh guna..

in term of source...paip yang ada di bilik air bawah 'go waste'...tak boleh digunakan..the bathroom ...'under usage'...kena beli hos yang baru..hos yang sedia ada tak 'terguna'


hose re-route



wajib simpan air...kalau tidak 'real susah' cos tak penah ada notis dari AKSB bout 'putus bekalan air'...walau pun pihak mereka mendakwa hantar notis...'TAK PENAH DAPAT NOTIS'


storage air di tingkat atas...bayangkan takleh flush toilet..ambek wudhu cara sempurna...nak mandi tu jangan cakap le...NEVER CROSSED OUR MIND OF THIS WATER PROBLEM...never we expected when we moved here...the couldn't care less water authority!






Wednesday, May 19, 2010

WATER SUPPLY PROBLEM....'culture shock' daku...


Ini gambar baldi untuk simpan air.penting bangat simpan air di sini.anytime air takde tanpa notis.

Tuesday, May 18, 2010

AIR OOH AIR...BILA KAU NAK NAIK...tangki daa

NST,May 17,2010 Worried over water shortage, m.s 25..begitu lah tajuknya. seterusnya..water problem become more acute due to the current dry spell....caused the water level of Sungai Kelantan to drop below the operational level..so affected water plants...depa sebut lah beberapa kawasan yang terkesan ni...however, sambung depa(AKSB) lagi... but the operation of treament plants which obtained its water supply from underground water, like in Kota Bharu, Bachok so onBold WERE NOT AFFECTED - Bernama.

Gayanya AKSB mungkin tak perasan or tak mau tahu masalah tekanan air. entah sejak dari awal saya tinggal, dah setahun setengah saya tinggal di kawasan yg kata 'not affected' tak pernah berenti masalah air ni, bukan musim kemarau je. masa musim hujan hujung tahun ari tu pun bermasalah tekanan air rendah gak.

dan ketika ini dah seminggu terpaksa angkut air di sinki dapur untuk diguna di 2 bilik mandi di atas.air tak naik langsung ke tangki. sebelum ni ada juga air di tangki walaupun sedikit. Penah pegi tanya kat AKSB Februari lalu jawapan duk buat maintenance sejak raya lagi, belum selesai. baru2 ni jiran beritau dia pegi tanya jugak, pun jawapan yang sama- buat maintenance. entah bila nak selesai yang dikatakan 'buat maintenance' tu... dah nak puasa dan raya pula dah. tapi apa yang saya lalui ialah air yang sentiasa 'meleleh" harap air direct saja lah. ada 3 bilik air pun tak guna kerana sumber air dari tangki.. nak buat biznes kecil dan besar bukan boleh buat di sinki dapur kena guna bilik air.tapi air tadok sebab tangki tak de air.APA MASALAH SEBENARNYA AKSB? KAMI TAK FAHAM.YANG KAMI TAU BEKALAN AIR CUKUP BERMASALAH. setahu saya penduduk yang memiliki rumah sendiri pakai air boring bagi mengatasi masalah air..tapi bukan semua penduduk di sini memilik rumah sendiri, mereka menyewa! dengar cerita dari jiran yang lebih lama di sini,, lebih 20tahun tinggal di kawasan ini, kata mereka 'memang air bermasalah di sini'. TAK ADA KE CITA-CITA NAK UPGRADE PENGURUSAN MENJADI BEKALAN AIR LEBIH EFISYEN? KITA NI DAH DI ABAD KE 21 DAH...

clarification as always, a copycat

need to clarify here, my blogging will not involved in any plagiarism activities. cuma the name came out because at one point I was so obsessed with recipes in the net. I was introduced by a friend of a recipes blog.memang sebelum ni I tak penah tau langsung.bila dah dapat tau I never stop browsing, find good and tried out the recipes. now I have stop but once a while buka juga. but most recipes I dah cuba especially meroti and baking cakes. lauk pauk tu I kurang ikut sebab dah tau masak kut...perasan. Definitely, my blog will not focus on recipes and food only...I may not write recipes but comments and credits on the recipes I had tried.

Monday, May 17, 2010

TETIBA GELAP...BLACKOUT LAGI

ni sambung cerita keperluan asas pada entry yg lalu lah..ghalik je duk tengok sinetron, tengah makan ke, tengah sodap duk baca paper, anak-anak duk buat kerja sekolah tetiba je bergelap.dengar lah teriakan 'ayah,ayah' 'mak,mak'. dah anak-anak jiran yang baby, yang toddler duk menangis dalam kegelapan, yelah anak-anak kecil tentulah takut bergelap sementara mak ayah duk mengagau cari lilin dan mancis. dari awal lagi kami tinggal di sini camtu lah kerap duk blackout, yang sebabnya penduduk tak penah tau sehinggalah ke hari ini. kiralah setiap bulan berlaku. mengikut kawan yang pindah dua taun lebih awal kata dia bergelap dalam seminggu adalah dua kali.'ni dah ok lah jadi sebulan sekali'..ooh ye ke? jangka bergelap adalah 2-3 jam. yang terbaru berlaku, hubby tepon tnb..apa dia jawab..'kat batu pahat lagi teruk'..apa kena mengena kb ngan batu pahat lak, jangan lah simply bagi reason. tapi tulah tak penah nak tau apa reason.kalau tempat lama kami tinggal dulu sesekali blackout adalah reasonnya, pencawang meletup ke..ada melaun curi kabel ke..adalah sebab teknikalnya.. tapi di sini cam rutin lah pulak power failure..penduduk buat aduan dan suffer dulu gelap dan kepanasan dan nyamok cukup 2 jam, yang terbaru berlaku 3 jam, datang balik letrik, that's it, no explaination nothing..penduduk lalui je leh. stok lilin dan mancis dah jadi sangat penting di setiap rumah kawasan kami.

RASA TIGA RASA....DAN RASA CAM CAM RASA

Dah setaun tengah tinggal di kelantan setelah 25 taun di Pulau Pinang.cuba sesuaikan diri sebaik yg mungkin.cuba tak nak banding kelebihan dan kekurangan di sana dan di sini. namun terpaksa jua.manusia biasa kalau kita dh hidup dengan keperluan asas yang tak penah berkurangan.. mana tidak kejap bukak paip nak mandi tak ada air..siap nak mesin baju mesin tak jalan sebab air tak masuk..kejap nak berwudhu bukak paip air tak de..tu tak kira lagi nak buat bisnes dalam tandas.apa lagi kalau ompompuan setiap bulan selalu keuzuran.kalau di penang datang lah notis takde air untuk sekian hari dari jam berapa ke jam berapa bolehlah kita simpan air.kalu takde notis adalah tu melaun mana yg p langgaq paip atau korek tanah tak pakai brain.tapi kejap jelah PBA datang fix.di sini sampai ke hari ni tak penah dapat notis, dapat tension je adalah.

next pasai kutip sampah.mula2 dulu 2 minggu tak nampak lori municipal datang ambek sampah.setiap rumah berlonggok sampah dalam tong depan rumah.tak muat tong sampah jatuh ke bawah.pastu jadi tempat mainan kucing dan ayam.seb baik sini tak de anjing yelah negeri ramai melayu.walaupun ada jiran yang bukan melayu takde membela anjing pulak, bagus lah depa paham sesuaikan diri.sejak awal taun ni barulah lori sampah berjadual datang kutip sampah 2kali seminggu,syukur..tapi sekali sekala ada gak terbabas tak datang atau lori rosak? beza ngan penang kita boleh rancang nak buang sampah apa..3x seminggu kutip sampah basah.1x seminggu sampah pukal,u tebas pokok pisang,cantas dahan-dahan taulah harinya nak buat.1x seminggu lak nak buang sampah2 recycle pandai2 lah nak mengumpul paper ke, botoi kaca ke plastik ke, besi ke..tunggu je harinya..tapi di sini awak nak dispose paper ka, botoi ke apa ka susah..dah lama tak kedengaran lori 'paper lama...paper lama'..

next longkang..di penang hari-hari pakcik2 duk cuci longkang..pakcik2 lain pulak duk sapu dedaun kering dlm taman perumahan.hari-hari leh la nampak bungkusan daun kering dalam plastik bag duk beratur tunggu lori maghi kutip..rupanya di tempat baru ni pengurusan sampah dan landskap tak lagu tu..p mana-mana di sini tepi-tepi jalan penuh dengan sampah tunggu lori angkut.dan sebelum diangkut dijadikan hiasan jalanan la dulu. nampaknya kebersihan dan keindahan landskap tidak menjadi keutamaan pada kerajaan di sini..tak tau nak kata apa tapi malu pada orang-orang luar yang datang melancong dan bercut-cuti mesia di sini.

satu lagi kalau sapa-sapa datang berkereta ke negeri ini bersedialah dengan budaya 'membawa kereta' orang sini.yang sakit jantung dan semput berhati-hatilah.jangan rasa pelik potong kereta anda ikut kiri.kalau kat trafik light Q panjang depa tak sabar menunggu, seolah-olah dia je nak cepat.pelik gak, mereka tak menghayati sabar itu separuh iman.ada yang gedebe lagi duk main zig zag, sat lane kiri sat lane kanan pada hal dia ke depan pun stop gak di trafik light.tapi yang pasti depa cam sangat2 tak sabar. kalau kereta keluar dari lorong satu hal lagi terus je ke jalanraya kitalah on the sraight road terkejut beruk.kereta yang keluar tadi sloww je terhegeh-hegeh.takde dalam kotak fikir dia orang road ethics atau budaya membawa kereta yang berhemah..tak caya datanglah..kata nak cari serambi mekah memang tak jumpanya.